Showing posts with label parents. Show all posts
Showing posts with label parents. Show all posts

Thursday, August 06, 2015

an anniversary

alamak, tak ada gambar la nak letak! kikiki

would like to wish both of my parents;

a HAPPY 32nd YEAR OF ANNIVERSARY!! wee hoooo~

semoga panjang usia dan sihat selalu, love each other till grey gitu. :D


love you both!!

Saturday, April 04, 2015

kejadian tidak berbau

tak tau la bila berlaku ni,
tapi terbaca pasal ni semalam.
kejadian budak perempuan 6 tahun terjatuh dari escalator tingkat 6 kat kenanga whosesale.
pagi tadi baru tengok video clip rakaman cctv dia.
yang kat fb ramai dok mengomen marahkan mak/penjaga (assumed mak) yang main handphone while anak-anak dia main kat tepi escalator tu.
tak kurang jugak yang cakap ni semua dah ketentuan.
kejadian jatuh tu penyebab je.

bila tengok tu memang everything was so fast.
tak sempat nak grab memang dah jatuh.
before that budak tu dengan adik dia dah dok main-main escalator tu.
siap berdiri kat laluan nak turun.
mak dia memang sibuk dengan handphonenya kat tepi.
tak tau la ada whatsapp penting ke apa tapi memang khusyuk tengok phone.
tau-tau dah jatuh.
memang kesian.

teringat kes-kes lain macam anak tertinggal dalam kereta,
makbapak tak perasaan terlanggar anak, anak terlemas dalam baldi etc.
memang last-last makbapak jugak akan dipersalahkan oleh orang ramai
dengan hilang anak lagi, lepas tu akan ingat sampai bila-bila and be blamed sampai bila-bila.
kesian kat parents pun ye jugak.
bukan diorang mintak berlaku.
dengan public yang kaki condemn ni lagi la.
memang tak membantu langsung.

tapi kejadian-kejadian macam ni better dijadikan pengajaran untuk semua.
especially yang ada anak-anak di bawah umur.
yang memang perlukan penjagaan khusus.
budak-budak apa tau kan, dia tau nak main je.
bahaya ke tidak dia kurang arif, yang arif.
dahlah diorang ni lari laju.
apa-apa hal memang sempat ke tak kita ni nak kejar.
kita ni bukannya usain bolt (pelari pecut terlaju dunia).
tau-tau dah debummm terlanggar dinding. tak sempat nak bagi amaran pun.

sy selalu bitau kat ariana (ntah dia faham ke tidak budak tak sampai 2 tahun lagi haha),
jalan slow-slow, jangan lompat jangan terjun nanti jatuh, sakit.
dia tau kalau jatuh tu sakit sebab selalu diingatkan.
tapi budak-budak kan. dia redah je dulu. dah jatuh kang baru teringat balik pesanan maknya. lolx
selalu jugak bitau dia benda tajam ni bahaya.
now dia tau kalau sy cakap 'tajam', tak boleh. dia tau benda tu bahaya.
ada pernah bagi dia rasa duri durian tu. hujung jari je la. so dia tau tajam.
next time dia akan lebih hati-hati dengan benda tajam.
sama la benda panas.
fahamkan dia apa tu panas, apa tu sejuk.
bukan setakat apa tu apple, apa tu ball, apa tu cat. meow meow HAHA
so slow-slow dia boleh faham sendiri and boleh jaga diri sendiri jugak selain daripada kitorang parents ni awasi dia.
and lastly kita as parents ni doakan yang baik-baik dan dijauhkan daripada kejadian-kejadian tak diingini.

harapnya mak budak 6 tahun tu tabah.
salam takziah daripada sy.
jangan dibaca komen-komen tak membantu kat fb tu.
yang lain nak baca untuk dibuat pengajaran boleh.
tapi nak join condemn condemn orang tu better tak payah lah.
ok.
take care everyoneeee!!

Monday, December 29, 2014

weekend on raining days

ni cerita sabtu lepas.
pergi berjalan-jalan ke IOI city mall buat kali kedua.
kali ni tak se-packed masa awal-awal IOI CM dibuka.
ada ruang nak bernafas sikit la.. lolx.
kat restoran-restoran pun tak de sampai kena tunggu meja.
still ada meja kosong.
but masih ada queue panjang beli makanan.

tak de la shopping sangat pun,
just masuk kedai tengok-tengok (a.k.a. window shopping).
nak beli baju, tapi macam banyak baju-baju musim sejuk je.
kedai-kedai ni ikut tema kat overseas ke apa.
siapa nak beli baju kait-kait sweaters bulu-bulu semua ni kalau tak de salji kat sini. hihi
sempat jugak la ke index living mall dengan homepro. cuci mata.

it's a bird! it's a plane! no, it's ironman! xD



tiga orang ini.

kena bawak stroller, kalau tak jauh lari si ariana ni.
and time tidur pun tak de la nak kendong dia. berat boleh tahan. ada la dalam 11-12kg.
terima kasih, stroller inventor! xP


tengok orang main ice skating. tengok je la. kang nak main, mana nak letak ariana pulak. hahah


petang pulak swimming kat marriot.
hujan renyai ok.. so diorang tutup pool kejap.
keselamatan kot.
tapi dekat pukul 6 lebih macam tu, pool bukak balik. yeehaa!

melopong tengok apa tu, ariana bariana? :'D



muka penuh keazaman nak pergi berenang. kihkih



uncle-uncle ariana pun ada sekali.



budak yang cintakan air. haha. tak nak orang pegang tu. hamboiii.



pool sini memang lawa. ada air terjun siap. tu faliq & harith.



ma parents. xD



sekianlah percutianku yang ala-ala percutian.
walhal dekat je pun kan. kira jadilah. haha

toodles!!

Wednesday, August 06, 2014

happy anniversary, mama & abah!!

wahh hari ni anniversary parents sy.. dah 31 years punya wedding anniversary ni! ecewah ^^

gambar tak de lagi nak letak,
sebab kat ofis kan.
(lunch hour ok!)
so balik rumah nanti sy edit balik letak photo parents kat sini. haha

so HAPPY 31st ANNIVERSARY, mama & abah!
i love you both!
thanks for rockin' on my world!
semoga Allah memanjangkan usia mama & abah dan dilimpahi dengan kasih sayangNya.
aamin.

(edited later)

Tuesday, June 24, 2014

makan on my birthday

berjumpa lagi!

tak sempat nak buat entry on my birthday.
satu sebab time tu phone bengong. jadi separuh hari tu dihabiskan kat alam sentral beli phone baru *tak de dalam plan pun! habis duit ai. burnn burnnnn*
 balik rumah zzz sebab penat jalan.
petang rush pergi banting sebab in laws nak belanja makan sempena birthday.
balik rumah dah malam. haha
so memang tak sempat nak blogging.
gambar makan kat banting pun tak snap. lolx

esoknya makan-makan kat shah alam pulak.
macam biasa la, kitorang kalau makan memang tak de tempat lain. HAHA
tapi kek tak beli.
apakah birthday ni kek pun tade :P
tak sempat weh, terkejar je manjang kerjaanku.
rancangnya nak beli nanti. haha


pasukan shah alam! xD



pasukan putrajaya! yay!!



ariana baru baik chicken pox. ada lagi kesan kat muka and badan dia. bertabah, anakku! :P



dengan madre dan padre ku :D



ada lagi lauk belum sampai. paling lambat sampai tomyam. kitorang dah lapar, so makan dulu.

harith la tu kena menunggu sebab dua lauk terakhir yang sampai tu, dia punya main dish.
tomyam dengan ayam blackpepper. lolx


pipi pipiiiii



muka tak puas hati "kenapa ai tak boleh makan tomyam??"



"really? no tomyam for me?"



antara lauk yang sempat disnap.



buttered tiger prawn.

makan sekian-sekian ni semua kena charge RM200.
ok la tu, lauk banyak, kenyang and suka hati. lolx
(tapi ikan kecik ya amat, kena charge RM50. whadda)

sekian kisah makan-makan birthday si wani.
hihi