Showing posts with label celebration. Show all posts
Showing posts with label celebration. Show all posts

Saturday, September 08, 2018

merdeka! pertahankan sepenuhnya malaysia.



assalamualaikum and hi!

this is a mini throwback entry of our merdeka celebration, this year.
can't believe it's already been 61 years of malaysia's independence :)


with em. the kids.

merdeka to me is wayy beyond freed from the colonization and domination.
merdeka means respect, prosper, bliss, sophisticated and of course, having a first-class mindset.
we are merdeka if we're not littering just everywhere.
we are merdeka if we are free from being spiteful, or free from hatred.
we are merdeka if we're helping those in need (even though we don't know them).
we are merdeka if we know how to manage our finance and time, well. both are dimes; literally and figuratively.
we are merdeka if we have a high civics and moral values.




young generations should be taught the real spirit of merdeka.
history may be the past,
but history is the one that shapes who we are today.


merdeka celebration at the kids' nursery. babah also came for the support.

merdeka for young parents like us; being able to morally support our kids in every way possible that we can.
even you may think that an event at your kids' school is just a small scoop of their world.
even you may think your meetings are more important than your kids' appearance in a school's play, or such.
you may not be right.
your kids will grow up and one day you'll regret all the days that you just missed.



the cakes that being presented on that day. *mata bercahaya* :D

so. kembali kepada perayaan merdeka kita. haha
baru-baru ni kan ada timbul isu pakaian anak-anak yang tak sepatutnya dibuat daripada jalur gemilang, because a flag has its own exclusivity; a symbol of sovereignty.
tapi kemudian ada satu clause yang menyatakan; tak digalakkan, tapi boleh dibuat pakaian pada satu hari (perayaan merdeka) itu saja. maka kiranya bolehlah dibuat pakaian.
tapi hanya dipakai pada hari sambutan.
ni untuk menjawab kekeliruan some peeps.
cuma ada clause pula yang cakap tak boleh dibuat songkok, alas meja semua tu.
masing-masing dah besar kan, just have a wise judgement okay :D


they may be little, but their semangat is wayy better than us, adults.



awhh these cute kids!!

made my own effort of preparing the kids with their merdeka outfits.
walaupun bukan berbaju kebangsaan (sebab tak sempat nak menempah wui).
just found merdeka tshirts with my bestie, azra on our merdeka-outfit-hunting. lolx
maka jadilah tema merdeka urban whatttt *pasang lagu 'kita punya malaysia' - bunkface* :P
i almost give up sewing em, sewing is soooo hard! ahaha.
but giving up is not my thing.
i kept on sewing and also got a help from a fairy-god mother whattt banyak sangat nonton kartun ni haha.
but i did get a help on anaqi's pants. so. thank youuuu kak ana ^^


macam nak pergi konsert merdeka pulak gayanya. lolx



lovely, adorable kids in their merdeka outfits.



ariana and her twin-from-another-mother, adra. :)

tanggal 31 ogos, bawak AAs menyaksikan sambutan kemerdekaan.
disebabkan sambutan kali ni diadakan di putrajaya.. apa lagi. woots!
azam awalnya nak bangun dan keluar awal pagi.
but when you have little kids;
the 'awal pagi' term is usually 8a.m. instead of 7 :P
by 8a.m., the road is already flooded, congested, jeng krengg (whatever words can describe it. HAHA)
furthermore husband got a nature call at the pump station and last-last, kitorang menuju ke pusat bandar pada jam 8.30 macam tu kot.
no parking to be seen, everywhere you see was just vehicles and more vehicles on the road.

how did we manage to be there, anyways?

the perk of knowing putrajaya's route (or may be a secret route that not everyone knows. lolx)
kitorang berjaya sampai secepatnya, dapat parking kat kawasan parking yang luas tak banyak kereta.
jalan pun beberapa langkah je dari tepi jalan tu.
it was such a bliss.
knowing things around memang sangat-sangat membantu.



all the same shirts that day. itu flower crown ariana, bukan ai punya! dia yang tak nak pakai dah. ai la mangsanya. wuwuwu tetiba :D



walaupun tak berada di center stage, tetap dapat tengok segala bagai trak, lori, bas, motor perarakan lalu kat situ. eh, macam sedondon dengan trak bomba pulak! AHHAHA



steady pak cikk seriusnya muka wui :P

i took a lot of selfshots that day hahahaa
i'm not a selfie girl, TBH.
tapi ada contest kat ofis.
so ambik la mana-mana yang berkenaan and later kita pilih 1 gambar yang sesuai.
masuk pun just for fun dan untuk support contest kat ofis.


hahaa rider polis ni coolio, siap pose lagi dalam selfshot ni :D



the kids could see the tanks, ships, everything! how cool is that.



finally, gambar ni la yang dihantar untuk penyertaan. simple je kan. haha. simple is good :P

lepas habis sambutan,
kitorang pun gerak laju-laju ke food court presint 9. breakfast.
dapatlah sampai cepat sebab orang lain menapak parking jauh, lambat sikit sampainya :P

kebanyakan akan cakap, merdeka ni maksudnya memerdekakan minda, memerdekakan jiwa.
and it's totally right.
tak merdeka lagi kita kalau masih diselubungi negativity.
so stick with your positive vibes, guys.
wave your jalur gemilang and spread your wings to fly!


merdeka!

Thursday, October 26, 2017

celebrating the birthday

birthday sape lagi kalau bukannn. kihkih
yosh macam yang ai cakap dalam entry sebelum2 ni,
time birthday husband, beliau tak de di rumah.
beliau outstation.
tapi malam tu balik la.
malam, flight dia.
tapi delay.
so sampai rumah dah tengah malam.
kami masih setia menanti (budak berdua menanti jugak, tapi anaqi sorang dah tidur HAHA)
despite of waktu tidur sy pukul 10pm paling-paling.
kutunggukan jua. :D

so sebelum tu memang rushing sikit sana sini.
petang tu fikir-fikir;
macam mana nak pergi ambil kek kat ioi lepas balik kerja ni, kalau budak-budak AAs ni ikut.
nak pegang kek, nak kejar budak-budak lagi.
impposibru. lolx
memang rushing la sy balik ofis tu terus pecut gi ioi dulu.
singgah booth kedai party kat ioi.. diorang tak buat belon helium.
zomg.
lantas pi ambik kek dan pecut pulak patah balik ke taska (kat ofis) ambik budak-budak.
lepas tu pecut sekali lagi, kali ni ke alamanda pulak untuk beli belon helium.

anaqi baik hati nak tolong pegangkan belon. nasib baik AAs tak sugar rush sangat hari tu. lolx

costing for the balloons;
kalau yang kosong tu RM3.50.
yang ada tulisan happy birthday, RM6.
tak masuk labour charge lagi.
kira upah dia ikat-ikat belon tu semua.
kalau nak belon foil (tahan 3 hari), harga ikut design.
tapi beli belon biasa je lah. tahan 8 jam katanya.


kek tu kat dalam kereta siap letak seat belt lagi ye, takut terjatuh time brake! hahaha. ni dah siap-siap letak dalam fridge.


tunggu punya tunggu,
balik jugak babahnya pada tengah malam lepas birthday dia. bahaha
kira dah terlepas hari, tapi apa ada hal.
celebrate tetap celebrate. :D

happy birthday, hun!



kek ni memang tema lollipop. lilin sy beli sendiri. lilin kurus-kurus.

lilin tu mampu letak 5 je.
macam susah je nak nyalakan banyak-banyak, sebab tak de lighter. haha
ada yang percik-percik macam bunga api, tapi kejap.
yang percik-percik tu habis glitter lilin dia kena atas kek.
lenkali tak nak pakai dah lilin ni. hahaha


upacara potong kek.

sy ingat lagi,
tahun lepas kunun kek buat sendiri.
yang no bake-mango cake tu kan.
yang kek runtuh tu. hahaha
sy memang fail la buat dessert ni.
pernah buat puding jagung custard, pudingnya jadi macam bubur. HAHA
sebab dah ambik iktibar dan pengajaran :P,
kali ni kita beli je lah kek.
mau makan kek runtuh lagi ke?? :DDD

kek red velvet. tapi icing supermanis. hihi

birthday gift dah beli awal sebelum tu.
sebab husband terus pilih hadiah (kasut) kat kedai sukan.
belikan kasut running untuk dia.

oklah tu je.
till next year pulaknya kalau panjang umur murah rejeki.

tata!

Sunday, January 01, 2017

y2k17


happy new year 2017!

alhamdulillah, 2016 had been a good year for me.
most importantly, i'm still standing happy and healthy; two of those things i should be thankful for ^^

mungkin photos tak akan muncul kat blog ni sampailah sy beli phone baru yang decent kot.. hahaha.
so that would be my first aim for 2017; buying an awesome new phone!
anddd don't expect me to have resolutions like ingin kurus, ingin diet etc.
i'm not into that kind of resolutions.
i always bumped into other's dietary resolutions and end up at the end of the year, most of them said they failed to pursue it. so if you put up a resolution on your wall, make sure you are dedicated about it ;)

me? i just wish to live a good life, and become a good person.
that's all.
and my all time motto; live a comfy life.


have a terrific new year!

Friday, November 04, 2016

3 birthdays' makan-makan

throwback entry nama dia ni. haha

since bulan oktober lepas ada 3 orang yang sambut birthday;
i.e the husband, harith my bro & anaqi the son,
my mom pun ajak makan-makan masa deepavali hari tu.
asalnya nak makan tempat lain.
tapi disebabkan tengah deeparaya, so tempat tu banyak deepavali spread je lah.
so tukar tempat ke mana lagi kalau bukan.. serai! ekeke.

nahlah beberapa keping gambar yang terlibat :P

anaqi yang tertidur dalam kereta.

dia ni kan jenis yang kalau nak tidur tu terus je diam tak bergerak.
ohh rupanya tengah tidur! lolx


kitorang sampai kat serai dulu. snap gambar dengan husband.



harith, abah and anaqi.



ariana macam biasa, berkepit kat nenek dia.

ariana memang magnet dengan neneknya.. ekeke.
anaqi pulak nampak macam suka kat atuk dia.
oklah tu, adil dan saksama anak-anak ai :DDD


hidangan di atas meja. wee hoo!



faliq, tuah dan ain. tuah dah transform jadi muka faliq mini. hahah. kan! sama kan! :D

geram kat tuah ni.. dengan muka selamba dia.
dah la muka macam faliq mini. lolx


makan makannn.



bergambar dengan birthday boys of october.



macam ni kot kalau orang ada anak twins. tak menang tangan! anaqi and tuah.

anaqi lagi tua, tapi nampak sama besar je kan budak berdua ni.
yes anaqi memang selim melim.
kadang tengah merangkak atau berdiri pun boleh tertanggal seluar dia sebab pinggang slim. AHAHA

so happy birthday to those three.
november dah ni.
november tak ada birthdays dah kot.
kecuali birthday makcik sy semalam.
happy birthday, cik arah!! :)

ok tu je. bai!

Wednesday, November 02, 2016

party packs untuk birthday anaqi

kalau birthday, biasanya akan celebrate dengan kawan-kawan kat taska kan.
ariana pun dah lepas birthdaynya jun haritu.
untuk birthday anaqi pulak, husband and i decided yang tak payah acara potong-potong kek.
sebab anaqi tak tau pun potong kek kan. haha
so kita buatkan goodies, bagi kat budak-budak taska.
and i'm planning on giving them mini cupcakes, cukuplah buat makan-makan.
tapi tak ada potong kek.

gigihlah google, mana la tempat yang boleh beli chocs ke candies dalam jumlah yang banyak.
ingatkan nak bagi coklat, jeli macam tu lah.
dengan belon ke macam tu.

banyak results cakap, kalau nak borong sila ke GM atau kenanga.
hamboih jauh sangat tu.
ai is living in putrajaya.
tak daya acik nak jalan jauh-jauh semata-mata nak beli coklat untuk 39 orang kanak-kanak. haha
then ada jugak kat kajang, tapi tak pernah pergi sana.
dan masa pun macam tak berapa sempat.

so last weekend tu balik shah alam.
singgah ke checkers.
checkers ni pun kira hypermarket yang jual barang borong.
kalau orang berniaga, elok la beli kat sini.
banyak benda dijual dalam kotak besar.. kat gudang macam tu.
nak beli 1-1 pun boleh, tapi tak dapat la harga borong.

pergi dengan husband and anaqi.
ariana tak ikut. dia tak nak ikut.
hahaa rugilah ariana.
kalau tak, mesti rambang mata datang sini.


tangkap gambar lolly besar ni semata-mata nak eksyen kat ariana. haha!

nampak tu tudung sememeh tu.. macam kesan air.
alkisahnya sebelum tu pi makan besar kat luar.
suap anaqi laici. tumpah-tumpah airnya menitik daripada buah laici.
kena kat tudung sy.
sampai ke sudah melekat kesan tu.
comot betul. haha


tak snap banyak gambar pun, sebab sibuk cari barang. lepas tu anaqi tidur, dok dukung dia tidur.



biskut timbang pun banyak kat sini!



keadaan gudang di bahagian belakang. depan tu macam pasar raya biasa.

memang rambang mata.
sambil-sambil mengenang zaman childhood.
sebab ternampak jajan zaman kecik-kecik. AHAHA

kitorang beli air susu kotak, coklat spek mata, marshmallow cone, corn stick dengan coki-coki.
tak de beli jajan yang unhealthy sangat. atau gula-gula yang sangat manis. tu tak beli lah.

then misi mencari beg untuk letak bendalah tu semua.
dulu dah guna brown paper bag.
plastic transparent pun dah pernah guna.
ni ingat nak cari plastic bag biasa yang gambar kartun-kartun.
my mom cakap kat kedai belakang ada satu kedai biskut timbang baru bukak.
kat kedai ni ada jual party goodies, murah-murah.
so sy pun pi lah malam tu.
rupanya tutup!
sebab cuti am deepavali kot. kihkih

jadinya tunggu la keesokan harinya (ahad, birthday anaqi).
this time ariana ikut sekali.
agak dahhh kerambangan mata dia menjadi-jadi. hahah
kejap nak ni kejap nak tu.
tapi dia ni boleh nego.
kita kata pilih salah satu, dia akan make a choice.
dia tak de la bergolek kat lantai kedai tu hentak-hentak kaki menangis ke apa.
alhamdulillah, mujur. wahaha


sini pun ada coklat, gula-gula borong semua! cis! kalau tau beli kat sini je :P

ada la goodie bags nya.
tapi design limited.
untuk yang saiz besar ada tema kartun cars je untuk budak lelaki.
jadi lah tu.
kita bukan ada tema-tema pun.
ambik je mana ada.
asalkan nampak colourful.
budak-budak kan suka warna-warni.
then beli belon dan benda tiup-tiup tu jugak.
goodie bags tu.. satu paket ada 10 beg. harga RM3.
oklah tu murah sangat tu.
ambikkk. ambik 4 paket, jangan tak ambik. fuahaha




kemain dia tenung barang-barang dan makanan dalam kedai ni. hihi

so bawak balik segala bala barang-barang untuk goodies ke putrajaya petang tu.
malamnya, dok packing la.
ariana tolong sekali. dia insist. nak tolong jugak.
ha ye lah. tolonglah masukkan barang-barang dalam beg dengan pemantauan supervisor ini *point to myself. lolx*
husband tolong pegangkan anaqi, kalau tak nanti anaqi dok sibuk nak ram down barang-barang yang berlonggok kat lantai :D

dan ni lah hasilnya.. cangg!!

39 goodie bags.. siap! xD

sebenarnya dah mengantuk gile time tu.
so tidur dulu.
pukul 2 ke 3 pagi terjaga macam tu..
printkan tag birthday anaqi.
nanti tak tau pulak birthday siapa kan HAHA
pakai kertas biasa je, tampal pakai glue.
tu pun print black & white sebab colour toner dah habis. :D


yay te ke yay.

anddd for the mini cuppies pulak,
book kat kawan je. my childhood friend, eqa.
dia pandai buat kek.
so beli daripada dia.
dia tambah lagi cup yang besar, free of charge.
tq ya eqa.
sy suh buat simple-simple je.
letak smarties/m&m kat atas.
ni kek red velvet.








isnin tu gigih la ngangkut semua ke taska.
goodies tu letak dalam beg ikea.
cupcakes ambik pagi-pagi isnin. rumah eqa & i dekat, so jumpa dekat-dekat area rumah jugak.
saja ambik cuti isnin tu, supaya tak terkejar-kejar nak hantar semua barang-barang ni ke taska.

dan begitulah kisah wani e membuat party packs / goodie bags untuk birthday anaknya.
kihkih


sampai ketemu lagi!

anaqi's 1st birthday!

wahwah dah setahun dah si anaqi menaqi ni :D

he's 'levelling up' on 31st october.. ahad lepas.
so HAPPY BIRTHDAY, danial anaqi.
may you blessed by Allah and having all the best things in the world.
we all love ya muchasimas. ahax

plannya nak snap gambar anaqi tengah pegang gambar masa dia baru lahir (photoshoot dibuat semasa dia berusia 2 hari).
tapi tau je lah,
budak baya dia ni mana nak duduk diam.
entah berapa shots baru dapat gambar yang tak bergegar.
tu pun dia pandang ke tempat lain. haha!
jadilah daripada tak ada :P

over the next years, tahun ke tahun,
(kalau sy masih ingat lagi lah),
mungkin akan snap gambar dia berusia 2 tahun tengah pegang gambar dia yang berusia setahun.
begitulah berterusan sehingga bila tak tau.
konsep picture in a picture.

nah ni lah dia gambar yang jadi tak jadi tu. bahaha

anaqi 1 year young with anaqi 2 days young.



ni antara gambar yang tak jadi. dimakannya gambar tu! hahaha. anaqiii anaqiiii


memandangkan dia berusia setahun,
dan tak faham pun erti hari jadi,
tak ada la buat birthday party meriah-meriah ataupun tempah kek havoc-havoc.
mulanya macam nak tempah kek,
lepas tu tak sempat kot.
beli yang dah sedia ada kat kedai kek je.
time tu kitorang semua kat shah alam rumah atuk & nenek.
so celebrate sama-sama.

tadaa! kek chocolate cream cheese. sedap ni!

kek pun beli yang saiz kecik je.
sebab kalau beli besar, memang tak habis.
ni pun berlebih, siap bawa balik putrajaya sikit.


bergambar auto timer dulu sebelum potong kek! hahaha

orang tak de tripod mahupun monopod.. macam ni la.
kihkih
old school style pakai auto timer je lah. :D

and as usual,
kakaknya si ariana lah yang excited lebih.
dia memang suka birthday-birthday potong kek ni.
ariana calls it as 'happy birthday to you'.
apa-apa berkaitan birthday dia panggil 'happy birthday to you'
KEK HAPY BIRTHDAY TO YOU.
HAPPY BIRTHDAY TO YOU ANAQI.
HAPPY BIRTHDAY TO YOU BABAH.

BIRTHDAY =  HAPPY BIRTHDAY TO YOU. lolx


potong kek sama-sama.



eh anaqi nampak macam tau je potong kek! ahaks.



again, orang tak ada monopod ni snap gambar pakai tangan je :DD

siap beli belon ye kat ole-ole shah alam.
belon mickey mouse dan minnie mouse.
ehh kena beli dua.
ariana satu, anaqi satu.
kalau tak nanti ariana ambik dengan alasan "main sama-sama."
dia petik balik statement sy tu "main sama-sama." (biasanya sy guna ayat ni kalau nak suruh dia share mainan dengan adik dia)
AHAHHAAHA sabarkan je la.


belon tu lagi besar daripada anaqi. hihi. happy birthday, budak awesome!



my birthday graphic for anaqi. posted this on instagram, then on facebook.


last but not least,
video kitorang tengah nyanyi-nyanyi lagu birthday untuk anaqi. haha

happy birthday, anaqi.
i leviuu.
may all your dreams come true.