Showing posts with label ariana. Show all posts
Showing posts with label ariana. Show all posts

Tuesday, June 30, 2026

Birthday ariana ke-13

Assalamualaikum and hi! :)

Sebelum bulan jun melabuhkan tirai,
kita blog sikit kisah birthdays bulan jun.

4 jun haritu birthday ariana.
Biasanya bulan jun ni birthday awam sikit 😂
Ariana share birth date yang sama (tahun lain) dengan Farhan (anak pun eca, kawan ofis anaqi), fariz (anak ekin, our PT) dan anis farzana (member ofis). Nahh semua ada huruf F di situ.. hahaha.

Sy pun share birthday dengan ramai orang.
Yang tu kita cerita next entry, ok.

Nak tepek gambar je sini, buat kenang-kenangan.

Kek red velvet bertemakan warna matcha strawberry dan ayam goreng 4fingers.


As requested by ariana, dia nak celebrate kat rumah je.
Sekarang kan penjawat awam BDR/bekerja dari rumah 3 hari seminggu.
So memandangkan birthday dia hari khamis, memang sy ada kat rumah.
Babahnya je pergi ofis, ada program korban. Tapi half day la.
So petang tu babahnya balik, belikan ayam 4fingers.
Kek tu saya book awal. Beli kat cyber, custom 5inches cake. Comel, kan.





Kecik je keknya. Besar sikit daripada kek bento.
Tapi stillll tak habis. ahahaha




 

Gambar birthday serba sederhana 🥳



Another one :D

HAPPY BIRTHDAY, BANANU!

We wuv youuu!

Monday, December 22, 2025

Ariana tiba-tiba dah grad

Assalamualaikum and hey! :D

Ha, kamu-kamu jangan nak scoff ke, menyampah ke dan seumpamanya
bila bukak socmed masing-masing dan nampak anak-anak Asia semua tengah grad.
Walaupun di tadika, walaupun di sekolah rendah,
mereka berhak untuk grad! :P ko apa tauuu. hahaha~

So cakap pasal grad ni,
20 Disember 2025 haritu, budak-budak darjah 6 ni grad.
Like, wearing robes, mortar boards and stuff.

Sapa-sapa makpak yang berkelapangan, bolehlah join.
Saya cuma mampu menumpang kasih gambar yang maknya-cikgu share kat group Whatsapp.
Kitanya kena ke parlimen *ai kan pegawai parlimen berjaya skang. Muah hahaa*
Husb pulak pi site visit kampung angkat ofis dia kat Kuala Pilah.. member nak buat majlis penutup kampung angkat tak lama lagi.

So layankan je la, Ariana.. makpak you ni busy bee.
Busy2 pun, ai tetap kepochi nak tau perkembangan anak jugak ye. HAHAA

Nahlah gambar.
Blog entry ni mostly untuk kitorang tengok je nanti-nanti.
Rasanya netizens tak nak tengok la kot.
Kalau gambar ramai-ramai macam kat bawah ni pun,
Netizens hanya akan cari gambar anak diorang je 😂 *it's the truth.. admit it*


Ariana kat bunga matahari paling besar belah kiri.
Dia demam time ni. Kesian pulak. Tapi gigih nak pergi bergrad ye.




Tahniah, anak-anak! Dah berjaya tamatkan darjah 6!
Dah boleh kerja jadi influencer & instafamous! ikkiki~
(Nak kerja doktor, engineer, IT specialist.. kena pass univ dulu!)




Budak demam spotted. Korang kalau terrier, carilah. HAHAA
Kemain demam muka dia. Subtitle demam di situ :P











Dan lastly, ada gambar beramai-ramai photoshoot:
















Ok dah habisss gambar grad! *Thunderous claps*

Well, gambar banyak girls.
Tapi sy letak sebahagian je.
Bolehlah buat tengok-tengok je bila teringat.

Entry diakhiri dengan gambar kitorang berselendang organza.
Event apa? Maleh nak habaq. Hahaha

Toodles!





Apa tengok-tengok?? (Sy tak kata gitu. Sy santun orangnya. Kahkah)

 Bye sekali lagi!! ;)

Cemerlang gemilang terbilang

Assalamualaikum and hey! :D

hahaa tajuk kemain tajuk lagu patriotik ye.

Biasalah, musim-musim anugerah sekolah ni, kita sebagai asian parents yang tipikal
tentunya ingin mematrikan gambar-gambar kenangan sebaik mungkin :P

4 disember 2025, yoshh itulah tarikhnya.

Tapi haritu ai tak ambik cuti.
Minta pelepasan kejap kat bos.

Itu yang sampai pun dah lambat sikit,
sebab kitanya dari ofis.
Tau-tau seats banyak dah penuh.
Terpaksalah duduk kat seat tengah, di lautan manusia.
Nak mingle dengan orang pun tak de mood.. HAHAA
Nasib baik orang sebelah pun tak de ramah tamah sangat :DD


VIPs diarak masuk dengan bunga mangga.




Macam biasa, kita mulakan dengan ucapan-ucapan.
Ni perasmi, a.k.a parent kepada sekolah angkat; i.e CEO cyberview kot ni. Ke presiden. Lupa dah acik2. Tapi ucapan beliau sangat-sangat passionate ye.
Menceritakan zaman dulu beliau hidup susah dan sebagainya.
Ye, walaupun lama times up, ai tetap mendengar dengan khusyuk.




Ni pulak ucapan YDP PIBG kita.
Seorang PT*D jugak (dia PT*D, ai PT*DO. HAHAA)
Kita kenal gitu-gitu sebab dia kenal husb sy, isz.




Dan ni lah guru besar baharu budak-budak ni.
Guru besar lama baru je pencen.



So long story short,
Ariana naik ke pentas dengan ramai lagi kawan-kawan yang lain,
terima anugerah.
Matapelajaran terbaik Agama Islam.
Haa bangga acik, sebagai seorang Muslim, dia score matapelajaran terbabit :D

Tahniah ye, Ariana. Tahniah semua students!
Semoga grow up menjadi Muslim sejati. Cemerlang dunia akhirat. Aamiin.

Dah banyak lagi pending blog entries menanti.
Kita sudahi cerita kita dengan gambar je la.
Dipersilakan!! *Thunderous claps*





















👏

Byeeee!!!

Saturday, November 29, 2025

Ariana's PSRA result 2025

Assalamualaikum and hey! :)


Ariana got her PSRA result last thursday (27 Nov 2025).
PSRA = Penilaian Sekolah Rendah Agama.
Jayyid jiddan! Congrats, Banano! :D



 

Add on; 25 Nov sebelum tu, she received cert & award di majlis anugerah kualiti kokurikulum (MAKKO) at her school. So double congrats! 🎉

Nah sedikit gambar untuk dikongsikan.
Tuan blog ni asyik busy je recently, sampai lama tak blogging.. haha *my bad* :P








Sunday, September 07, 2025

Birthday Ariana jilid 12

Assalamualaikum and hi! :)

Banyak backdated entries,
Sebab baru rajin dan gigih nak menaip.. haha.
Hari ni 7 sept, minggu ni banyak sikit cuti tambahan.
Sebab merdeka dan maulidurrasul.
Kalau tak, minggu-minggu sudah ai is busy bee bukak bilik gerakan RMK13 parlimen.
Sis kan jaga parlimen skang, dekat sebulan jugak bilik gerakan ni.
So memang penat and tak cukup tidur.
Sangat hargai la cuti-cuti am tambahan gini.. haha 

Kita kembali kepada topik asal!

4 Jun kan birthday Ariana.
Tetap ada keknya untuk potong and makan di rumah sendiri.
So sy book sebiji kek daripada kedai honeyberry kat putrajaya.
Sebab kek dia sedap-sedap and cantik jugak.
Beli warna hijau, letak bunga-bunga.
Sebab banano suka hijau skang ni.






Hadiah-hadiah daripada family.



Happy 12th birthday, Ariana!
Mama doakan Ariana sihat-sihat selalu, stay gorgeous, bijak,
beriman, beramal, bertaqwa, berjaya dunia akhirat. Aamiin.




acara potong-potong kek.




Kad birthday banano.




Hadiah tumbler from babah.




Hadiah raket badminton from mama.




Hadiah shuttlecocks from anaqi.




Kad birthday anaqi.

 


Kejap je dah 12 tahun kan.
Semoga yang best-best untuk yang akan datang, insyaAllah.

Merdeka 2025

Assalamualaikum dan apa khabarr :)

Entry kali ni kita bersemangat extra patriotisme,
Sebab bulan Ogos = merdeka!
Dan bulan September = Hari Malaysia!

Hahaha.

Tahun ni, sy plan ambik cuti, bawak AAs our kids tengok raptai penuh.
Raptai berlangsung pada hari Jumaat, 29 Ogos 2025.
Babah diorang terlibat dengan perbarisan ni as urus setia..
So that's why he's not in the photos.
Dia tengah sibuk dengan kontinjen dia.. haha


Dapat duduk kat atas rumput, dataran putrajaya.
Rasanya ni tempat urus setia, tapi kitorang lepas je masuk.
Mungkin raptai, so security tak ketat sangat.



Kalau tanya pukul berapa kitorang gerak,
asalnya nak gerak pukul 5 pagi 😂
Tapi husb kat awal sangat tuu.
So kita gerak lepas Subuh, bersubuhan kat rumah aje. Convenient.
Tu pun, sampai-sampai Putrajaya, banyak parking dah penuh.
Sudahnya sy park kat sebelah Masjid Besi.

My partners in crime.



Pagi-pagi dah ada sini (tu Masjid Besi)


So dari parking tu, kitorang jalan kaki ke Dataran.
Dapat pulak spot  cunnn punya.
Cuaca pun mendung, tak panas. Alhamdulillah.

Anaqi & Ariana.
Yes kitorang lepak kat atas rumput ni je.
Alas tuala dan bawak keluar bekal, ala-ala piknik.



Memang sini tempat keluar masuk peserta persembahan.. hahaha.




Tentera laut yang bawak jalur gemilang.




Pelajar-pelajar sekolah berpakaian pelbagai etnik.




Bawak bekal yang simple-simple je macam nugget, fries, hash browns.




Time raptai penuh pun dah ramai orang, ye.
Bayangkan time hari kejadian macam mana.
Memang tobat tahun ni tak pergi.. last time (pernah pergi) kena patah balik,
sebab kereta banyakkkk sangat. Sampai jem. 




Nyanyian lagu Negaraku dan bacaan ikrar rukun negara.




Laungan semangat, MERDEKA!!



So lepas tu, bermulalah acara perbarisan..
Korang layankan and tengok la ye gambar-gambar ni :)














Tahun ni lebih simple, tapi meriah.
Kejap je dah habis, dalam jam 10 pagi++ macam tu.
Dengar orang kata, sebab YDPA tak nak lama-lama.
Ok la tu kan, tak draggy and straight to the point.
Cuma persembahan udara kejap je, tak lama mana.
Pada sy, itulah one of the highlights setiap tahun.
Orang akan tunggu-tunggu yang tu.


Banano.




Mama dan banano.




Mama dan banaqi :P




Adik-adik bomba.
(Tahun ni ATM yang viral)



















Penutup; persembahan tarian kebudayaan.




Habissss :D











dah, sampai jumpa lagi di merdeka akan datang! (insyaAllah)