Showing posts with label outfit. Show all posts
Showing posts with label outfit. Show all posts

Friday, October 04, 2013

cerita sebentar

hari ni superiors semua tak ada kat ofis.
dari semalam kena ganti bos pergi meeting. ni kejap lagi nak pergi dah.
jadi sebelum pergi tu let's blog a bit. teehee.
(sebab kerja lain dah habis. melagha sebentar :P)

kasut ofis baru yang dibeli di tiamo. kedai kasut baru kat alamanda.

kasut ni warna lawa and peeptoe (sy suka peeptoes!) and selesa pulak tu.
compliment with handbag sy. :)


sy memang suka warna-warna beige-ish macam ni. xD

senang cerita sy suka warna-warna earth tone, pastel dan kelabu kelaban.
pada sy warna-warna tu semua elegant.
walaupun time keluar, sy ada jugak pakai baju warna terang-terang. colourblock bagai. haha
tapi warna earth tone tetap di hati ;)


sate ikan pujaanku :)

ni kirim kat kawan ofis, azyan belikan. dia beli lunch kat bangi.
sini susah nak cari sate ikan.
kalau kat terengganu, banyak jual tepi pantai.
beli 20 cucuk je.
tapi habis semua. few bagi kat orang ofis. hehe


ok dah bye cya ciao!!



Sunday, August 18, 2013

baju-baju untuk ariana

ha a hari ni banyak benda nak update,
cerita melimpah-ruah raya-raya ni.. lolx.
tapi nanti la kita update one by one.

most of everyone cakap kat sy, "haa dapat baby girl ni nanti mesti shopping baju je untuk anak."
mungkin sebab baju-baju untuk anak perempuan kat kedai sangatlah CUNE!

so semalam telah beli baju sikit untuk ariana.
beli yang saiz besar sikitlah. baru boleh pakai lama.
macam now she's 2+ month, belikan baju 3-6months ke atas.
tapi baju budak-budak ni mahal la.
kalah baju adult. wat tu du.


baju ni sweet. RM42.



flowery. RM42.



polka gown. RM49.

tapi kedai ni bagi less la.
mintak lagi, dapat lagi less. haha
so siapa-siapa yang nak shopping baju anak kecil, either baby boy or girl, boleh datang ke kedai ni..
kedainya kat dalam AEON big seksyen 23, shah alam.
dekat-dekat pintu keluar, sebelah kedai jual tudung.
bukan baju baby je, baju budak-budak besar 3-4 tahun pun ada.

baju ni pulak beli kat dalam AEON, nak buat hadiah untuk anak kawan.



ni pun beli kat AEON untuk ariana. mittens&booties dia banyak yang dah sempit.

nanti ariana dah besar sikit mesti sibuk belikan dia toys pulak kan.
moga murah rezeki untuk belanja anakku itu macam-macam. hihi. amiin.

ariana si bulat, grow up bright and healthy, ya! :)

Tuesday, August 06, 2013

misi pencarian tudung raya bersambung.

entry ni dah lama sikit.
sambungan daripada hari tu, lepas dah pergi shopping baju raya.

again, sabtu lepas sy pergi ke seksyen 7 sekali lagi untuk cari tudung.
lepas berpusing satu PKNS, alam sentral, SACC tak jumpa tudung (may be masa tu tergesa-gesa)..
so this time fikir, "ok straight ke seksyen 7, rembat je apa yang ada." (yang lawa saja) HAHA

sebab sy ni jenis yang.. "hohh cantiknya tudung tu!! VAT?! harga RM79 satu?! ok tak nak."
lepas tu berlalu pergi.
then ke butik SES tu lagi.. dapatlah beli tudung untuk baju raya sy yang warna electric blue tu.
then belanja my mom tudung and belikan sekali untuk mak (mertua).

jalan pulak ke deretan bazar raya dia.
kedai-kedai kecik bawah khemah.. macam konsep ekspo.

berjaya beli blouses raya, RM35 sehelai.

tak snap banyak gambar pun. nah!


baju konsep tudung bertingkat! haha.

then dalam khemah ala ekspo ni,
terjumpa kedai makcik ni yang jual tudung layer murah gile!!
kitorang tanya la makcik tu, selama ni berniaga kat mana.
dia cakap pasar malam selayang, rawang.
okkk jauh.
tapi awesome la tu sebab dapat harga pasar malam, tudung-tudung dia pun kain boleh tahan.

RM25 untuk tudung layer yang kainnya ok, jahitan ok, mana nak dapat? makcik ni jahit sendiri.



yang RM35 pun ada.. yang ni layer bercorak.

yang dengan brooch tu je la mahal sikit RM50, tapi ai rasa mesti boleh kurang lagi tu.
kalau tudung dengan brooch je mesti mahal kan.
sy lagi suka tudung tak de brooch. pakai brooch sendiri je. jimat duit :P

oklah sekian pengembaraan mencari baju/tudung raya.
dah jumpa apa yang dicari.
kasut raya tak ada, apa ada hal. haha
pakai sandal hitam tu je la.
sandal hitam tu asalnya berwarna beige.. get it get it?? kehkeh.

till then!! cheerio!

Thursday, August 01, 2013

my ramadhan

heylo!

hari tu kan beli baju raya ikut warna tema family (i.e : oren)..
lepas tu bila balik rumah try, punyalah hazab nak pakai sebab zip dia pendek.
tersangkut kat ketiak tak boleh masuk. HAHAHA

then pergi kedai tu balik, tanya boleh alter ke tak.
diorang cakap tak boleh. sebab tak de tukang jahit.
ingat nak pergi hantar tailor mana-mana.
tapi ended up sy balik semula ke kedai tu dan mintak tukar dengan baju lain.
siap call bos dia lagi, tuan empunya kedai lolx. bos dia cakap boleh tukar.

so pergi kedai tu balik nak tukar baju lain.
ingat nak cari baju warna oren la jugak kan. katanya warna tema hari raya :P

hah ni dia baju lain kaler oren. lawa kan? :)

tapi sy tak ambik baju tu atas beberapa sebab.
walaupun gorgeousnya lah kan!
tukar kepada baju warna lain *duhh wani, lari tema tu!*
sebab dah tak ada baju lain warna oren. koleksi baju-baju dia limited (walaupun super lawa).

makanya kena pergi baju raya hunting sekali lagi.
untuk cari baju warna oren.. coughcough.

(tak pasal-pasal tahun ni ada 3 pasang baju raya. sungguh tak bersederhana) -_-"


ayam masak kicap bersama kentang.

hari ni husband balik dari kemaman.
masakkan ayam kicap sempena favourite dish dia. hihi
dia dapat cuti 2 weeks for raya. best kan! :)

gambar bawah : burger ayam untuk sahur.
dari time berpantang lagi teringin nak makan burger.
so beli roti, patty ayam ramly, daun salad, mozarella cheese.
siap buat caramelized shallots lagi. lolx
(2 hari makan burger for sahur. semangat tak).


burgerrrrrrrr.



bergambar dengan bunting kedai hot&roll kegemaran sy.
time ni tengah nak pergi tukar baju raya.
hot&roll memang kedai makan favourite (more to gerai/booth kan).
tapi dah namanya bulan puasa, dapat tangkap gambar je la. haha


alamak tak ingat ni juadah berbuka puasa hari keberapa. tapi time ni my mom masak ayam merah super delish!!



hari-hari sy makan tau fu fa sepanjang malam bulan puasa ni. tak tau kenapa. sedap. haha



time berbuka puasa dengan family. gambar orang lain tak ambik la. kitorang tak pakai tudung dalam rumah, jadi tak payah ambik gambar :P



lauk berbuka hari apa eh.. isnin rasanya. nasi beriyani ayam rempah JM beriyani. sedap, tapi harga RM15++. guu.



hari ni aktiviti buat biskut raya. tengah chop kekacang.

dah lama kan tak buat biskut raya ke apa.
tak pandai pulak tu.
tadi buat besar sangat, masuk dalam oven, kembang gila-gila biskut tu sampai melekat-lekat HAHA *tersedak* terpaksa korek dengan garfu sebab melekat kat tray. apekah!!
rasa sedap, tapi saiz failed. T_T

semalam dengan kelmarin pulak buat operasi kemas baju-baju.
gile banyak baju-baju dalam almari!! pengsan sebentar.
last-last terhasillah satu beg sangat sangat besar (beg macam guni tu) berisi pakaian untuk give away.
tak tau nak bagi kat siapa tu.
masih ada dalam bilik begnya.
nantilah kita fikirkan.

ok. macam dah mengantuk.
nasi kerabu hasil berbuka puasa tadi pun ada separuh lagi tak habis makan.
sebab sangat banyak. ingat nak sambung makan.
tapi apa kata pergi kacau husband kejap, lepas tu baru sambung makan.
alang-alang dia balik ni, kita kacau dia dulu heh hehe *sly grin*
lepas tu baru tidur (sanggup tu).

oryte! jumpa lagi! toodles!! 

Thursday, July 25, 2013

jakel shopping

ellope! howdy? ecewah mat salleh sungguh tengah hari buta ni :P

hari selasa lepas my mom cuti.. sebab nak ke jakel.
tau je la jakel ni kalau pergi on weekend, susah nak cari parking sebab ramai gile umat manusia bershopping kat sini.
lepas tu crowded satu hal.
ye kitorang jenis yang mementingkan keselesaan semasa bershopping. kihkih

so bila pergi time hari biasa macam ni,
tak ramai orang,
bolehlah bawak ariana sekali. sebab tak de orang pun nak jaga dia kat rumah.


sy di jakel! xD

haha tak payah pakai camera360 untuk menutup zits bodo :P
alhamdulillah time berpantang tu muka clear zits.
ni nak dekat raya tak boleh makan seafooood demi memastikan rayaku bebas zits! hoyeah!
(tapi kalau zits nak keluar jugak, nak buat macam mana kan. lolx)

tapi sy masih menghargai camera360 dan akan terus menggunakannya! jyeah!


my mom tengah tengok-tengok baju.



me, di cermin jakel. :)
hasil shopping di jakel,
dapatlah rembat sehelai lagi baju kurung moden chiffon dan baju melayu aaron aziz untuk husband.


ye, warna tema kitorang adalah oren.

now the next thing is, cari tudung untuk baju kurung kedua,
alter baju kurung pertama (kurung ke?) and alter baju melayu husband.

blog entry ni akan diakhiri dengan beberapa photos makanan :
xD


buka puasa dengan nasi putih dan ayam percik buluh yang dibeli di bazar 19.



tau fu fa sedap yang dibeli jugak di bazar 19. (bukan semua tau fu fa tu sedap. this one was perfect!)



semalam makan home made; nasi putih dengan kuah asam pedas perangat, ikan tenggiri goreng dan sayur kacang buncis goreng. sedap nak koma.


then heard my bro, harith pergi dating cum berbuka puasa kat sunway, so kirim dia belikan cajun fries popeyes untuk supper semalam.

i love cajun fries! :)



cajun fries di dalam kotak popeyes.


sekarang dah masuk separuh bulan kita berpuasa.
hope dapat meneruskannya sehingga hari terakhir, insyaAllah.

hari ni tak tau nak buka puasa apa lagi.
petang karang la fikir. hahaha.
kbai! xD