Showing posts with label present. Show all posts
Showing posts with label present. Show all posts

Tuesday, June 30, 2026

Birthday wani ezryl

Assalamualaikum and hi! :)

HAHAA wani ezryl tu ai lah, siapa lagi πŸ˜‚πŸ˜‚

Dah tua-tua ni tak de la nak celebrative sangat.
Keluar makan and that's it.

Btw sy share birthday (lain/sama tahun) dengan my twinnies firdhaus, cik azura dan kak bai (kat ICU dulu). Ada seorang lagi daripada sekolah, naomi. Ramai kan. Bulan jun memang ramai. hahaha


Nak pergi keluar makan on my birthday. Hari ahad tahun ni.



Terima kasihlah auto filter kat kamera Samsung ni. Wahhahaa
(Kalau tidak, muka ai banyak bintik dan ai tidak malu mengakuinya πŸ˜†)



With alpha gen.


Dok bincang-bincang dengan husb, last-last kitorg ke sopoong.
Teringin nak makan korea. Korang semua layankan je ye taste mama korang ni. kihkih




Tteokbokki kat sopoong ni memang sedap, hands down.
Saya ambik ayam korea soy garlic jugak. Kenyang wehhh.



AAs (our kids) pun ordered ayam korea, set dengan fries.



Kalau tertanya, yang putih kotak tu radish.. macam acar.



Husb ordered ayam jugak.


And sempena birthday, sopoong kasi free bingsu (boleh pilih any flavours).
Mula-mula nak mango sebab suka mangga kan haha.
Tapi anaqi cakap dia tak makan. So kita tukar strawberry bingsu supaya semua orang boleh makan. Ahaha
Nak dapat free bingsu, just tunjuk myKad korang and pastikan hari tu exact date birthday korang. And pembelian makanan kena melebihi RM50. And kena post kat socmed korang. Banyak syaratnya, tapi berbaloi.
Bingsu big portion, shaved ice dia sangat halus dan memang sangat sedap.
Ye, bingsu tu shaved ice. macam ABC la.. tapi lagi halus. Letak buah-buahan.


Strawberry bingsu. Sedap wehhh.


Dah, tu je la. Lepas tu kitorang jalan-jalan la kat area d'pulze.
Simple-simple je :D


Marilah kita ke segmen hadiah birthday pulak.
Husb belikan ikut my wishlist, iaitu mesin pemotong kertas pelbagai corak (AHAHA yang aneh-aneh mintaknya kan) dan madu sidr.
Tapi tak de gambar la, sebab sy shoot video unboxing je.

Kat bawah ni gambar-gambar hadiah yang lain:
(Thank you to all!)

mouse pad objet yang cantik warna soft purple daripada ain jr. (Mystep kat ofis. Baik budaknya. Orang Sabah bah). Ada jugak hadiah lain dia bagi dalam paperbag. Semua comel2, so gen z. Ai likee.


Sy ni kan suka benda-benda artsy.
Toys pun sy suka (specifically Polly pocket, or legos/bricks, or mini-mini things).
Stickers pun sy collect (family mart and others).
Stationeries, also my thing. And any cutsie things.
Macam budak-budak la kan (walaupun kertu haha), tapi sy perati budak2 gen z skang ni lebih menghargai benda-benda gitu. Walaupun kadang dituduh fomo.
Macam beli pop mart semua tu kan.
But those were kinda my things too, although I'm not a gen z. Hobiku ni sejak berzaman lagi πŸ˜‚
So I'm glad dapat hadiah drp gen z. Lain drp hadiah lain (yg mostly lebih serius).
Dapatlah merasa barang2 cute. hahah


A birthday cake from a zillennial (she called herself that πŸ˜‚; maknanya millennial tapi tersangkut jiwa antara gen z dan gen y). From anies. Purple jugak, lurve!! Dah la sedap keknya.



From atiqah, another 'adik' gen z di ofisku. Wahaha. Sy ramai adik :P
Tiq bagi reed diffuser hooga. Nicee sebab diffuser kat bilik dah habis. haha



from rakan sebaya kat ofis; Ariani.
Ni cuuute. Set mangkuk porcelin dengan penutup. Boleh letak food.



From another office 'sister', aisyah.
Haa dapat airtag, ye. Tau2 je kak wani kamu ni selalu hilang barang πŸ˜‚



puan arfah bagi. Puan arfah KPSU seksyen/unit sebelah.
Ada towel & tudung. Bolehlah berenang dengan lebih kerap. haha



Cc jumpa kesayangan kami kat ofis.
Bagi towel. nicee. Memang sah kena pi berenang ni. haha



Adikku Jamie, bagi thermal lunch box yang silinder tu.
Siap dengan beg dia. Bolehlah berbekal banyak-banyak lepas ni.



My KPSU, pn faridah bagi duit. Beliau cita-cita nak jadi milliannair.
Sy sokong cita-cita beliau itu! haha



Paling first bagi hadiah (seminggu sebelum).
Aen zainal, roomie ofisku and also my 'adik'.
Tapi sorry la blogger ni tak menyusun gambar. Random susunan dia. Patut atas sekali la kan gambarnya.. hihi.



Ni Khai bagi. Pen untuk sign. Semoga sy kaya boleh sign cek banyak-banyak πŸ˜‚



Yana, adik mystep kat ofis bagi ni. Love colornya cantikk soft2 gitu.
And I love bracelets.


Ada lagi dapat another 2 gifts, tapi tak de gambar sini.
Thank you to hamba Allah (dapat casing untuk tumbler. Nanti sy pi cari siapa dia. Tak sempat nak menyiasat, sis iz busy kat ofis) and putri ma best friend since school days (voucher ZUS).

Paling special tentunya hajah zakiah, my mom bagi uang. Uangnya sy masuk ke tabung haji, nak pi haji. Hihi. Doa2kan.

Thank you to all. Leviu!

Ni fuggler comel SpongeBob. Mula2 macam nak beli buat hadiah diri sendiri.
Tapi sedar diri dah dimamah usia, kite belikan untuk anak kite je. HAHAA
June babies rock!



Selain tu, sy jugak rajin pi me-redeem birthday promo.
Tahun ni tak de dah ole-ole Bali promo. Mungkin diorang rasa tak untung buat promo tu.. haha.

Pakai app boost juice, boleh redeem jus free je.
Pilihlah nko yang paling mahal atau tak mahal. Semua boleh.


Ada jugak redeemed tealive, buy 1 free 1. Tapi tak de gambar.


Free junior scoop of Baskin Robbins ice cream.
Pakai app jugak.



Punn pakai app.
Sofuto. Cuma time tu, hanya ada perisa oolong tea.
Masuk angin sy makan ais krim ni. Kalau ada yang berry tu, sy lagi suka.



Churros. Claim daripada IOI member app. Free jugak.



Pun drp IOI member app. Dalam tu ada lagi, tapi sy dah tak larat nak pi. lolx



Last sekali, sebahagian duit from my mom & my KPSU, sy beli baju seluar kat uniqlo.
Punn ada RM15 off sempena birthday. kikiki



Memang banyak ye boleh redeem.
Cuma tak te-redeem semua.
Best birthday, serba sederhana tapi meriah.. camne tu. Hahah

Happy birthday to me.
Thank you to mama sy yang melahirkan sy ke dunia ni.
Alhamdulillah untuk usia ini.

Hah sempat sy post entry ni dalam bulan jun, walaupun hari ni dah 30 jun πŸ˜‚

Toodles!!

Friday, June 21, 2024

my 40th birthday

assalamualaikum and hey! πŸ’œ

today marks my 40th birthday! :)
can't believe i have been on this very planet earth for 40 awesome years (and i survived it! alhamdulillah).
hopefully, to become wiser, to expect less and gain more. lolx

being a 40, i just hope i am blessed with good health until i'm grey. aamiin.

a ferrero rocher birthday cake from dear husband πŸ’—


yes, one slice is sufficient for us (us four, eating this one slice. haha)
since you all know i don't eat cake much. but i do enjoy it sometimes. like today. haha

so early this morning, friday morning,
i was busy cooking in the kitchen for a simple birthday treat for my office mates (in conjunction of my birthday.. lolx),
cooked/reheated fried vermicelli and corn fritters..
suddenly my fam came with a slice of cake, a birthday gift and a happy birthday song 😊

i said, "i am all sweaty in the kitchen and you guys come here singing birthday song." πŸ˜‚

but fair enough, we enjoyed the super short sweet time,
before preparing ourselves to work/school.


what i brought to my workplace.




my first birthday gift was a pair of shoes 😍
these shoes, are my necessity. so thank you, husband for the gift! love it!


then in the afternoon,
went our for birthday lunch with my birthday mates, cik azura and firdhaus.
we're all born on the same day, and same year! what an odd! 😁

so i figured out this free birthday treat from ole-ole bali restaurant.
need to show them your myKad (ID), proving it's your birthday.
then you'll get a plate of nasi campur (indonesian mixed rice) for free.
well we just bought ourselves drinks. tu pun firdhaus belanja *thank you, firdhaus!*
he's rushing for jumaat prayer, so we tried to finish our meet up early.

this basically how our plate looks like. looks yummy, right?


well there are many more birthday treats from many more shops,
but need to download app and stuff.
kalau rajin, boleh la redeem.

me and the 21st june kids. and yes, anaqi was around too.. he's a bit under the weather so he didn't attend school today.



i'll update more later, since i am rushing with things today.

so yeah.

happy birthday to me!! πŸ’Ÿ

Friday, July 21, 2023

birthday saya HAHA

assalamualaikum and hi! :)

entry ni didedikasikan khusus untuk birthday tuan tanah *saya la tu. HAHAA*

birthday sy dah lepas dah sebenarnya (21 jun 2023),
tapi biasalah, baru hari ni nak post. ekeke

anyways, tqsm kepada semua yang wish and celebrate birthday sy.
truthfully, dah tua2 ni tak de nak expect extravagant celebration.
kek pun tak beli sendiri (i occasionally eat cake).. ehsan kawan2 ofis je *thank you!*

dahlah, panjang pulak mukadimah.
orang nak letak gambar je sebenarnya. bahaha


happiest birthday to me!




my birthday is dedicated to my mama, who delivered and raised me.
*pasang lagu 'you raise me up' josh groban*
THANK YOU, MAMA :) LEVIU!



this is my mama, yo! and i lurve her so much!



mama and AAs.


so macam tahun-tahun sudah,
sy akan ambik cuti time birthday sy. (tahun ni jatuh pada hari rabu)
tak de la pergi bercuti kat alaska atau pergunungan alps HAHA
just dekat-dekat je, melepak macam anak-anak muda masa kini. 😁


oo pi dating rupanya πŸ˜‹



sibuk2 pun still menemani on my birthday.
tqq husb!


nothing fancy, tapi sedap.
nak moderate2 je on birthday. kihkih
(tahun lepas rasa macam pergi ikea. tahun ni pergi IOI πŸ˜„)


our appetizer. shawarma plate. sedap! tak yah gi damascus dengan halab dah. HAHA



mine; mi hun tomyam goong.



steak on husb's plate.


lepas tu kitorang gerak ke maharaja, karaoke halal masa kini.
ye serius diorang yang claim ni karaoke halal and family karaoke.
surau semua ada. strictly no alcohol.
plus ai ngedate dengan husb, so everything insyaAllah is halal. hihi


deco dalam maharaja ni macam dalam istana bethol. ahaks



siap ada singgahsana maharaja HAHA



kat ruang legar maharaja tu ada banyak sofa-sofa. semua grand-grand macam ni.
so kitorang apa lagi, snap snap sini situ sana sini. lolx



harga bilik varies. paling murah macam dinding kaca and tak de langsir.
then ada bilik yang ada langsir.
kitorang ambik bilik yang ada pintu (upgrade sikit daripada langsir tu) πŸ˜†


tak lama pun kitorang dalam tu, sejam je.
nak kejo baliknya sebab petang tu ariana balik sekolah awal jam 4 petang, sekolah dia ada koko (ko-kurikulum).
ginilah parents, nak ngedate lama-lama pun tak de maknanya. haha


kat ofis pun ada jugak celebrate.
thank you la geng2 kat ofis.

unit kitorang.
aizza, zurliza, hilman, pn renny, adilla & ella.



tq jugak for the cake. biasa depa ni beli kek bento kecik2.
hari tu dapat kek SR alhamdulillah (cc kata orang kek bento cuti πŸ˜‚).
nama ditutup sebab memang tu rules dalam internet.. jangan reveal nama penuh anda. HAHA *walaupun ada je yang tau kan*



dak2 opis.



dak2 opis v2.



potong kekness.



time ni raja datang bawak hadiah. haha. tqq rajaness!!



ni pulak mee lee bagi. tqq mee lee! ^^



our EO, mai pun ada bagi hadiah jugak. tq mai :)



ni hadiah from husb. dia tanya nak apa, ai cakap nak sekian2.


cangg! tu dia dapat casing samsul. hahaha. samsung! casing LED.



ni hadiah from mama. mama cakap beli le pa pe nanti mama bayar.
so i chose this for my prezzie. sy ni jenis tak kisah harga tau, asalkan function teruk.
and memang function sangat bendalah ni.



apakah dia? yee ni adalah mini keyboard untuk tv androidku. bahaha *i love gadgets*



satu lagi hadiah, type C cable.
kang ada yang tanya, ehh tu pun hadiah ke?
ye sy pilih ni sebab sy memerlukannya ahax. ni untuk my powerbank. dia C to C.
menggagau nak cari C to C ni. brand ugreen pulak tu.. memagn high quality punya cable.
(sesapa nak belikan ai gadget accesories, beli je from ugreen ke, edifier ke, sony ke.. yang brand2 ni memang sy suka)



ni hadiah from harith my bro and durra my SIL. tq!



hadiah daripada ariana, tapi tulis nama sendiri atas kad. HAHAAA πŸ˜‚



hadiah from roslin. tq! :)



hadiah from raja. tq! :)



hadiah from ezzah yang aesthetic. tq! :)



hadiah from pn renny. tq! :)



hadiah dalam perkhidmatan, dapat APC sehari sebelum birthday.
yang ni nanti la pulak cerita dalam entry lain.

 

macam tahun lepas, dapat pemangkuan around my birthday.
tahun ni APC. alhamdulillah. rezeki daripada Allah semuanya.

dahlah tu je nak update.

beratur dah ni gambar2 dalam galeri phone, tak berupdate semuanya πŸ˜†
tunggu rajin nanti insyaAllah sy update lagi. k! hihii
eppy bdei to mi!

-------------------------------------------------*

WISHLIST TO THOSE YANG NAK BELI HADIAH---TAK TAU NAK BELI APA πŸ˜‚
(terpakai untuk bila-bila. tahun ni, tahun depan, tahun mendatang pun boleee. ahax)

- anything cute/kawaii from kaison and objet.
- anything pretty from lovisa/cameleon (sy pencinta bracelet)
- food! (kek terlampau manis dikecualikan)
- madu sidr, or kekacangan (yang ni banyak kat mahnaz)
- gadget/accesories seperti yang digembar-gemburkan, sy suka brand ugreen & edifier. sy pakai samsung s21, type C.
- shawl (ai banyak pakai printed shawl, either double loop or biasa)
- if tetiba nak belikan sy baju, sy pemakai saiz S/36 untuk baju biasa, M baju jersey/t-shirt. baju pun ai onz lolx. just kaler dia biasanya pastel, light or earth tone.
- shuttlecocks. yes i need a some shuttlecocks. lolx