Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Monday, December 14, 2015

photoshoot

masa kat hospital hari tu, pihak hospital dengan kerjasama this photography company ada sediakan photography session kepada mana-mana parents yang nak snap gambar dengan their newborn child.

so on the second day (sabtu), kitorang ada buat mini photoshoot kat wad.

diorang akan bagi one free printed photo,
dan yang lain-lain boleh beli kalau nak.

and here i have three photos to share with you guys in this blog :




anaqi in pink. teehee. (baju hospital untuk baby memang yang color itu je ada :D)



our happy little family.

Friday, November 06, 2015

cemasnya hui

kalau kira-kira hari ni dah masuk seminggu lepas deliver anaqi jumaat lepas.
dan biasanya lepas seminggu memang kena follow up balik kat gynae (doktor sakit puan) and paed (doktor kanak-kanak).
so petang tadi lepas solat jumaat, me, husband, ariana and anaqi pergi ke SALAM specialist untuk follow up.
tapi tak sempat jumpa doktor paed sebab dia ada emergency case kat atas. reschedule balik.
jumpa gynae je lah.
thankfully luka dah kering and condition semua dah okey, jadi dah boleh discharged.

not to compare, tapi post second labour ni being a bit kind to me.
luka seminggu dah kering, kalau dulu bercinta menunggu smpai 2 weeks baru kering ok. seksa menanggung nak ke toilet tu.
enema la peneman sejati hahaha (enema ni  liquid bagi senang buang air besar. ewwww tak nak baca tutup komputer sekarang :B)
kalau baca entry lama ada la cerita pasal enema ni.. akaka
then this time ada tenaga sikit la nak gerak ke or nak buat apa-apa.
kalau tak dulu tu lepas balik dari labour room, nak pi tandas kat wad tu pun slowwww je gerak. dengan tak laratnya dengan tengah demamnya. cobaan.
for the luka, i used nona roguy punya pencuci herba. memang elok.
then mandi pun pakai serbuk herba. mandi suam-suam panas, memang segar balik la badan.
serba-serbi herba, dah bau macam toko jamu badan aku ni. lolx

tadi timbang berat, daripada 58-59kg time pregnancy, telah turun kepada 52kg.
padahal berat sebelum pregnancy adalah 47kg aje.
lepas ni kena bersenam la hoih. haha
sambil-sambil tu timbang berat ariana jugak, sebab macam dah lama tak timbang,
ok la tak naik sangat, 14kg je dia lolx

cakap pasal ariana, telah berlaku drama malam sabtu sebentar tadi.
kan anaqi khatan hari tu kan.
doc cakap biar klipnya tu tanggal sendiri. in 7-10 days akan ok.
tapi today baru hari ketiga.
tadi lepas bersihkan dia berak, tetiba klip tu macam melurut ke bawah.
then anaqi punya nangis tu tak pernah kudengar sebelum ni. nyaring sungguh.
cemas, me & husband pun bincang la apsal jadi macam tu kan, sambil husband dukung anaqi supaya dia feel better sikit.
sebab kitorang dua-dua tak sure klip tu kalau nak tanggal memang melurut ke bawah macam tu ke or sebab anaqi tertendang time nak pakaikan pampers sebelum tu. takut tersepit je, tu yang dia menangis super kuat tu. *over-worried parents*

tengah-tengah dok berdiri berbincang tu,
tak perasan ariana masuk bilik.
ditariknya laci kabinet, dipanjatnya laci tu.
dia kan kuat.. haha.
apalagi, runtuhlah kabinet tu nasiiiibbb tak hempap ariana ok.
orang dah la tak habis cemas kes anaqi tadi,
tetiba kabinet runtuh pulak. nasib baik jugaklah husband sempat menahan kabinet dengan sebelah tangan, sebelah lagi pegang anaqi.
atas kabinet tu ada segala bala benda.
bunyi pangg!! ada bekas kaca pecah.
lagi la terkejut. ariana pulak dah start menangis.
sy risau je kalau dia kena kabinet tu atau ada objek keras/bahaya kena kat dia.
nasib baik tak de. may be dia terkejut bunyi pecah dengan kabinet yang sikiiit je lagi nak kena dia tu.
mama pun dah masuk bilik time tu sebab dengar bunyi bising-bising kan.
so i took over pegang anaqi, husband pulak kemas dulu bilik. bersihkan, vakum semua.
ariana dibawak neneknya ke bilik satu lagi, sebab dia terkejut + menangis kan.
then dia pi mandi.
lepas dah bersih-bersih tu baru husband bawak anaqi gi klinik, abah teman sekali.
haiyo terkejutnyaaa sy ok. nasib baik semua tak de apa-apa. ariana lah tu. paling kubimbang. haha
dokor kat poliklinik SALAM tu pun tak sure, dia suh jumpa doktor surgeon yang sunatkan anaqi tu.
so esoklah baru pergi jumpa surgeon tu.
harap anaqi tak sakitlah sementara tunggu esok.
harap klip tu melurut sebab memang normal process untuk dia tanggal and dah sampai masa tanggalnya.
hopefully.

ok sambung nantilah!
malam yang mencemaskan. haha
till then. toodles!

Monday, November 02, 2015

the hospital experience

hi, everyone! :)

pantang day FOUR.
biasanya awal-awal ni memang berselera la makan singgang, ikan bakar, biskut semua tu.
everytime is lapar time haha *i should watch my eating, really! :P*

the baby tak ada nama lagi,
tunggu husband registerkan nanti. biar babahnya fikirkan nama.

the story of my labour experience. *untuk rekod, macam biasa*

pagi jumaat around 4am = start sakit contraction. at first ingat sakit biasa je but bila kira-kira sakit tu datang dan pergi selang 10 minit, then semakin kerap every 5 minutes, terus kejut husband bangun, siap-siap nak ke shah alam.

singgah rumah parents di shah alam, sempat solat subuh semua, baru pergi SALAM specialist. belakang rumah tu je ha. lolx

after register, terus naik ke labour room (LR). around 6.38am time tu.

makan breakfast, tunggu kat LR. lepas prosedur semua baru husband boleh masuk. beliau duduk di sebelah.

while the while terus baca surah maryam. lepas habis baca, pasang bacaan surah yang sama via phone. time tu dah macam semakin sakit. nurse suruh sedut wap untuk kasi mengantuk and lupakan segala kesakitan dan tipu daya dunia hahaha *ye exaggerate je tu*

time tu dah lost in my own world, tapi masih sedar jugak la.

tetiba dengar suara doktor. eh doktor dah sampai! time tu sedut wap bila tang sakit contraction datang je. and it got frequent. time ni berserah kat Allah la segalanya.

and around 10.45am, alhamdulillah delivered the baby boy secara normal. i always call my baby 'ahmad' sejak di dalam perut lagi. nama glamour dia.. hee. so they put ahmad in my arms *awwwww* dan lepas bersih-bersihkan baby semua, husband keluar LR pi azankan ahmad.

then lepak hospital 1 malam, makan makanan hospital (sedap!), duduk sesaja tengok tv, makan ubat, macam tu je la rutin kat wad. husband temankan tidur kat wad, dia bawak comforter and bentang tidur kat bawah.

thanks to my husband yang selalu ada di tepiku, my mom yang tak penat lelah *penat sebenarnya* menjaga sy and all my fams yang always be there for me. :') only Allah can repay you guys and your unconditional love. aicewah.

later on lah kita cerita pasal ahmad ye.
dia pun tengah tidur tu.. nanti tersedak pulak dia kita cerita pasal dia lolx

till then.
thanks for reading! :)


my precious number two.