Showing posts with label anaqi. Show all posts
Showing posts with label anaqi. Show all posts

Saturday, November 29, 2025

Anaqi the hot wheels champion

Assalamualaikum and hey! :D

Haha bukan sesaja overclaimed, tapi memang blog entry kali ni
nak menceritakan pengalaman anaqi first time masuk pertandingan hot wheels.

Tapi sesambil tu kita bagi selingan story-story lain.

Ni time jalan-jalan kat mytown.
Ada pameran tamashi nations pulakkk (pelbagai action figures, termasuk ultraman)


Ingat budak ni dah move on dengan Ultraman,
Rupanya belum sepenuhnya 😂😂
Gambar kat atas tu, anaqi tengah buat pose ultraman action figure.. untuk dapatkan free sticker.

Rupanya dia nak ikut pose ultraman kat belakang dia :P





Pada hari yang lain,
Kawan-kawan dia ada jugak datang ke rumah.. buat projek sekolah mostly.

Lepas tu salah seorang kawan baiknya, Farhan, ada datang sleepover.
So kita bagilah aktiviti sikit kat budak-budak ni.

Aktiviti mengecat manusia diorama.



Projek sekolah, piramid makanan.
L2R: Muhammad (jiran), naufal, Farhan, anaqi.



Naufal bawak pizza, diorang makan sama-sama.



Nahh ada jugak pose jawline budak-budak zaman skang. Lolx
(Netizens kata LOL ni acik2 millennials je pakai.. ye ke? Hahaha)



So hari sabtu, 11 Oktober haritu kita masukkan nama anaqi
untuk join pertandingan hot wheels race kat putrajaya.
Race berlangsung di tepi tasik wohhh.
Sempena hari sukan negara jugak.

Haritu sy ada sukan kat ofis.
So singgah ofis kejap, lepas tu bergegas ke lokasi race.

Asal nampak kereta hot wheels je, semua nak beli, huii.



Winners 1-2-3 pelbagai kategori. Teka mana satu kereta anaqi?



Tu kereta hot wheels anaqi yang kiriii sekali kaler purple.
Namanya 'driftsta'. Kereta champion tuuu kihkih



Reaksi terkejut lepas kereta dia menang.









Haa gambar ni buktinya. Johan yang paling kecik kat tengah tu :D



Congrats, anaqi! Menang RM250.





Bolehlah belanja mama lepas ni.
Mama kan selalu support hobi dia.. HAHAA.

That's all for now. Tata!!

Sunday, September 07, 2025

Merdeka 2025

Assalamualaikum dan apa khabarr :)

Entry kali ni kita bersemangat extra patriotisme,
Sebab bulan Ogos = merdeka!
Dan bulan September = Hari Malaysia!

Hahaha.

Tahun ni, sy plan ambik cuti, bawak AAs our kids tengok raptai penuh.
Raptai berlangsung pada hari Jumaat, 29 Ogos 2025.
Babah diorang terlibat dengan perbarisan ni as urus setia..
So that's why he's not in the photos.
Dia tengah sibuk dengan kontinjen dia.. haha


Dapat duduk kat atas rumput, dataran putrajaya.
Rasanya ni tempat urus setia, tapi kitorang lepas je masuk.
Mungkin raptai, so security tak ketat sangat.



Kalau tanya pukul berapa kitorang gerak,
asalnya nak gerak pukul 5 pagi 😂
Tapi husb kat awal sangat tuu.
So kita gerak lepas Subuh, bersubuhan kat rumah aje. Convenient.
Tu pun, sampai-sampai Putrajaya, banyak parking dah penuh.
Sudahnya sy park kat sebelah Masjid Besi.

My partners in crime.



Pagi-pagi dah ada sini (tu Masjid Besi)


So dari parking tu, kitorang jalan kaki ke Dataran.
Dapat pulak spot  cunnn punya.
Cuaca pun mendung, tak panas. Alhamdulillah.

Anaqi & Ariana.
Yes kitorang lepak kat atas rumput ni je.
Alas tuala dan bawak keluar bekal, ala-ala piknik.



Memang sini tempat keluar masuk peserta persembahan.. hahaha.




Tentera laut yang bawak jalur gemilang.




Pelajar-pelajar sekolah berpakaian pelbagai etnik.




Bawak bekal yang simple-simple je macam nugget, fries, hash browns.




Time raptai penuh pun dah ramai orang, ye.
Bayangkan time hari kejadian macam mana.
Memang tobat tahun ni tak pergi.. last time (pernah pergi) kena patah balik,
sebab kereta banyakkkk sangat. Sampai jem. 




Nyanyian lagu Negaraku dan bacaan ikrar rukun negara.




Laungan semangat, MERDEKA!!



So lepas tu, bermulalah acara perbarisan..
Korang layankan and tengok la ye gambar-gambar ni :)














Tahun ni lebih simple, tapi meriah.
Kejap je dah habis, dalam jam 10 pagi++ macam tu.
Dengar orang kata, sebab YDPA tak nak lama-lama.
Ok la tu kan, tak draggy and straight to the point.
Cuma persembahan udara kejap je, tak lama mana.
Pada sy, itulah one of the highlights setiap tahun.
Orang akan tunggu-tunggu yang tu.


Banano.




Mama dan banano.




Mama dan banaqi :P




Adik-adik bomba.
(Tahun ni ATM yang viral)



















Penutup; persembahan tarian kebudayaan.




Habissss :D











dah, sampai jumpa lagi di merdeka akan datang! (insyaAllah)

 

Friday, January 03, 2025

Hari cemerlang gemilang terbilang

Assalamualaikum and hi!

Dua majlis pada hari berbeza;

12 Dis 2024, Khamis - majlis anugerah kecemerlangan sekolah kebangsaan
20 Dis 2024, Jumaat - anugerah murid mumtaz sekolah agama


Anak-anak acik ni bukan la jenis belajar 24/7.
Diorang generasi main games dan segala-bala permainan.
And bukanlah wajib dapat markah tinggi, ada ups and downs markah dia,
Depends on time tu diorang revise ke tak 😂

Tapi tahun lepas 2024 ada terselit la jugak, rezeki Allah bagi.
Ariana dapat terbaik BI, anaqi buat persembahan (SK).
Lepas tu Ariana dpt sijil untuk pengawas, anaqi dalam top 5 dalam kelas (SRA).
Tak semestinya kena dapat nombor satu,
dapat nombor berapa-berapa pun, kita raikan jugak.
Macam biasa, mama akan cuti / mintak pelepasan daripada bos. hihi


Tahniah, Ariana.. terbaik BI.
Speaking English berabuk.


Sy perasan yang generasi sekarang ni lebih banyak pendedahan kepada English.
Baguslahh tu. Sy dulu darjah 6 pun, banyak kosa kata sy tak master.
Sy banyak belajar daripada siri-siri US kat tv je.
Zaman ni ada YouTube, ada TikTok, banyak tempat boleh belajar English.
Kalau pergi keluar pun, sy banyak jumpa budak-budak yang pandai English.
Cuma BM la pulak kena perkasakan.
Ni bila baca kat page-page di socmed, tatabahasa tak betul.
Page tu ok lagi sebab informal.
Tapi, tajuk berita pun all over the place.
Nanti netizen biasanya akan condemn la kenapa bahasa tunggang-langgang.. lolx.
Harap anak-anak kita boleh excel BM, BI dan apa jua bahasa ketiga, keempat, kelima etc.
Sekarang cabaran tau untuk galakkan rakyat Malaysia berbahasa Melayu.
Terutama daripada anak-anak berbangsa lain.
Ini bukan racist, tapi pemerhatian.
Semakin ramai yang mempertahankan bahawa tak pandai BM pun tak pe.
Which is sad. Warganegara apa yang tak reti cakap BM?
Eloklah ko merantau, pergi jadi warganegara lain.
Lain dengan yang tak reti BM, tapi ada usaha nak belajar BM.. dengan yang mentah-mentah tolak untuk belajar dn berbahasa melayu.
Eh terpanjang pulak karangan 😂
Biasa la, acik-acik millennial memang suka mengarang. Hahaha


Ada kejadian masa nak ambik gambar ni..
Ada family yang potong barisan selamba je. Padahal orang lain dah beratur ye.



Being orang yang berani menegur, husband and I pun tegurlah family tu.
Akhirnya diorg queue belakang. Selamba je eh.
Memang ada orang macam ni.
Haritu sy pergi tempat jual-jual makanan masa new year's eve pun ada je yang potong. Tak suka la dengan orang mentaliti macam ni.
Diorang jenis terjah je.
Eh sebelum terpesong  ke cerita lain, baik kita sambung cerita sebenar :DD

Ni masa Ariana terima sijil.



Ni Ariana dengan kawan-kawan.



Anaqi pun ada ha, buat persembahan 'parang ilang'.
So comel budak-budak ni.



Then 20 Dis ada majlis kat sekolah agama pulak.
Sekolah agama memang suka buat hari Jumaat petang.
So pagi tu masuk ofis kerja, petang minta pelepasan kat bos je la.
Jenuh kalau nak ambil cuti banyak-banyak.
Nanti tak cukup cuti.. hahaha.


Tahniah, anaqi! Top 5 terbaik.



Ye, sy memang rajin belikan depa bunga..
Walaupun may be diorang ni tak faham mana tentang simbolik bunga dengan kejayaan. Haha
Tapi tak pe, bagi je.
Semoga nanti besar, diorang akan meraikan kejayaan orang-orang terdekat begitu juga.


Ariana and anaqi, depan sekolah.
Sekolah diorang ni kecik je. Tapi murid ramai.


Ustaz pun ada beritahu,
Kemasukan 2025 dah penuh.
Mana-mana yang tak dapat, especially anak-anak darjah 1, pihak sekolah suggest untuk masuk ke sekolah satu lagi, tak jauh dari sekolah ni.
Sekolah tu besar sikit.

Tapi sekolah AAs ni prime area la. Sederet situ semua sekolah.
Bermula dengan sekolah agama ni, lepas tu sekolah cina, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah.
Sekolah Tamil ada jugak, tapi dekat-dekat Pasar.
Hahaa banyak kan sekolah kat kawasan pekan kecil kitorg ni.








Anaqi and friend, Irfan. Congrats, anak-anak!



Anaqi dengan guru kelas, ustazah elyani.



Ni masa anaqi ambik sijil.



Last but not least, Ariana and I.
Masa ni babahnya belum sampai dari ofis.


Ok tu je la ceritanya.
Semoga cemerlang dunia akhirat.
Kbai!!