Showing posts with label shop. Show all posts
Showing posts with label shop. Show all posts

Wednesday, June 19, 2019

kedai borong goodies / jajan murah di shah alam - Stesen Biskut

assalamualaikum and hi!

ni lah dia stesen biskut.

kepada korang yang stay area shah alam dan mencari kedai untuk goodies/jajan murah,
bolehlah ke stesen biskut
bertempat di seksyen 19, shah alam.
cari hotel de palma shah alam,
then masuk ke dalam kat lot-lot kedai tu.
jalan terussss je sampai ke depan dan nampak kedai stesen biskut ni.

kedai ni sememangnya port sy untuk membeli barang-barang goody bags for birthday anak/majlis kahwin adik etc.
sebabnya walaupun kedai ni tak besar mana,
tapi jajannya banyak, kot!
mainan pun ada kalau nak dijadikan goody.
harga memang harga borong (murah).
kalau nak beli plastik pun murah kat sini.


mainan-mainan untuk main sendiri, atau mainan kecil-kecil dijual in bulk (banyak) untuk dibuat cenderahati birthday etc.

benda lain yang boleh dibuat goody macam bubbles, belon, clay, sand art, stickers pun ada sini.

kedainya ada lorong-lorong kecil macam ni.. ada bahagian jajan cikedis, coklat, kacang, marshmallow, asam-asam dan macam-macam lagi.



ahah beyblade ni kat mana-mana pun muncul! :P

tapi beyblade kedai ni murah ok.
sy ada nampak yang harga RM6+.
kinder bueno acah2 (wonder kids egg) pun ada tu ha.. harga RM2.50 je.


ni area coklat and gula-gula. memang puas hati beli sini.

biasanya sepakat coklat/gula yang banyak-banyakk, harga dalam RM6, 7, 8 bergantung kepada jenis.
kacang-kacang pun ada.

and of course, sebab namanya pun kedai biskut,
banyak biskut-biskut timbang dijual kat sini.
kalau malas nak timbang, yang dah siap bungkus pun ada.
RM5 sebungkus, digantung di tepi-tepi tu.

then ada jugak biskut raya (sebab musim raya)
andd mi segera/ramen korea banyak jugak kat kedai ni.







so selamat membeli-belah barang-barang goody bags kepada semua! :D

(kalau rajin, boleh la ke GM klang. tapi sy tak rajin. sy rasa pi kedai stesen biskut ni pun dah memadai. jumpa macam-macam benda kat sini)

toodles!

Tuesday, June 18, 2019

Premium Toys - kedai mainan murah di shah alam



assalamualaikum and hi!

kembali lagi kita dalam siri kedai-kedai murah di sekitar shah alam :P
ha, kemain besar billboard kedai premium toys.
dari jauh boleh nampak.
sebelum tu, mohon maaf kat owner kalau sy snap gambar sana sini.
sy snap gambar sebab nak dimasukkan dalam entry kedai mainan ni.
sebab sebelum ni bila sy dok cari kedai-kedai murah,
susah nak jumpa blogs.
banyak orang dah tak update blogs sekarang.
jadi kita kena meneruskan usaha blogging tu supaya senang orang nak buat rujukan, jika kebetulan tengah nak cari kedai mainan murah ke. contoh.

kedai premium toys bertempat di seksyen 19, shah alam.
di deretan lot-lot kedai area de palma hotel.
nampak de palma hotel shah alam, korang masuk je ke dalam kat deretan kedai-kedai tu.
jalan terussss ke depan.
sampai nampak billboard besar ni. haha
kedai mainan ni dok sebelah kedai rojak subang.

kedai ni banyak gile mainan ok.
kalau nak buat birthday party,
pun ada macam-macam item dalam ni.
kedai ni sebenarnya milik mendiang bekas cikgu geografi sy.
sekarang kedai diuruskan oleh family beliau, kalau tak silap.

jom kita jalan-jalan virtual dalam kedai!


ha seperti yang sy cakap tadi, sini ada beberapa barang-barang kalau korang nak buat majlis harijadi. belon memang banyak sangat kat sini. harga standard, tidaklah super murah tapi masih dikira murah. dalam beberapa ringgit untuk 1 pek belon saiz kecil.


kedainya dibahagikan dalam bentuk lorong-lorong mainan yang agak sempit, tapi mainan mewah (banyak). ni ariana tengah dok tunjuk pam angin belon.



masih lagi di barang-barang harijadi. lilin pun banyak choice kat sini.



sesiapa nak bermasquerade, berhalloween, sini banyak jugak masks.

yang hat-hat topeng halloween, scream, rambut plasu semua ada.
baju-baju beragam pun ada.. nampak untuk budak-budak.
orang besar punya tak sure.
harga puluh-puluh.
ada tengok haritu baju frozen RM60.
kalau nak cepat bolehlah beli kat sini.
kalau sanggup menunggu, beli kat shopee dapatlah RM25-30 lebih.


ada masks, deco-deco party.



ni barang-barang untuk halloween, termasuklah make up, gigi, jari, semua ada. haha. yang selempang untuk bride-to-be, happy birthday pun ada. crown-crown pun ada.



ni cekak beragam. cekak unicorn pun cantik-cantik.



close-up sikit barang-barang halloween.



yang nak buat party, party bags untuk buat goody pun ada. harga murmur (murah).



party hats! bawah tu baju beragam.



haa ni la dia baju beragam. banyak kot.



wigs untuk yang feeling2 drag. atau clown. haha



di side lain, ada juga mainan-mainan yang pelbagai untuk budak-budak. beyblade semua tu memang ada. tapi tak snap semua gambar.


clay, lego imitate, robot, ultraman, spiderman, pembalut hadiah, greeting cards, paperbags semua ada. haa datanglah sendiri nanti tengok.
most of the toys ada sini.
kereta elektrik ada, tapi tak super banyak.
pelampung ada.
eggs gile banyak.
dinosaurs, kereta dll.


syurga mainan!!



nak tunjuk kereta hot wheels dia harga RM6.90 je.


selamat membeli belah mainan untuk korang!! :D
*macam tu je penutup dia HAHA*

MyToys - kedai mainan murah di shah alam

assalamualaikum and hi!

selamat datang ke siri kedai-kedai murah di sekitar shah alam. haha
sy akan post entries kedai yang biasanya sy pergi kalau balik shah alam.
(kedai kat dengkil, next time pulak. masih dalam mode meng-explore).

kepada rakyat shah alam dan berhampiran,
kalau cari kedai mainan yang murah,
boleh try ke MyToys bertempat di tingkat atas tesco extra, seksyen 13, shah alam.



kedai ni agak besar jugaklah.
macam-macam jenis mainan ada kat sini.
tapi sebenarnya last time sy ke kedai ni, murah sikit.
ni sy pergi lagi, macam dah naik harga.
especially motor letrik mainan.
dulu ada motor minion harga bawah 100 tak silapnya.
ni dah naik harga atas 100.
tapi masih murahlah compared to toys r us. wah haha

jom kita tengok apa yang ada kat kedai ni.


memandangkan sekarang tengah musim beyblade, banyak gile la beyblade untuk pembelian berjemaah daripada korang :P

harga standard kedai mainan murah.. dalam belas-belas ringgit bagi 1 kotak saiz biasa.
dia punya trek ke stadium ke, apantah korang panggil.. ha yang tu pun ada dijual juga.


ni la bahagian basikal, motor dan kereta mainan elektrik.

motor elektrik harga 100, 200 ke atas.
kereta elektrik 400, 500 anggaran.
basikal tak check la pulak.
tapi ada banyak pilihan kalau datang ke sini.



ni area clay, slime, bubbles.



besar tempat ni. setiap satu lorong ada mainan ikut jenis.

yang dalam gambar kat atas ni kalau korang nampak..
tong untuk gas helium *dalam kotak*
tong kecik macam ni harga tak silap dalam RM270+.
sebelah tu pam belon elektrik. harga puluh2 jugak la.
tapi jimat tenaga la tak lenguh nak meniup pakai mulut. haha


sesiapa yang suka frozen, banyak jugak anak patung elsa, anna kat sini. gambar model kita purplekan sebab tak termasuk dalam kontrak kedai :D



educational wooden toys untuk anak-anak, babies, toddler.



ni area barang-barang ke pool/pantai, tent budak-budak pun ada.



ada jugak mainan lain yang sy tak sempat snap.
macam lego (imitate), kereta-kereta, slide, buai, ultraman, spiderman, yang eggs semua ada kat belah kaunter, belon pun ada.

so kalau korang singgah ke tesco extra,
bolehlah tengok-tengok kedai mainan ni.
kot nak beli hadiah birthday yang besar tapi murah,
ha sinilah salah satu tempatnya.

mytoys
aras 1, tesco extra shah alam
3, jalan aerobik 13/43
seksyen 13, shah alam

Sunday, August 19, 2018

beli langsir dan karpet di nilai

assalamualaikum and hi!

truth to be told,
memang agak sibuk kalau tengah prepare nak masuk rumah.
semalam beli cat (half) untuk cat ruang tamu, master bedroom and bilik budak-budak.
beli cat easy wash (boleh bersihkan contengan), 5 liter dapatlah RM90+ tak ingat exact amount la haha. beli kat dengkil town je.

upah mengecat pulak, kita minta tolong sama rabiul.
rabiul ni bangladeshi yang kerja jaga area rumah kitorang.
dia ambik RM200 je.
semalam beli cat, hari ni datang-datang, tengok ruang tamu dah siap cat.
memang pantas. haha

so hari ni tugas menyiapkan rumah diteruskan.
kitorang ke nilai untuk tempah langsir dan cari karpet.

langsir tu nanti diorang akan datang rumah untuk ukur.
beli kat ninety six moda (nama kedai dia). area bandar baru nilai.
tak tau la harga pasaran langsir sekarang macam mana,
tapi untuk black out curtain, dia charge RM45 per meter. murah ke mahal tu?
day curtain pulak RM25.
blinds pulak harga by square feet. kitorang ambik yang RM25 saja.
untuk bilik budak-budak, sy skip dulu.
sebab tak de pattern kartun yang berkenan.
may be akan cari later kat ikea.
kot ada yang tengah nak beli langsir and nak estimate bajet/harga;
kitorang beli langsir, railing dengan eyelet (gelung-gelung langsir).. untuk ruang tamu, sliding door, 2 bilik tidur, blinds untuk dapur and tempat laundry.
semua tu dalam RM3k.

so anggarannya kalau rumah korang setingkat/apartment,
get ready with RM2k.
rumah 2 tingkat, RM3k - RM3.5k.
bergantung jugak pada jenis kain.

---

seterusnya kitorang gerak ke nilai 3 pulak untuk cari karpet.
tak de la survey kedai to kedai.
bawak budak-budak ni memang serbu 1 kedai je.
malas fikir dah HAHA

kitorang ke kilang karpet prima.
dari luar dah rupa-rupa macam gedung ikea dah.
sebijik sebijan tulisan dengan warna dia lolx!
(sebab tak snap gambar sangat, sy ambik daripada instastory sy je lah).


nampak tu.. dengan capture view sekali keluar. haha


kilang/gudang dia besar gile ok.
memang taklah jalan sampai ke belakang.
sebab dah tengah hari.
anaqi pulak dah tidur.
so ronda-ronda belah depan je.
hajat di hati nak cari karpet ala-ala design ikea.
i.e yang simple, geometric atau abstrak je.
sebab orang dok habaq yang kedai ni murah banding ikea.
memang betul pun.
satu karpet saiz 5x8 boleh dapat dengan harga RM150 je.
design pun cun-cun.
yang lagi murah pun ada, tengok jenis.
karpet bulu-bulu ada sy beli dengan harga RM30 je.. untuk letak kat area wardrobe.
murah kan!

design yang modern. salah satunya macam ni.. dan banyak lagi.



rambang mata ok!



karpet budak-budak pun ada. yang besar macam ni RM100 saja. yang kecik sikit RM40.

memang cun-cun la design semua.
tapi ai is beli laju-laju sebab kepanasan dalam tu. haha
memang menang membeli.
sy ambik karpet untuk living room, dining table, wardrobe, master bedroom (panjang punya, tak besar), dapur dan satu alas kaki.. semuanya around RM300+ je.
ni kalau ke ikea dengan RM300, mau dapat satu karpet je. haha
nanti rumah dah siap, dah bentang karpet semua, entry lain akan menyusul. lolx

balik dari nilai, singgah alamanda pulak.
sebab nak potong rambut AAs yang dah panjang gemilang terbilang.
solat, makan semua sekali kat sana.

lepas tu baru balik rumah putrajaya.
fuh memang produktif betul hari ni.

Wednesday, March 29, 2017

kedai mainan murah di nilai 3 - lotus century

hari tu masa on the way balik ke putrajaya dari port dickson,
kitorang singgah ke nilai 3 kejap.
nilai 3 ni bukan setakat ada kedai baju, kedai kain, kedai barang kahwin, kedai karpet..
tapi juga ada kedai mainan murah-murah :D

kedai mainan yang kitorang singgah ni namanya kedai lotus century.

memang banyak mainan dalam ni,
jauh lebih murah daripada kedai-kedai mainan kat tempat lain.

ariana pun rambang matalah tengok banyak 'car' dan 'motor' hahaha.
nak beli basikal, skuter basikal pun ada sini.
ada yang harganya on sale.



sy dok pusing-pusing tengok mainan lain,
ariana dok mengekor sambil tak putus-putus sebut,
"nak motor, nak motor."
selagi tak dapat, dia tak berhenti ok! lolx

akhirnya babahnya decide, oklah belilah satu untuk dia.
tengok muka penuh pengharapan kan. haha
tapi beli yang on sale je lah.
yang motor panda tu harga RM200 lebih..
yang minion dengan mickey mouse (2 warna pilihan).. ada sale harga RM119.
tu pun masa bayar dapat diskaun lagi.


"berapa yang ni?" tanya husband.



mana tak rambang mata si ariana ni!

nasib baik la anaqi tak mengerti sangat benda-benda material macam ni.. bahaha.
tu pun dia dok tunjuk-tunjuk nak mainan itu ini.
cuma choice dia tak lah nak motor letrik la, nak kereta letrik la.
choice dia lebih affordable.. kihkih.


haaaa comel sangat semua ni!!

tapi ariana tak heran sebab dia dok sibuk sebut motor, motor kan.
kita tanya nak tak ni, nak tak tu (mainan lain).. dia tak nak ye.
dia determined sungguh nak motor.


comelllllll

banyak pilihan la.
kalau nak beli mainan untuk anak-anak,
atau nak belikan hadiah birthday ke, boleh singgah sini.
harga pun ok.

kalau set macam ni pun tak silap sy below RM50.



bahagian mainan untuk baby.

tapi janganlah expect nak mainan jenama macam leapfrog ke, fisher price ke, lamaze ke.. macam kat toys r us yang agak mahal nun.
memang tak de la kat sini.
walaupun begitu, masih best dan banyak choice seperti yang sy bitau tadi.

nak lego (bricks jenama lain), kereta remote, robot, ultraman, drone pun ada.
roller blade ada, playmat ada, kids' tent, safety gate untuk baby, few barang baby ada jugak.
yang berdekatan tu bolehlah datang check it out :D
kalau dok putrajaya, kira dekat dah tu.


sy snap ni sebab tengokkan rocking horse/animals kat belakang tu.

harga rocking horse tu seratus lebih jugak.. RM119 rasanya.
oklah harga tu.
lenkali boleh datang beli. haha
(anaqi suka naik ni)


wajah keceriaan lepas dapat motor. aicehh. haha