Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Friday, January 10, 2025

kenduri-kendara di penghujung 2024

assalamualaikum and hi! :)

salam kenduri-kendara! haha


macam biasa, selagi tak habis kisah-kisah 2024 dalam blog ni,
kita akan tetap gigih upload kisah-kisah 2024😝

tapi tak mengapa,
sebab ni dah kisah bulan disember.
kejap lagi, tamatlah kisah 2024 tu. dan sy boleh menarik nafas lega. hahaa

seperti tajuk,
kali ni kita nak bercerita tentang kenduri.
hujung-hujung tahun biasalah kan, kenduri di sana sini.
orang tengah mode bercuti gitu (walaupun kerja pejabat masih onz macam bukan hujung tahun).


7 disember 2024 (sabtu)

mari mulakan dengan kenduri nikah anak ex-boss sy, dato' khidir and wife, datin ruzaimah.
kedua-duanya sangat baik dan humble.
dato' k yang sy kenal masa bekerja dengan beliau dulu,
seorang yang sangat knowledgable dan tak pernah lokek dengan sesiapa.
bab makan memang tak berkira.

jadi untuk kenduri akad nikah anak dato' k, syahadah dan arif,
kami anak-anak fruit ni dapat jemputan juga.. alhamdulillah.

disebabkan husb tengah mode bz beroutstation,
maka sy hangkut AAs ke kenduri.. haha.

fuh satu pencapaian jugak ni dapat meja πŸ˜‚


sy kata 'pencapaian', sebab sebelum ni pernah datang kenduri open house di rumah dato',
ramaiii umat manusia. last time dapat juga meja, tapi menunggu sekejaplah.
so this time sy expect yang sama.
tapi, kejap je dapat mejanya. alhamdulillah sangat.


makanan tak pernah mengecewakan.


terjumpa sahabat lama BPO, jannah.
jannah baru balik malaysia, kerja dengan XXX.


sampai ke balik ha, siap makan cendol.
ni semasa jalan ke kereta. kita saja park jauh sebab tak nak jem depan rumah dato'. haha


next!

14 disember 2024 (sabtu)

seminggu kemudian (macam ayat buku cerita pulak πŸ˜‚),
kami sekali lagi ke kenduri kahwin anak dato' khidir dan datin ruzaimah.
hari tu akad nikah, hari ni resepsi.
majlis di klana resort, seremban.

kami memang dah plan nak datang awal sikit.
sebab expecting ramai tetamu. dengan nak cari parking lagi kan.

so alhamdulillah.
parking dapat (lepas kena pusing balik satu kali.. haha),
meja pun dapat kat dalam dewan.


bukti hadir. lolx


konsep berhidang.


disebabkan sy ni ada aura-aura foodie gitu πŸ˜†,
sy terpanggil untuk review makanan kenduri yang sedap ni!

satu meja ada 8 kerusi.
konsep lauk melayu berhidang.
so kat meja tu dia pecahkan jadi 2 bahagian.
setiap 4 kerusi dapat 1 set hidangan, macam dalam gambar.
jadinya 1 meja akan ada 2 set.

nasi minyak,
daging masak apa eh macam kerutub je, tapi sedap laaa.
ayam golek dah siap potong,
terung tumis berlada,
masak lemak udang dengan kulat/cendawan hitam,
daging masak lemak kuning (salai?) dan
buah lai sira kot.
betapa specialnya lauk!

tu belum cerita kat luar dewan ada stalls..
ais krim, apam balik, cucur, kuih-muih.. apa lagi eh, lupa dah πŸ˜‚


nahh terjumpa pulak ex-boss yang sangat la baik, hj. shahrom dan wife.


hj. shahrom ni dulu pengarah kami semasa di PPN Terengganu.
orangnya sangat la baik.
housemate my husb jugak sebab dulu masing-masing anak perantau.. family kat KL/selangor.
hj. dapat rumah kuarters banglo (bos kan).. tinggal sorang.
rumah besar gile, laman rumah pun sangat luas.
so husb ai menumpang la rumah kuarters tu.
tinggal la mereka berdua sebagai housemate.. haha. comel je kan.


last but not least, bergambar dengan tuan rumah.
datin ruzaimah tak de time ni kat depan, ada dato' khidir je.
so kita snap snap laju-laju sebab ramai gile tetamu nak jumpa and bersalaman dengan dato'.


wedding favours (goody) pun dapat,
iaitu cookies & popcorn untuk kanak-kanak.
sedaplah semuanya!

thank you, dato' k & datin! :)


22 disember 2024 (ahad)

next wedding!

kali ni berlokasi di wilqadry grandeur hall,
conezion IOI.

ni adalah majlis akad nikah, bersambung terus ke kenduri kahwin..
anak jiran mak/MIL. jiran tu jugak cousin kepada arwah FIL, tak silap.
majlis aina dan sadiq (i ols tak kenal pengantin, tapi meneman la MIL and siblings in law pergi).

tema biru. so sauk je apa yang ada and cantik dalam almari, berwarna biru. haha!

cantik tak we ols ^^ husb, mak, me.


ariana and nenek bedah (MIL).


us. time-time ni la nak dress up.
biasanya acik ni sememeh je. lolx


si banano ni nak kita stylekan tudung shawl dia gitu gini.
siap cari kat tiktok. ingat mama you ni stylist ke hape. hahaha


disebabkan tempat ni cantik and macam taman bunga,
kita snap snap la sana sini. buat macam rumah sendiri ye πŸ˜‚


since ni majlis akad nikah, so kitorang dah sampai awal pagi around 9-9.30am macam tu.

tapi majis around 10.30 am kot. so duduk-duduk je la dulu.

with the son, anaqi.



anaqi and his cous, tuah abrisam.
cousin dia ada 2 nama tuah. sorang lagi tuah andra. hihi


hj and hajah. aamiin. hihi


suasana di dalam hall. kecil je hall dia, tapi muat la semua.
so beautiful ^^


so selamat pengantin baharu to all newly weds!

semoga barokah dan saling la lovey dovey antara korang sehingga ke akhirnya.
forevah and evah gitu. πŸ’πŸ’Ž

(tqq jugak jemput!!)

Friday, July 28, 2023

durian duriannn and sup tulang daging

assalamualaikum and hi! :)

baca tajuk pun dah terbayang kan. hahaha

ni kisah makanan dan musim.

kan haritu bulan jun bawak ke julai ni, musim durian.
lepas tu raya aji *ya Rabbi, sy belum buat entry raya haji! πŸ’†*
musim2 daging korban.

so mengambil semangat musim-musim terbabit,
maka kita pun join in the hype lah *ofis ai sebenarnya. ofis memang laju bab2 ni. bahaha*

nahh tu diaa. durian dah sampai! selori ofis panggil ye. yosh semua ni free untuk staff.
semua ni pakai duit kelab. kelab kaya. lolx



maka beraturlah umat manusia untuk mengambil durian memasing.
terhad seorang 2 biji.



sebelum queue kat lori, kena daftar dulu and ambik beg plastik kat sini untuk isi durian dan buah2an lain. sy dalam bulatan pink *nak jugakk bulatkan diri sendiri! πŸ˜‚*



kembali ke area lori! haha. ramai kan.
sebbaik kitorang antara yang terawal la time tu. so tak panjang sangat nak beratur.



banyak kan durian. katanya musang king kong. haha

 

so sy pun ambiklah 2 biji durian dan dapat lagi 2 biji, ehsan kawan sy amy yang tak makan durian *thx, amy!* bawak balik 3 biji, sebab teringat orang2 kat rumah ai suka makan durian.

buah manggis dengan rambutan pun ada.

beso buahnya.



nasib2 la atau takdir2 la. dapat yang ok, dapat yang tak ok.
time tu ada juga yang mengkal. and bukan MK.
so kelab ofis cakap, bagi nama buat sesapa yang tak dapat MK. diorang ganti.
so ai bagi nama lepas tu untuk dapat gantinya.



ni durian kecik yang dibuka kat ofis. share makan dengan mee lee.
ada pulut jugak disediakan.



kendurian nama dia. sebab tu la banyak meja-meja gini. macam kenduri. haha



ni ha 3 biji yang sy bawak balik tadi.



besar gedabak! ke geDAEBAK? πŸ˜‚



ni isi yang ok, yang tak mengkal. tapi bukan MK.
alhamdulillah. makan makann.



isi kedut!


fyi sy tak fancy durian MK / musang king sangat.
rasa dia pahit dan melekat, padat.
sy lagi prefer durian macam IOI, udang merah, kempung. KEMpung tau. sebut pakai lidah mat salleh.
mat salleh kata durian rasa macam rotten onion. HAHAHA gedik mat salleh ni.


time ni pulak beli and makan durian kat astana putra.
astana putra ni kat UPM. nampak orang makan kat IG. katanya ada durian 50sen la apa. time promo la. time kitorang datang tu tak de. but harga masih affordable. tengok la ni.



bersedia untuk makan! amongst AAs, anaqi je masih kekal makan durian.
ariana dah tak minat durian. lolx (kurang pesaing sorang πŸ˜†)



us again.



beli D24. cumanya durian kat sini rasa so-so.
tak WOW macam ada a few gerai durian yang kitorang gi.
ni pandangan peribadi je tau. lidah masing-masing.


ok habis dah cerita durian!

marilah kita ke cerita musim daging pulak.

tapi yang kat ofis ni bukan daging korban.
diorang just buat masak2 antara AJK dan some staffs sempena aidiladha.
lepas tu satu ofis datang makan.
lembu kelab yang beli, then masak sendiri lepas-lepas raya haji tu.

kenduri lagi kita. bahaha~


eee tengok ni pun teringat. sedapnyaa.
sup tulang dan daging (lembut!), daging kunyik (tak ley challenge rumah kami punya.. bahahaa), sayur, ikan masin, telur dadar, tembikai.



ni pun kitorang turun awal. makanya tak yah la queue panjang cam orang-orang kat belakang tuu 😜
early birds get the worm, ya know. ekkeke



anak-anak muda yang sedang beratur.



niiiii. niiiii. kambing golek 2 ekor!!



situasi kenduri daging.



menunggu kambing golek memasing.



sy tak berapa makan kambing, tapi yang ni sedap!



bawak baliklah sikit untuk husband, sebab beliau suka.


ok habis dah cerita makan-makan! haha.
byeeeee.

Sunday, December 18, 2016

of a kenduri akikah

semalam tak ada program apa sangat;
just balik ke shah alam sebab ada jemputan ke kenduri akikah anak childhood friend sy, maisarah.
rumah pun dekat-dekat je, satu seksyen.
teringatlah zaman sekolah dulu pergi lepak rumah dia,
pinjam komik and tengok movie 'fright night' *ni movie yang tahun 80-an punya, bukan yang baru yang colin ferrell berlakon*
haha. kira ni geng komik sy jugaklah.

makanan sedap-sedap kot!
dah la tengah lapar kan.
kambing golek tak de, kambing akikahnya dibuat masak lauk rendang.
first time makan rendang kambing. sedaplah jugak.
walaupun sy tak berapa makan kambing, ambik serdak-serdak pun jadi. lolx
then sy jugak ambik ayam masak kicap (kering), kuah dalca, 2 ketul udang kunyit, acar timun dan buah oren.
lepas tu sambung dessert; 2 karipap, 1 pulut panggang, 1 kuih seri muka, 2 ketul kecil kek coklat lembab and ended up with cendol.
eh ehh banyaklah pulak makan.
perut ni ada blackhole ke apa.. hahahaa
tapi kenyang sampai ke petang :D

babah and anaqi. tu tak duduk diam sibuk nak makan la tu.

alert; anaqi ni macam dah start memilih makan ye.
hoh no, nightmare sangat.
bila dah masuk setahun, dah rasa makanan macam-macam ni,
mula la demand. bubur macam dah tak nak.
dia pun bosan agaknya makan bubur ayam hari-hari. HAHA
tapi ok lagi dia ni, nasi kenduri dia makan lagi.
tapi cendol la yang dia beria makan.
ariana pulak, nasi langsung tak nak.
dok makan cendol dengan gula-gula. apekah.
tahun depan ni memang kena control makan gula, banyak sangat.


ariana and i. time ni zits penuh di muka.

seperti biasa, zits muncul akibat pemakanan.
dah biasa sangat tu. lolx
ni hari tu tak silap sy bukan sebab makan seafood,
tapi makan nasi goreng yang pakai cili kering.
sy perasan jugak, kalau makan nasi goreng and pakai cili kering banyak sangat, tiba-tiba banyak je zits muncul.
tak tau kenapakah cili kering pun boleh buat allergik. peliklah sy. peliklahhhh!
*kena makan rebus-rebus je kot. tapi kang tak kenyang pulak T_T*


anaqi tersorok kat belakang.



resah gelisah nak suruh orang suapkan dia cendol.



atuk-atuk sangat gambar ni! haha

budak anaqi ni dah start tumbuh gigi.
ada la sebatang di atas kanan dan sebatang lagi di bawah kanan.
kemain besar gigi atas dia yang sebatang tu.. hahah.
nanti lain kali kalau ada gambar dia sengih ke apa, kita tepek kat sini :D


with maisarah and her 2nd son, aqil hazzar.

kemain tengok si aqil ni.
apa yang ko tenung tu, nak oi? tengok zits kat muka auntie ke? bahaha.

then balik rumah shah alam kejap, lepak-lepak.
petang tu singgah pasar malam beli kebab, then balik putrajaya.