Thursday, June 20, 2024

our aidiladha 2024

assalamualaikum and hi! :)



guess it's not too late to wish everyone selamat hari raya aidiladha!
hari ni dah 13 zulhijjah, the last day of hari tasyrik.

saja la nak upload gambar-gambar hari raya.
kita ni kan suka beraya. hahaa

raya tahun ni kat shah alam kita.
not travelling far. cuti pun pendek je; sabtu-isnin.
tak minta cuti tambahan pun sebab nak cuti lagi the other week sempena birthday ai hahaa.



ni lah dia juadah raya kami.
ada sate (faris satay.. harith bakar), nasi himpit, kuah kacang.
rendang ayam ada dua; satu saya masak, satu durra (SIL) masak.
mi hun soto, saya buat begedil malam sebelum raya. mama tolong sekali gentel2 begedil haha.
sup dll saya buat pagi-pagi nak raya tu.
dendeng mummy non yang terkenal sedap, sy beli & ada delivery dari bangsar ke shah alam.
tu lah makanan raya kami.
seadanya dan sesedapnya.

bawah tu dendeng mummy non. beli 2 paket; 1 paket 200 gram, RM24.
yang bekas besar 500g harga RM55 sudah habis.



sup soto. sesedap rasa, pakai resipi tok RI (rizalman).
makanan dia memang la sedap-sedap sebab ada kiub ayam dan serbuk perasa sikit. hihii



soto's condiments. begedil je la tak menepati piawaian. kentang tu lain maciam sikit.
just bought whatevs i found last minute. lenkali beli kentang russet je la. haha
(tapi sedap je. cuma tak super lembut macam sebelum ni & garam pun susah nak blend in)





tahun ni, gambar raya proper tak de.
sebab kitorang fokus makan dan maleh nak bergambar.
so kita gambar wefie je la kat meja makan. hahaa
azreen (ex-jiran) pun ada ni ha. biasanya raya, azreen datang dengan arwah aunty safura and kakaknya awin.
tapi this year, awin pun dah kahwin and of course sambut dengan husband dia kan.
faliq ain tuah tak de dalam gambar, raya kat johor.





video call raya dengan faliq kat johor.



mi hun soto yumminess.


so pagi tu time ke masjid (sebelum makan2 raya), pengumuman cakap
ambik kupon untuk daging korban jam 9 pagi.
kitorang dah laparunnah. so balik rumah dulu la and tak queue pun ambik kupon.
sama macam tahun lepas jugaklah, tak sempat nak ambik kupon.











pengumuman di skrin tv.




ai is kagum sebab masjid ubudiyah dah ada gim.


so kitorang balik ke rumah la dulu untuk makan,
lepas tu dalam dekat-dekat 10 pagi tu, keluar balik ke area masjid/padang.
sebab ada korban kat situ.
5 ekor lembu di perkarangan masjid, 5 ekor lembu di padang.

sampai-sampai je ada 2 kerusi kosong kat situ. so let's.

duduk sini je nak tengok lembu. haha



kategori lembu sado ni.. ada rambut, ada built yang tegap.
tahun ni nampak banyak jugak lembu sado masuk korban kat malaysia ni.. alhamdulillah.
'berkorbanlah dengan lembu yang terbaik..'


cumanya tahun ni saya tak berkesempatan menunaikan korban.
biasanya buat kat oversea.
tapi lepas baca sana sini kata yang kat oversea tu tak tau ye ke tak, tetiba was-was kita.
dengan tak sempat nak mencari lagi.
so tahun ni skip dulu la. kita tengok tahun depan pulak, insyaAllah. kalau Allah sampaikan usia.


ariana datang nak tengok lembu. tetiba anaqi datang join, jalan dengan babahnya.
kena paksa join la sebab dok rumah main telefon je. hahaa






Allahuakbar.. Allahuakbar..






overall sambutan raya yang modest and simple.

baju raya baharu pun tak beli.
ada la mencari, tapi tak jumpa yang berkenan.
so pakai je mana ada. elok lagi pun baju-baju ai.

so yeah, happy aidiladha, my gentle readers! ;)

No comments: