Wednesday, January 20, 2021

haa dah nak februari??

assalamualaikum and hi! :)

whoa so much things going on the first month of 2021.

hari ni sekolah dah bukak (virtually).
ye, PKP kembaliii.
13-26 jan 2021 tak silapnya.
disebabkan kes covid naik mencanak-canak,
bagaikan volcano yang tengah meletus.
*lolx apakah analogi itu :P*

tau-tau dah 20 jan kan.
ya Allah, memang akhir zaman, lajunya masa.

btw nak sambung cerita.
gambar tak ada, sebab phone kat atas. kita kat bawah ni haha

kitorang satu rumah ni pun alkisahnya tengah self quarantine.
i just share this for my future reference
and kalau ada sesapa nak ambil iktibar (ada tak? hee).

seperti yang diketahui,
jangkitan virus covid19 dah sampai ke tahap komuniti.
means mana-mana je kita ada dengar pasal kes covid ni.
kawan, family, jiran tetangga terdekat. terlalu ramai.
hospital dah penuh, frontliners dah penat.

so baru-baru ni, staffs ofis my husb disahkan positif covid.
bukan sorang, tapi 5 orang.
diorang pi check kat swasta, then kat KK putrajay*.
sampai hari ni tak tau la kalau ada peningkatan angka tu.
sebabnya kelmarin, staff lain yang dok putrajaya pun semua buat swab test.
semalam pulak my husb buat swab.
satu bahagian tutup seminggu, sanitasi.
semua staff kena buat swab and kuarantin.

benda dah jadi kan.
tapi apa yang boleh diambil pengajaran,
is just how orang kita ni ambil mudah je selagi tak kena kat diri sendiri.
sy bukan bercakap pasal staff di bahagian husb semata-mata,
tapi kat mana-mana pun boleh jadi, dan nampak terjadi.
yelah, social media di hujung jari.
kita nampaklah orang upload buat majlis farewell, birthday, makan-makan kat ofis.
(baik mengaku cepat kalau korang terlibat sama! :P)
even yang dah tau esok PKP *sebab PM dah umum*
hari ni tetap juga nak buat makan-makan.. sebabnya last day sebelum PKP.
jadi baik celebrate dulu. makanan semua dah tempah. hm.

(sy last day b4 PKP, pergi check up kat hospital P8)

and not surprising, kes banyak bercambah di tempat kerja.
dan bila benda ni berlaku di sekeliling sy, sy percaya.
ni bukan teori konspirasi ye.

back to husb's office tadi,
disyaki jangkitan berlaku sebabnya ada staff yang demam, tapi tetap datang ofis.
staff bekerja harian, jadi nanti gajinya kena potong.
tu yang datang ofis jugak.
then ada few other staffs demam jugak dan datang ofis.
husb cakap, yang demam ni just makan ubat dan demam on off.
how about check suhu di tempat kerja??
katanya ada yang check, ada tak.
Allahu longgarnya kawalan. premis ker*jaa*n pulak tu.
pulak tu, diorang 1 bahagian tak silap sy ada buat makan-makan macam tu before staffs tu positif covid.
time buat makan tu, dah sedia maklum kes naik sampai 3k sehari.
tetap buat makan-makan ye.
and of course la kat ofis tak pakai mask memasing T_T'
lepas tu ada meeting semua.
hailah, benda dah jadi pun.

jadinya, husb pun buat swab semalam,
dan kuarantin dalam bilik.
me & AAs kuarantin di luar sebagai PUS (person under surveillence)..
sementara tunggu result swab test husb,
yang diharapnya negatif.
sebab kitorang ni pun dah close contact dengan husb sebelum dapat tau pasal cerita staff demam, result positif semua tu.
kita ni dah la ala-ala fragile, sebab baru-baru lepas miscarriage.
badan tak 100% kuat lagi.

sambung.
alhamdulillah my SUB and TSUB bagi WFH sampai khamis ni.
but my KPSU nak sy ganti balik hari yang sy kuarantin minggu ni, bawa ke minggu dpn,
sebab dia nak WFH pulak.
agaknya dia pun stress asyik kena masuk ofis je & big boss bagi macam-macam tasks. sorry, bos.
anaqi tak masuk tadika 1st day hari ni, sebab rasa kebertanggungjawaban tak nak hantar dia, takut berisiko kepada anak-anak lain.

just hari tu, bila sy call talian KK*M, akhirnya dapat call area putraj*aya punya.
sy tanya condition sy.. boleh tak masuk ofis?
orang yang jawab tu cakap apa.. dia kata atas ketua jabatan.
padahal sebelum ni masa PKP mac 2020, as PUS, kena kuarantin kendiri tau kat rumah.
then sy cakap, anak-anak kecik ni macam mana?
dia tanya, sebelum ni hantar anak kat mana.. hantar la ke sana.
i said, 20 jan baru pusat transit semua tu buka (masa call tu belum 20 jan obviously).
tapi tu bukan la main pointnya.
dah kita anak-beranak ni berisiko, dia boleh cadang suh hantar anak-anak ke pusat jagaan (yang juga ada budak2 kecik lain), dan boleh datang ofis kalau ketua jabatan suruh datang??
memang main-main dah ke PKP ni..
sy tak marah langsung orang yang jawab call tu,
i'm just a bit frustrated. and confused too.
kita ni beria nak self quarantine, nak jaga supaya orang lain tak berisiko.
nak putuskan rantaian.
tapi dapat jawapan macam tu pula. bayangkan how i felt that time.

apapun, just stand up for what's right,
even if you just stand alone.

doa-doakan ye, korang.

aight nanti la sambung. tata!

Friday, January 01, 2021

2021

assalamualaikum and hi! :)


 

happy 2021!

ramai cakap tak merindui langsung 2020.. lolx
sebab covidkah?

apapun barang yang lepas jangan dikenang,
buang yang keruh ambik yang jernih,
elok lenggang di tempat datar,
zaman beralih, musim bertukar,
haa sambunglah lagi peribahasa yang berkaitan :P

apapun, hujung tahun & tahun baru kali ni kita tak keluar ke mana-mana.
satu, yosh sebab covid.
dua, sebab tak dapat apply cuti rehat sama dengan husb. kami masing2 bagi laluan kepada KPSU masing2 yang bercuti pada waktu yang clash.
tiga, sebab pada hujung tahun yang lepas, sy banyak berehat disebabkan spotting (terms untuk berlakunya pendarahan semasa pregnancy), kemudian baru-baru ni miscarriage and now tengah dalam fasa pemulihan a.k.a pantang.
part yang tu nanti kita sambung di entry khusus ok.
entry ni nak cerita tentang y2k21 hahah.

kalau kata azam nak concentrate gaya hidup sihat,
nanti kena gelakan berjemaah pulak, sebab takut ke laut dalam HAHA
but yeah, i seriously want to at least try,
to eat (more) healthily dan bersenam sikit.
selama ni sy jaga makan jugak, tapi bersenam tu ntah ke mana. pemalas lipas. lolx

to those yang berazam nak upkan lagi amal ibadah tahun ni,
sy sokong hundred percent! *sambil tujah penumbuk ke udara.. ahaks*
buatlah secara slowly but surely, jangan drastik lepas tu stop.
contoh kalau sebelum ni tak pernah solat dhuha, tahun ni boleh try buat.
kalau sebelum ni dhuha 2 rakaat, tahun ni try 4.
kalau tak pernah ngaji, bolehlah try 1 muka lepas maghrib.
kalau sebelum ni hari-hari ngaji, trylah tambah surah rutin macam al-mulk, al-kahf etc.
yang penting amalan tu baik dan berterusan, walaupun sedikit.

i don't really expect anything for 2021,
rasanya nak go with the flow je.
alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di atas muka bumi ni.
masih sihat, masih ada insan2 tersayang dan kawan-kawan yang baik.
i will go on live my life to my utmost comfortness, insyaAllah.
will not do something that other people want me to do, but what I WANT TO DO.

and to become a better person.

happiest 2021 to all!

#tahunnitakdebungapi
#tahunnitidurawal