Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Thursday, May 22, 2025

kisah bulan mac 2025

assalamualaikum and hi! :)

since banyak cerita pending, sy sekalikan event2 yang lepas dalam satu entry.

so ni cerita sekitar hujung bulan feb ke bulan mac. skang dah bulan mei, kan. ahahaa

kek sambutan birthday mama on 16 march. happiest 65th birthday, ma!
semoga terus sihat sampai ke usia 100! hihi (insyaAllah. aamiin)



disebabkan bulan mac adalah bulan puasa,
sebab tu sambutan simple2 je kat rumah mama di shah alam.
potong kek pun lepas balik terawih rasanya ni.
kitorang pun xde dalam gambar kat blog ni sebab masing2 dah pakai baju tidur. hahahh
so kita letak gambar mama dengan naim je sini yang berbusana paling decent antara kitorang semua 😂

mama potong kek, diiringi oleh naim. hahaa
ni kek rocher.



backwards to 6 mac, adalah hari rehearsal pingat.
every year, sempena sambutan hari wilayah persekutuan,
ofis kitorang memang ada buat event pingat ni.
cuma tahun ni bukan pada 1 feb.. atas titah YDPA Agong yang time tu baru pulang daripada rawatan di luar negara.
sebab tu jadi bulan mac.
and bulan mac bulan puasa kan.
so tiada jamuan makan-makan. just bagi goody je lah.

kitorang petugas stay kat hotel dorsett hartamas.
like last year, kitorang berbuka dan bersahur di hotel.

gambar kenangan di tangga istana.
lepas ni entah bila lagi dapat masuk ke istana. kitanya dah pindah ofis kan.



7 mac hari pingat (DKBPWP).
sy jadi LO kepada KP digital, YBhg. Datuk Ts. Dr. Fazidah binti Abu Bakar.
a very nice and humble recipient. tahniah, Datuk.



sekali lagi gambar di tangga seperti tahun2 sebelumnya.
ada lagi gambar ramai-ramai kat tangga. tapi malas nak korek kat galeri 😂
gambar yang banyak ada kat facebook sy.




sebab bulan puasa, kita pun berbukalah puasa.. haha
time ni kat PICC, husb belanja. tqq bang!



28 feb, keluar makan dengan bffs sebelum bulan puasa.
ni kat kaysha dine & beauty. nama dia gitu sebab atas tu ada spa meni pedi.
that's elia, me, mardia and azra.




bawak anaqi sekali. so kitorang share la mac n cheese and air iced lemon tea ni.
makanan sini agak pricey dan tak tau sebenarnya nak makan apa. haha.
tapi tempat lawa la. kat tamarind square, cyberjaya.


so sekian kisah bulan mac.

ni nak bulan jun pun tak letak wishlist birthday lagi hahaa.

kbai!!

Thursday, January 09, 2025

dinner PUSPANITA JPM 2024

assalamualaikum and hey, 2025! :)

bersiaran lagi kita dalam kes mengimbau kisah lalu. hahaa
ni dinner PUSPANITA JPM 2024 yang lepas.
majlis diadakan pada 13 disember 2024.

sy sebelum2 ni sebenarnya tak rajin nak join dinner.
sebab bila ada dinner, kena berdress up bagai.
plus i ols ni ala2 introvert yang tak berapa reti nak mingle sana sini LOL
cuma sy sorang intro yang suka suasana meriah ramai orang.. camne tu? sangat clashed kan 😂

but since dah masuk PUSPANITA and berjawatan di PUSPANITA,
tetiba rajin la pulak join 😂
setakat ni, ni dah kali keempat kot sy join dinner.
and i went for the sake of food. and nasib baik la ada geng jugak meneman.


us, from PCK JWP. say hi!!


PUSPANITA ni pada sy banyak menyemai persahabatan.
selain daripada banyak kena deal dengan datin seri, datin, isteri2 bosses/orang kenamaan.
so kena behave lah kamu di situuu. hihi

so tema dinner kali ni adalah tradisional malaysia.

jadi boleh la pakai apa sahaja pakaian kebangsaan daripada pelbagai bangsa.


menu. nampak kemalaysiaan di situ kan!



lauk-pauk. udang selalu nampak paling sedap,
tapi lauk yang paling sikit sy dapat jamah (due to allergy).



untuk tema dinner kali ni, sy memilih baju ala punjabi.
baju ni nama kurti. nampak merah, tapi sebenarnya berwarna plum.



kalau awak berbusana extravagant, awak berpeluang naik ke pentas
sebagai top 5 best dress. macam yang di depan ni la 👏


pn azwani (3 dari kiri), our setiausaha,
selalu dapat naik pentas untuk best dress.
kalau tak nombor 1, dapat nombor 2.
pusing2 tu je la nombornya. hahaha.
sebab baju dia biasanya the vastt sangat!

ni pn azwani dah pindah ke KPK*T, makanya tak dapatlah berdinner lagi dengan beliau.
boo hoo.


with pn eca. partner in crime. lolx



mel, pn renny, engku azura.



pn azwani, roslin.
diorang tunjuk door gift yang JPM bagi; korean brooch. lawa! bekas pun cantik.



geng PPj.

 

so this year, sy jadi AJK pendaftaran.
sekali kena sediakan nombor cabutan bertuah.
kita sediakan nombor, tapi kita tak dapattt. haha. tak de rezeki cabutan kali ni.
may be next time. kikiki

biasanya dinner ada persembahan, cabutan bertuah, best dress dan makan-makan.

cumanya persembahan tahun 2024 tu tak de artis.
yang ada artis kombo daripada JPM saja.
like sebelum ni, diorg jemput jamal abdillah.
mungkin kurang bajet dah.
but mengharap juga la kalau ada artis.
macammm sheila majid ke (woww), hael husaini ke (woww), KRU ke (mujurrr kalau KRU datang!!) dan lain-lain. ahaha. artis baharu, akak tak berapa kenal dik. ramai sangat :P

so begitulah dinner kitorang tahun sudah.

tahun ni?

sy baru plan nak step down dan jadi rakyat biasa.
harap termakbul la doa dan hajatku. hihhii

toodles!!

Monday, October 28, 2024

Makan-makan di Restoran MyViet


Assalamualaikum and hi! :)

Truthfully, sy ni ada sikit skeptical dengan restoran makanan Vietnam.
Nak tau kenapa?
Dulu my first experience makan kat Restoran Vietnam memang tak sedap langsung. Hahaha.
Sejak tu la sy langsung tak jejak mana-mana Restoran Vietnam.
Trauma makanan punya pasal 😂


Tapi bila Allah kata 'kun', ha makan jadilah dia.
Sampai jugak sy kat Restoran Vietnam.. MyViet.
Ni cawangan Putrajaya.
Alkisahnya my bffs and I nak makan kat tempat lain, steamboat.
Tapi restoran tu ada isu dengan TNB, so dia dapat serve 6 meja je
and semua meja time tu penuh.

Mardia dah sampai dulu, I was on my way.
So Mar masuk MyViet. I follow je.
Walaupun dalam hati dok fikir, sedap ke eh.
Sebab last time Pn. Eca colleague ajak makan situ, I cakap tak nak sebab takut tak sedap HAHAA. Ampunn Pn. Eca.
Tapi disebabkan Mardia dah masuk, kita onz je, lantok le di situ :P
Takut nanti orang kata ngade-ngade pulak nak tukar tempat.
dah le ramai nak makan ni, 4 orang.


With my bestie, Azra.

Azra now diuji dengan Vertigo.
It's a condition where you akan selalu rasa macam kepala pusing dan tak dapat nak menstabilkan badan, esp time nak berdiri, berjalan.
Ada la Azra cerita in details what's going on, and dia masih dalam treatment.
Azra kata nak slow down sikit daripada stress bekerja.
Stress bekerja is real, guys. Kalau rasa stress and membebankan, take a 5 to 10 minutes break, ok.
Kita doakan Azra cepat sembuh.
Miracle happens, dari dulu sy selalu fikir macam tu.
Ni pun alhamdulillah Azra nampak ok dan dah boleh drive sendiri.


Empat sekawan yang dah (surprisingly) 13 tahun berkawan. Whoa. Lamanya.
hahahaa


Sebenarnya nak cerita pasal makanan kat MyViet. Lolx
Panjang pulak cerita kan :P
Ni la kali kedua saya try makanan Vietnam.
And this time... nasib baik sedap!

Ni namanya dry noodle lemongrass chicken (mi kering dengan ayam serai).
Saya punya. Harga RM18.90.


Ehh, sedaplah!
Dah la terasa healthy bila makan. mihmih~
Patutlah my husb yang kaki gym tu suka makan sini dulu.
Basically mi dia akan campur dengan sos cair (ala sos Thai) and makan dengan ayam dan segala sayur-mayur di situ.
Memandangkan sy ni suka sayur, so memang enjoy le makan. Hahah
Pulak tu sos dan ayam sedap. Licin dimakan ye.
So my perspective on Vietnam food, changed.



Yang ni namanya soy noodle beef shank (mi kicap dengan daging lembu. Shank ni bahagian betis lembu, tak silap) RM16.90. Azra punya.




Golden salted egg fried rice (Nasi goreng telur masin) milk Mardia.. hahah.
RM19.50. Mar kata macam nasi goreng yang biasa di luar sana. Harga mahal sikit, may be sebab salted egg tu.




Elia punya.. rice with braised beef shank, RM19.80.
Sedap jugak, kuah dia tu macam kuah masak kicap sy masak.. haha serious.
Yang ada rasa kicap but then berempah sikit.





Resit dia kita besarkan sikit, so korang boleh kaji la harga dia,
kalau nak pergi makan kat sini nanti.

 

Overall, I recommend makan di MyViet.
Kedai cantik, makanan pun sedap.
Harga je la tak berapa rahmah. HAHAA
Datang sesekali boleh la, kalau banyak kali, bersedialah anda untuk bangkrap. Lolx

Till then!!

Friday, June 21, 2024

my 40th birthday

assalamualaikum and hey! 💜

today marks my 40th birthday! :)
can't believe i have been on this very planet earth for 40 awesome years (and i survived it! alhamdulillah).
hopefully, to become wiser, to expect less and gain more. lolx

being a 40, i just hope i am blessed with good health until i'm grey. aamiin.

a ferrero rocher birthday cake from dear husband 💗


yes, one slice is sufficient for us (us four, eating this one slice. haha)
since you all know i don't eat cake much. but i do enjoy it sometimes. like today. haha

so early this morning, friday morning,
i was busy cooking in the kitchen for a simple birthday treat for my office mates (in conjunction of my birthday.. lolx),
cooked/reheated fried vermicelli and corn fritters..
suddenly my fam came with a slice of cake, a birthday gift and a happy birthday song 😊

i said, "i am all sweaty in the kitchen and you guys come here singing birthday song." 😂

but fair enough, we enjoyed the super short sweet time,
before preparing ourselves to work/school.


what i brought to my workplace.




my first birthday gift was a pair of shoes 😍
these shoes, are my necessity. so thank you, husband for the gift! love it!


then in the afternoon,
went our for birthday lunch with my birthday mates, cik azura and firdhaus.
we're all born on the same day, and same year! what an odd! 😁

so i figured out this free birthday treat from ole-ole bali restaurant.
need to show them your myKad (ID), proving it's your birthday.
then you'll get a plate of nasi campur (indonesian mixed rice) for free.
well we just bought ourselves drinks. tu pun firdhaus belanja *thank you, firdhaus!*
he's rushing for jumaat prayer, so we tried to finish our meet up early.

this basically how our plate looks like. looks yummy, right?


well there are many more birthday treats from many more shops,
but need to download app and stuff.
kalau rajin, boleh la redeem.

me and the 21st june kids. and yes, anaqi was around too.. he's a bit under the weather so he didn't attend school today.



i'll update more later, since i am rushing with things today.

so yeah.

happy birthday to me!! 💟

Tuesday, April 23, 2024

raya kita jalan-jalan

assalamualaikum and hi! :)

minggu lepas-lepas raya,
biasalah orang akan mula start keluar beraya atau buat open house.

buat yang bertanya, kitorang buat tak open house tahun ni?
rumah pun sepah wehh. tak tergamak nak buat open house HAHAHA
tapi kalau nak datang beraya, roger je.
nant kita masak-masak. hihii

so minggu lepas raya ni, kitorang pun dah start keluar beraya.
ada la jalan sikit-sikit.
tak leh jalan banyak-banyak, sebab jalan jem. kihkih


gambar selingan. balik dari kampung tok yam, tertinggal barang.
cik su (mak cik sy) datang hantar ni haa. adui selalu tertinggal barang kalau balik kg. hahaa



lunch raya dengan geng PTD54. liza, izah and rajaaa.
lepas tu raya bagi duit raya yeyy! tqq raja! :)


sabtu ahad kitorg pun full sebab jalan raya.

sabtu pagi tu ada wedding awin.
petangnya kitorang ke sijangkang, rumah zaim & shahma.

tetiba rupanya zaim dah buat pertanian moden ye kat tanah sebelah rumah dia hahaa
datang-datang, dia bawak melawat pokok-pokok dan haiwan-haiwan ternakan dia 😆
rasanya sambil-sambil bagi masa shahma prep makanan, sebab diorg baru balik daripada open house rumah jiran.


macam-macam dibuatnya zaim ni. yang best semua ni pekerja-pekerja dia uruskan. haha



with ma son. dak2 ni biasalah petang-petang masuk keta, tido. ni ala-ala baru bangun tidur la kisahnya.


kat rumah zaim shahma, kami dijamu mi hun soto sup tulang.
so yummeyh.


gambar the guys.



gambar everibodiii.


esoknya hari ahad pulak.
ahad pagi-pagi gerak ke felda jelai, nismilan.
visit pak cik belah arwah FIL, wak konteng.


kumpul ramai-ramai dengar cerita wak konteng agaknya.



anak cucu semua mai beraya. ada yang dah datang minggu raya tu jugak.
kali ni rombongan kami pulak.


MIL beli lemang odw and bawak rendang sekali yang ina, biras ai masak.

lepas tu wife wak konteng ada masak nasi dengan lauk-lauk;
ayam goreng berempah, kulit tumis cili api, sayur kobis, kari daging. yumms.


wefie satu dengan siti aminah, cousin in law. ade eh istilah tu. hahaa


habis rumah wak konteng, tengah hari kitorang gerak nak ke KL.
ada open house rumah pak teh kat damansara,
tapi tak sempat nak sampaiiii.
dalam 3 jam jugak nak gerak. bukan setakat jem, tapi sebab nismilan tu jauh. hahaa

makanya skip, tak sempat rumah pak teh,
kita ke rumah cik po di rawang.


terima kasih, cik po dan cik ija, selaku host a.k.a pakcik makcik kami.



sedap makan laksa cik ija hari tu :) rendang pun sedapp.


and sebab kami ni datang dari n9,
ada jugak bawak lemang dan rendang maman yang beli kat tepi jalan.
nanti sy share kat post lain.
so makan sekali kat rumah cik po.




AAs tidur dalam kereta. bangun-bangun gini la rupanya. hahaa
lama anaqi nak kena panas enjin tu, baru bertenaga balik.


anaqi lepas duduk berteleku lama macam tu,
bila kita tegur dia, tetiba dia cakap lapar 😂 so dia makan kek dengan telur rebus daripada laksa.
dah lepas makan tu baru bertenaga berlari-larian dengan ariana, tuah, naim.
 

ok nanti kita sambung kita beraya kitaaa. daa!!

Tuesday, March 12, 2024

jalan-jalan di hat yai (chang puak camp gajah, samila beach, nora plaza, big bee, khlong hae floating market, asean night market)

assalamualaikum and hi! :)

kembali lagi kitaa ke cerita jalan-jalan cari makan (mostly) dan shopping mopping di hat yai.

'bercinta' ye nak menunggu update kat blog ni hahaa.
what tu duu.. i bizi u ols.
cerita pun dah lama berlaku, disember tahun lepas lagi.

tapi tak pe. demi semangat pengupdate-an, kita up jugak post sebagai kenang2an lenkali bila2 nak tengok gambar.

THIS IS DAY 2, BESTIE!

hotel yang kitorang stay ni, memang tiap-tiap pagi ada tomyam ye. contoh semalam tomyam ikan, hari ni tomyam ayam. tomyam dia sedap, light, macam homemade.


ni lauk buffet kite ambik.


lauk buffet lagi. banyaknya ai makan! 😂


hat yai paradise hotel. hotel dia cantik sangat, banyak landscape lawa2.


lepas kenyang makan tomyam,
apa lagi, kita pun naik bas travel agent untuk ke tourist spot seterusnya!

di sinilah kami. parking bas sangat besar ye. berderet2 bas masuk. mostly pelancong la.


ni lah tempatnya. tempat gajah. chang puak camp.



bergambar dulu dengan rombongan cik kiah. kikiki



nah, ni dia harga kalau nak naik gajah, ATV dan lain2.
convert sendirilah ye HAHA. sebab dah tak check berapa harga tukaran mata wang asing sekarang. dengarnya ringgit malaysia dah menurun, betul ke?? *shock look



boleh beratur beli tiket kat sini.
tapi sebelum tu, kat pintu masuk ada orang tangkap gambar setiap satu pengunjung yang datang. nanti kita balik, diorang akan framekan dan jual gambar kita. tapi sy tak beli lah. muka kemain candid dia tangkap. hahaa


ramai ye manusia. ni kira macam ruang legar dia haha



boleh tengok gajah jalan2 dan jugak boleh naik kalau nak (dengan bayaran).
harga lebih kurang RM50 duit kita.



mak dan anak gajah di belakang kami.


acah2 naik ATV replika. siap konar baring! 😁


with kak mis and lin.


basically sy jalan2 je kat tempat gajah tu.
tak naik gajah pun. tengok aje.
so lepas tu bas gerak ke samila beach.
kat sana ada patung mermaid yang famous kat tepi pantai.

gambar je la keje kitorang. hahah



ni pun sama, suka bergambar 😂 siap suruh stranger tangkapkan ye.
dapatlah gambar senget-benget dan terpotong sana sini (geng2 tengah pi shopping tempat len. kahh)




kat samila beach ni banyak jualan souvenir dan makanan.
surprisingly souvenir kat sini murah daripada kedai souvenir lain.
so kalau nak beli, kat samila beach la atau satu lagi kat asean night market.






temptingnyaaaaa. 😻









belah kanan tu orang jual telur bakar. tapi tak try pulak, tak terfikir.



kat pantai samila yang berombak deras.



hah, ni la dia patung duyung yang berebut-rebut orang nak bergambar tu.




pada saya, harga souvenirs kat pantai samila ni jauh lebih murah daripada kedai-kedai persendirian yang kitorang pergi sebelum ni.




yang special kat pantai samila; ais krim kelapak.




macam-macam jenis ada. tapi yang special punya ada la macam-macam topping.




main cucuk-cucuk pulakk.. haha




ni gerai ala-ala roti canai.





kat mana-mana pun orang beratur nak beli makanan. haha




kak mis, mek, mai, lin & me.




nah! ni la dia ais krim kelapa tuuu! harga lupa pulak.




ni ada ahli rombongan yang beli bunga pandan ni. katanya dalam RM2 duit kita.




kepada peminat-peminat barangan kulit, kitorang ke next destination di nora plaza.




kedai ni memang banyak gile ye barangan kulit. ni contoh beg daripada kulit buaya.
so kepada buaya2 di luar sana.. awas! jika tidak mahu dijadikan kulit 😂




takotnyaa! ada ke orang yang nak pakai beg gini? ada la kot, ye.




silakan menjamu mata.
sapa-sapa yang cari barangan kulit, memang syurga la ni.




tengkorak buaya pulak dia bagiiii.




handbags pun ada.. tapi harga jauh lagi mur la daripada yng branded2 tu.


btw, kat nora plaza ni ada tempat tukar matawang.
ada kat kaunter cashier, dekat-dekat je dengan pintu masuk.. belah dalam, kiri.

lepas tu kitorang ke bee garden.




dengar penerangan tentang madu dan produk madu.
diorang promote je, tak paksa beli. air madu tu complimentary.




khusyuk memasing.



lepas tu kitorang gerak ke khlong hae floating market.
time ni tengah hujan renyai-renyai.


masa tu kan, dok bernego la dengan tour leader (ejen yang bawak kitorang naik bas), syakilla.
jadual kan packed. and tengah hujan.
so ejen cakap, skip je la floating market ni, kita terus pergi asean night market.
mula-mula tu malas fikir, so layankan je la.
tapi ada ahli yang bebetul nak pergi, sebab dah masuk itenerari kan.
last-last pergi.
walaupun terkejar, memang berbaloi.
so next time jangan skip pergi floating market ni.. sebab best!

orang, jangan cakap la.. melimpah!

pergi toilet pun setengah jam ye beratur.

basically floating market ni, banyak perahu-perahu berjualan.




perahu yang jual air dalam buluh yang termurah.. 25 baht. kedai lain 30 baht.



ni nasik goreng.
kat thailand ni, tour guide kata tengok je tanda halal. atau tanya orang tu halal ke tak.
sebab ada yang jual halal, ada tak. jenis-jenis tak kisah and main makan je tu, silakan tanya dulu tau. mencari yang halal itu wajib.



goreng-gorengan lagi. sy suka la suasana street food macam ni.




dengan lin dan air masing-masing. haha. sy beli air kelapa, cuz that's my favourite.
tapi manis leting ye! air gula perisa kelapa agaknya.
last-last memang tak habis. takut kena potong kaki. tak jadi ai nak minum. bahaha




masih di khlong hae floating market. nasib-nasib je la dapat seat dalam keadaan hujan ni.
ni dengan pn. mai (bos korporat) dan husband, tepi tu en. rizal ketua integriti.
belakang tu geng-geng korporat.




ni dengan geng khidmat pengurusan dan korporat.




ni lah yang sy beli kat floating market; mi megi tomyam dengan 2 udang galah besooo. hahaa
bahagia makan. tomyam tersedap sy makan kat hat yai. pekat, pedas, masam dia semua ngam.




lepas tu ada beli bebola keledek. ya Rabbi sedapnyaaaa.
awat semua sedap-sedap ni. air kelapa tu je la spoil.
nasib baik bekas buluh tu instagrammable. bahahaaa~
(buluh tu tak yah pulang, ambik je bawak balik kalau nak)



sweet potato ball.




wayar elektrik berselirat-don't care 😂




the diskodut bus. lolx


memang terkejar ye pergi asean night market.
time ni ramai dah flat kot.. nak balik cepatt je. lepas tu ramai dah spend duit sebelum ni.
ai ni masih banyak tenaga dan duit nak dihabiskan, so macam tak puas nyopping la kiteee.
budak-budak ni dok cakap nak balik nak balik (naik tuk tuk).
tapi sebab gerak dengan geng sopping jugak, yang naik tuk tuk tu dah balik tinggal kitorang. HAHAHAA (geng sopping hilang ditelan orang ramai 😂)
so kitorang balik naik maxim (dia macam grab car jugak la, tapi murah sikit).


daripada ramai-ramai ni, berapa kerat je kat depan-depan tu yang tinggal and balik naik maxim.
lain dah balik naik tuk tuk. tak sanggup nunggu geng shopping HAHAA



ni ha geng sopping mopping. shop till you drop katanya. lolx
tapi kat asean night market ni memang murah jugak banding dengan kedai biasa.
pilihan pun banyak.


tingkat bawah banyak kedai souvenir,
tingkat atas kedai-kedai makan.





ya Rabbi, ko tengokkan je la keadaan kat tingkat atas (food area) ni.
memang nak nyelit pun kena bertabah.
memang tak masuk sampai ke dalam pun, sebab aim nak beli souvenir kat bawah.
so beli je la makanan kat stall depan-depan tangga ni.






menu untuk tatapan kalian.


basically, asean night market, memang tak cukup pergi sekali.
kena dua kali.
satu untuk MAKAN SAHAJA.
satu lagi untuk shopping.
terkejar wehh.
dengan member calling2 kata nak balik naik tuk tuk tu.
hahaha. sis cemasss.

kitorang la yang terlassttttt sekali naik maxim. ada 2 kereta.
kereta kitorang tengah hadap jem. dah le drebar mintak extra. tak faham BI tapi masih gigih ye nak minta tambang extra hahaa.




bye-bye, asean night market. you'v been nice to us. aicehh ✋



rupa tuk tuk kat sini. nunggu la maxim kami dalam renyai-renyai hujan and tak de payung tu.



sampai hotel, bilik kitorang dijadikan markas untuk unboxing tapau-ed food
dan makan lagi ramai-ramai.
macam tak kenyang-kenyang dok hat yai ni. hahaa

tomyam milik lin. tapi tomyam ni ada togeh ye. so rasa dia a bit aneh untuk sy. kikikii
tomyam kat floating market masih lagi juara di hati.




pulut manggah.




mi ayam.




sik reng seafood.




sy punya pad thai. sy memang aim tomyam and pad thai je kat hat yai.
tapi yang ni, mengecewakan. sedap lagi kawan malaysia ai masak ye. kehkehh
so to myself, jangan beli kat kedai depan-depan. explore la dlu belah dalam.. kot ada lagi sedap.
ni ikut selera sy je. selera orang lain may be sedap, tak tau le.




overall.


basically tu la kisah seharian kami.
penat wehhh tapi layann.

nanti sambung lagi cerita hari last kat hat yai pulak!

toods!