Showing posts with label fun. Show all posts
Showing posts with label fun. Show all posts

Wednesday, December 30, 2015

berlampu-lampu di ICT shah alam

before this, time berpantang memang tak keluar ke mana.
kesian kat ariana la, kita 'berpantang' tak keluar, dia pun sama.
boringlah dia kan.
so memang niat dah dulu, nanti habis pantang semua, nak bawak dia tengok lampu kat ICT.

pergi pulak peak time.. iaitu time cuti.
merasalah kereta berderet semua ahaha


kereta-kereta menuju ke ICT shah alam.

ICT shah alam ni dulu kini dan selamanya memang costly.
jadi kalau nak main permainan kat fun fair dia, masuk rumah salji ke rumah hantu ke rumah apa-apa pun, siap sedialah duit banyak-banyak.
bayaran untuk permainan semua adalah dalam bentuk reload card.
so kalau kredit habis, boleh top up je kat kaunter-kaunter yang disediakan.

kitorang tak main banyak pun.
sebab ariana kan tak lepas 90 cm.. so games limited.. especially kat fun fair.
kalau naik ride yang slow mo bolehlah. haha
tapi budak-budak bawah 90 cm dikira free kalau per entry untuk ride etc.

first kitorang naik ferris wheel.
ai cakap mahal sebab per head RM10, pusing sekali je. hahahaa
tapi faham la pun kenapa mahal.
nak bayar bil letrik lampu-lampu mengerlip-ngerlip kat situ. :P
tu tak masuk bergambar. kalau nak beli dah kena charge RM30.

dah naik ferris wheel ni. ariana muka confuse je dia. lolx



tangkap gambar dengan mama pulak!

serun jugak tengok ke bawah.
sebab tinggi kot! (ferris wheel gergasi haha)


peace yo. ke sudah peace. haha



view dari atas.



view dari atas nombor 2. xD

then lalu la jugak kat ice world dia.
orang beratur.. mak aih!
may be next time la kalau nak pergi rumah salji ni.
sy masih mode berpantang 100 hari (ke 6 bulan??) so tak boleh kena sejuk-sejuk ni.
tengok dari luar je lah ye. haha









kalau nak banding dari first time datang sini awal-awal pembukaan dulu,
dah banyak la games yang ada sekarang.
lengkap la.
kalau dulu setakat ride kat luar dengan rumah salji.
now ada fun fair, rumah hantu, rumah cinema and banyak lagi.
jenuh jugak nak berjalan sana sini.
tempat jauh-jauh.
so kalau nak datang, set kan nak pergi ke mana.
tak larat kalau sekali datang nak main kat semua tempat.
nak membayarnya lagi. sebab mostly 1 games, seorang kena RM10.
dah la kejap je main.
RM5 pun ada, tapi games yang biasa-biasa je la.

hah gelap gelemat gambar HAHAHA

balik tu lapar, dahaga semua ada.
i'm more to thirsty la.
singgah kedai makan thai kat seksyen 7.
ingat nak makan tomyam, telur dadar dengan nasi je pun dah ok.
sekali husband order meriah-meriah dengan ikannya sayurnya telur lagi.
time tu dah pukul 10 ke 11 pm macam tu.
haha kemain lagi supper kami-kami ni :DDD
lepas makan tu balik.
plan nak pergi makan durian tak jadi.
satu sebab dah kenyang.
dua sebab dah tengah malam.
lolx.

Sunday, March 22, 2015

kid'z paradise



heylo delo, sunday peeps!! *wave*

dah ahad dah?! whatttt---


semalam kitorang ke the mines; nak cari barang.
barangnya ngak ada. tetiba ternampak pulak kid'z paradise ni.
terus melencong masuk. hahaha


time tu fikir, mesti ariana suka ni main kat sini
sebab dia kan pakar melompat pakar terjun memanjat semua ada.
bolehlah dia lompat-lompat dengan selamat.


deco siling.. hot air balloons yang comel!


harga weekend untuk sehari adalah RM38 per kid.
parents masuk free.
tapi kena pakai stoking.
kalau tak de, boleh beli.
since ni first time kitorang datang and kitorang pun tak tahu,
maka pergilah membeli dulu stoking untuk ariana kat kedai baby berdekatan.
kalau nak beli stoking kat kid'z paradise, harga RM4 je sepasang tapi macam besar sangatlah pulak.
untuk stoking dewasa je kitorang beli kat situ.
once ko dah bayar, nanti akan pakai tag kat pergelangan tangan tu.
bolehlah keluar masuk bila-bila nak.


ariana bariana dengan gembiranya main slide.


dia memang suka main slide.
tengok dia main kat playground rumah kitorang pun dah tau.
ai rasa dia ni sukan sukan-sukan extreme la.
menurun daripada mama dia. bahaha
slide tu normal kan.
haa ko tak tengok lagi macam mana dia nak lompat dari atas sofa ke karpet.
tu belum lagi dia panjat meja pastu nak lompat atas kitorang ni.
kita pulak yang mengah nak menyambut. lolx


family selfshot sekali!


nampak tu.
bercahaya je muka.
punyalah happy dapat main kat situ.


tak terkira dah berapa kali dia naik turun main slide ni.






lepas slide turun, wajib terjun ke depan. nasib baik la ada bola-bola tu. hahaha



round and round.

tempatnya agak besar and banyak jugak la permainan.
ada jugak tempat untuk mak pak melepak di tepi.
ada tempat baby salin lampin etc. (boleh menyusu jugak kot kat bilik tu. ntah tak masuk pulak)


melompat is her favourite activity.

lepas tu bawak dia main pasir tipu-tipu. ahaha
pasir ni nampak macam chocolate rice pun ye jugak.
dia jenis yang tak melekat. so tak kotor la.
ramai jugak budak-budak yang main kat tempat pasir ni.





trampoline.
sini insyaAllah semua selamat,
sebab peralatan adalah lembut.
lantai pun lembut.
cuma parents kena ada la untuk supervise.








kemain seronok awak ye, ariana bariana :P

oklah tu je.

bertemu lagi di lain siaran. ekeke