Showing posts with label product. Show all posts
Showing posts with label product. Show all posts

Friday, January 08, 2016

wani e review : LÍLLÉbaby airflow carrier

apa-apa pun, first sekali kita tepek photo anaqi tengah senyum.
haha.
kemain lebar senyum.
dividen baru masuk ke, son? :P
*hashtag dividen* *hashtag serbu bank* lolx




tak de apa mana nak cerita.
life's been great.
now tengok drama baru kat tv; sha & shah.
kelakarnya lahai kamal adli tu. heroin yang jadi sha pun lawa gile woahh.

hari ni pulak ariana ada minat nak makan nasi, tengah hari tadi.
dia kan selalu tak nak nasi.
ingat dia tak nak makan.
sekali dia rembat nasi dengan ayam padprik aiiiiii.
sebbaik cukup je untuk kami berdua. haha *tiup sudu - ganti tiup kuku*

dan baru-baru ni sy ada beli baby carrier untuk meng-carry anaqi, especially ke tempat-tempat yang susah nak bawak stroller.
ai kan noob bab-bab barang baby ni.
dulu pernah beli carrier time ariana baby.. pastu sakit tengkuk kalau guna.
last-last tak pakai sebab tak convenient.

dah sampai! yay!

this time sy beli carrier daripada LÍLLÉbaby..
yang airflow punya.
dia ada banyak jenis. yang original, organic, all seasons..
sy asalnya nak beli original. pastu kaler hitam tak de stok.
seller tu cadangkan ambik airflow.
airflow pun ok. so ambik.

beli carrier ni sy tengok 2 benda :
1.function
2.design

lawa kot carrier dia! *wani dasar rupalistik*
ada yang siap designer punya design.
tapi mahal lah yang tu.
beli yang biasa punya sudahlah.

ni contoh kalau pakai :



depan boleh, belakang boleh.
6 positions boleh.
ada hood bagai.
and yang bestnya, boleh dipakai dari usia infant (baby) sampai 3-4 tahun. max 20kg.
ariana pun boleh masuk ni haa.
tapi tak payahlah. biar dia jalan. exercise. lolx

yang bawah ni contoh designer punya design.. tokidoki ke apa ntah namanya.
tapi smart kan!!

superduper smart.

semalam dah try pakai dengan anaqi.
tak sampai 5 minit,
boleh dia tertidur dalam tu!

oklah.
cakap pasal tidur,
sy pun nak nap kejap.
sebab anaqi pun tengah nap. HAHA

kbai!!

Tuesday, December 22, 2015

review : spectra 9 plus dan freemie cups



bought a new breast pump sebab fikirkan nak bawak ke hulu ke hilir senang.
sebelum ni pakai spectra 3 (tak silap tu kot nama modelnya).
spectra 3 ni heavy duty tapi besar, tak boleh nak mobile bawak ke mana-mana.
sesuai untuk di rumah.

nak beli pump macam madela tu mahal sangat la pulak.
so haritu sambil-sambil cari freemie cups, terjumpa pulak spectra 9 plus ni. xD

beli kat online store je.
sebab boleh dapat dengan harga lebih murah.
time ni beli combo.. spectra 9 plus sekali dengan freemie cups.
only for RM980.
kalau kat kedai luar, spectra 9 plus harga dalam 900 lebih.
kalau kat online store dapat la dalam 650 macam tu.. harga beza-beza by different stores.
tapi kalau beli dengan freemie cups lagi la berbaloi sebab freemie kat kedai luar harga dalam 400 lebih.




setakat ni dah 2 kali pakai pump ni.
testing-testing aje haha.

apa yang best tentang spectra 9 plus ni berdasarkan view sy :

- ringan. senang nak bawak pergi travel, ofis, balik kampung, etc.
- saiz kecik, boleh digenggam dengan tangan.
- rechargeable macam kita charge smartphones. senang, tak payah berwayar-wayar.
- heavy duty.
- suction bagus. tak sakit.
- ada timer. so senang nak set and tau berapa lama kita dah pump.
- ada massage mode dan expression mode. massage mode ni tak de limited time. bergantung pada kita nak control berapa lama ikut kesesuaian masing-masing. (sebab ada pump yang limitkan masa 2 minit je macam tu)
- compatible dengan freemie cups.


cakap pasal freemie cups,
may be ada yang tau, ada jugak yang tak tau pasal bendalah ni.

freemie cups adalah bekas untuk collect breastmilk bila kita guna pump.
kalau kebiasaannya orang akan guna 'horn' and bekas botol susu tu bila pump.. macam ni :

so susah sikit nak bergerak.. kena pegang dan sebagainya.

kalau pakai freemie, boleh slip dalam baju and biarkan je dia pump sendiri tanpa perlu kita pegang-pegang, peep and etc.
sebab memang bentuk dia macam cup.
kira hands-free la.
time pump bolehlah nak main phone ke baca buku ke or do any activities.
mudah kan.

cuma bila first time dapat tau harga freemie cups,
terkejut jugak la.. kenapa mahal sangat sampai 360+ (harga standard kat online store) (tapi sekarang year end sale boleh dapat lagi murah).
cups je kot!
tu pun dua bijik je dia bagi. lolx

rupanya bila dah try baru tau.
patutlah mahal sebab convenient sangat bila pakai.
kiranya berbaloi la kita beli dengan harga tu and selesa bila pump.


cuma bila beli freemie cups ni,
pastikan compatible dengan breast pump yang kita gunakan.
biasanya single pump (pump sebelah sahaja) tak sesuai dengan freemie sebab suction tak kuat.
kalau double pump, ok.
so kena tengok dulu senarai pumps yang compatible.
tapi banyak je brand pump yang dia boleh support. nanti boleh check.

bila guna kedua-duanya spectra 9 plus with freemie cups,
memang sangat menjimatkan masa.
in 10+ minutes boleh pump and hasilnya sama banyak dengan pump selama 30 minit sebelum ni.
kadang 30 minit pun belum tentu dapat banyak tu.
gila jimat masa ok!

jadi sy recommend kepada sesiapa yang within budget,
untuk try beli dan pakai kedua-duanya ni.
sangat mudah dan jimat masa.
atau kalau rasa mahal sangat,
beli freemie cups with your desired breast pump.
sebab banyak jugak pump brand lain yang ada di pasaran dengan harga yang affordable sekarang ni.

ok. till then! :)

Monday, November 23, 2015

mencuba produk baru

semakin sy men-tua ni *bahaha* semakin wujudlah problem di kulit muka.
aih sebenarnya dari zaman teenager pun dengan zits nye lah apa.
mah face is vely sensitive one.
silap makan sikit akan wujudlah zits itu. *ai redhooo. eh takkk. ai pi beli aiken lepas tu dah tak de zits hahaa*

dan kemudian problem lain wujud lepas-lepas pregnancy.
start dari first pregnancy, bawak ke yang kedua ni.
i guess it's the hormon. ataupun memang dah tua punnn kakaka.
bintik jeragat kecik-kecik mula menampakkan diri.
sy perasan yang bendalah ni keluar right on and after pregnancy time.
lepas tu tak nak hilang pulak tu.
wani e pulak pemalas jaga muka, tak berdisiplin lagi.
harapkan cuci muka, pakai krim. dah tu je. nama pun malas kan. haa rasakan :P

so bila dah keluar bintik ni barulah sibuk nak mencari solution.
orang cakap prevention is better than cure.
ni baru sibuk nak cure. haha

baru-baru ni sy baru lah nak try produk bio-essence; tanaka white.
so marilah tengok nanti sama ada berkesan ke tak.
kalau tak berkesan, kita cari produk lain pulak.

apapun kita beli la trial pack dia dulu.
kecik-kecikk je comel-comel.

didatangkan dengan pencuci muka, clarifying softener (toner), serum, day cream & night cream.



beli jugak serum dia yang saiz biasa. sebab katanya boleh kurangkan jeragat ni.

so jeragat, nyiah ko dari mukaku ini!!
hopefully haha.

bye!!

Monday, November 09, 2015

buying online - tropika baby herbal cream


haa dah sampai.
kalau kat kedai ni harga RM39.90.
beli online time promotion, dapat RM30 each.
campur postage masih kira murah lagi. xD
simpan buat stok. haha

bagus krim ni, pakai sejak zaman ariana lagi.
elok untuk kurang/elakkan demam selsema batuk kembung perut baby etc.
virgin coconut oil based.

ni dok rumah tak dapat keluar,
beli online je la kita haha.

ok till then!

Thursday, May 22, 2014

happy call - pemanggang ajaib

tak tau dari mana asal datang nama pemanggang ajaib ni.
tiba-tiba kat kedai ada jual pemanggang yang boleh buat macam-macam;
goreng, bakar, grill etc. kukus grill panggang kukus grill panggang. kukus!
*haha ok main-main je* :P

and brand dia pun ada macam-macam.

hari tu pergi langkawi rembat satu.
brand happy call.
kat kedai haji ismail tu ada jugak brand HiG sendiri dan brand vantage.
tapi bila call my mom,
dia cakap happy call ok.
so ambik happy call.


si kecik ni memang suka enter frame time orang nak tangkap gambar pemanggang. lolx

tengok tu, siap duduk lagi.

akhirnya dapat jugak snap gambar yang decent..

kotak.



buku di dalam kotak.

dia ceritalah ciri-ciri pemanggang ni (boleh baca kalau rajin. haha)

yang penting,
baru sy tau yang pemanggang ke, kuali non stick ke,
kalau first time pakai
mula-mula kita kena cuci pakai sabun dulu.
lepas tu second time cuci pakai butter atau minyak (sambil panaskan atas dapur).
baru cuci balik dengan air sabun and gunakan.
mungkin nak keluarkan lilin dia ke apa.
selama ni beli kuali biasa je,
so tak de cuci-cuci ni HAHA





nampak tu tangan siapa menyebok tu :P



bahagian dalam.

sebenarnya kat dasar tu tekstur dia macam griller yang biasa tengok,
ada garis-garis.
so kalau grill nanti nampaklah garisan tu kan.
BBQ katanya. haha
so far memang best pemanggang ni.
sebab sy duduk kat kuarters kan (apartment),
tak boleh nak bakar-bakar buat BBQ sewenang-wenangnya.
so pakai pemanggang ajaib ni bolehlah buat ayam grill ke apa.
(oven pun boleh. kan!) ^^

tak habis baca lagi buku manual dia.
pemalas lipas lolx

sekian.