Showing posts with label maternity. Show all posts
Showing posts with label maternity. Show all posts

Sunday, September 06, 2015

siap sedia beli barang baby

today dah masuk week 30.
plan nak beli barang-barang baby sikit demi sikit *lama-lama jadi bukit. fuahaha*
semalam baru sempat beli first batch.
mula-mula ke kedai manjaku kat bangi.
ingatkan ada la diskaun or harga murah daripada tempat lain.
rupanya kad diskaun maternity dia dah tak ada.
and harga memang standard macam kedai lain or even lagi mahal.
so tak jadi nak beli kat situ.

kitorang gerak ke jusco cheras selatan untuk beli apa yang ada.
tapi tak de sale apa pun. sebab merdeka sale baru je lepas.
tak kisahlah tak de sale pun, kita beli je haha
asalkan tak bersesak, tenang sikit nak shopping :D
plus, harga kalau tak sale pun lagi murah kot banding dengan kedai manjaku.

so ni lah few items yang berjaya dibeli semalam :

tak banyak mana, tapi habis jugak RM300+. wuwu T_T

thanks husband sebab belanja semua ni. lolx
berjaya beli :

  • 5 baju tidur
  • 4 baju lubang-lubangan
  • 5 mittens & booties (sarung tangan/kaki)
  • 1 set stoking bentuk kasut comelness!
  • 2 towels
  • 2 barut perut
  • changing mat
  • syampu, sabun, pengorek telinga, pemotong kuku, sikat, penyedut hingus
  • wet tissues
  • nursing pads
  • maternity pads


ada barang yang tak jumpa lagi macam bantal, krim ruam etc.
bantal tu kira nak beli baru.
tapi ada jugak certain things yang kita akan pakai mana ada from ariana punya dulu.
contohnya lampin, selimut, baju-baju, tilam, termometer etc.



barut perut yang 'terpaksa' dibeli sebab comelness sangat!


haa tetiba terjumpa penyedut hingus yang pakai tiub ok.
harus la beli. xD

dengan penuh kekaguman mengambil ni dari rak :P tapi harapnya tak de la guna sangat bendalah ni. hope less runny nose occurs eh. aamiin.



cara guna macam dalam gambar ni. oo begitu rupanyaaa

apa-apa hal nanti kita minta husband yang sedutkan ok.
ai is kena baring rehat je time tu kikiki

and walaupun changing mat dah ada,
tapi 'terpaksa' ambik jugak yang ini sebab gorgeousnya lahai i couldn't help it!!

harga RM15 je so mari kita ambik!


nanti nak cari/beli baju yang lawa jugaklah untuk baby.
selain baju tipikal lubang-lubang haha
at least sepasang baju super comelness to welcome the baby.. aicewah.

tapi barang untuk diri sendiri tak beli sangat pun lagi.
tak pe lah one by one ok.
nasib baik ada yang boleh di-recycle daripada maternity/delivery experience yang lepas.

ok lain kali shopping lagi.
haha
till then!

Sunday, August 16, 2015

life update pada hari ini

tabahlah ye, entry hari ahad ni tak ada gambar. lolx

hari jumaat hari tu agak geram la jugak.
sama-sama share geram dengan husband.
alkisahnya husband kena pergi outstation.. dari khamis sampai sabtu.
they all pergi ipoh naik bas.
patutnya program habis jumaat, tapi nak dijadikan cerita, yang naik bas ni semua tak dibenarkan balik sebab katanya dah bayar sampai hari sabtu. nanti rugi dah bayar.
thing is, yang naik bas tu tak sampai 10 orang.
and bas pulak berbondon-bondon pergi sana. 5 buah? rasanya 5.
dah tu urus setia yang plan program, if awal-awal tau program habis jumaat, kenapa nak extend sampai sabtu?
wasn't it a bad planning and merugikan duit dari awal lagi?
dengan bas yang banyaknya and orang naik sikit sangat.
yang lebih menggeramkan tu, orang yang cakap tak boleh balik tu la yang balik dulu senyap-senyap sebab bawa kereta sendiri. whattttt
rasa nak melaksanakan lempangan padu berdas-das ahaha

i kinda miss the jamuan raya PPTD on friday sebab husband outstation kan, nak kena jaga ariana.
patut kena bertugas LO dengan yang lain.
tapi tak pe lah, i already informed AJK besar and being excused.
yang kelakar tu sy sendiri tak tau nama program PPTD tu diambik sempena nama yang sy cadangkan hari tu kat group PPTD! i already forgot about that. lolx
sampailah keluar announcement minta sy dapatkan hadiah sebab bagi cadangan nama tu.
oh terima kasih banyak PPTD.
walaupun sy tak sempat nak attend.

weekend ni tak duduk rumah semata.
after husband balik dari ipoh, kitorang shoot ke shah alam nak pergi fitting baju untuk wedding faliq 23 ogos ni.
then petang tu sempat la ke tesco beli barang.
sabtu was hectic.
tu yang ended up sakit-sakit badan.
sakit belakang la, sakit pelvis la. merata sakit.

hari ni ahad pergi banting pulak ambik kerepek pek-pek kecil untuk wedding jugak.
such a gamble, sebab pergi book kerepek tu tak pergi rasa (food testing) pun apa.
minta tolong ipar duai pergi book and bayar pendahuluan.
sebab sibuk dulu tu tak sempat nak pergi.
kawan pun yang suggest kedai kerepek ni.
in the end sampai sana, terjumpa kedai kerepek lain yang lagi best AHAHA
tapi yang dah siap book tu kita ambil je la.
kita beli kerepek lain kat kedai lain untuk hidangan atas meja tetamu je.
siapa yang datang bolehlah rasa, memang sedap kerepeknya. :D

sy memang nak settlekan minggu ni laju-laju.
because we'll be doing this big seminar on thursday,
and the seminar is kinda under my responsibility.
dengan nak berkonsep tradisional lah bagai haha
ada silat dengan pemain muzik live dengan hadiah bunga telur.. pulut kuning..
mana ko nak jumpa seminar gitu sekali tema dia?! *menangis di sudut sebab risau*
doakanlah berjaya ye.

after this week, everything should be okay.
at least lepas seminar habis la.
bolehlah ai memberi tumpuan kepada wedding faliq and my maternity check up.
lepas ni fokus untuk maternity je. barang apa pun tak beli and baju baby pun tak basuh lagi.
nampaknya niat nak ke baby expo kena ditangguhkan sebab nak guna duit untuk kereta.
hari tu eksiden kan, so depa cat belah depan je.
tak nak kereta kelihatan cacat tepacat, kenalah berkorban bayar untuk cat the whole body. tsk.
now duit extra ai dah tak de la untuk shopping maternity. :'(
at least before next gaji masuk.
belanja lain tu insyaAllah boleh cover.

our house hunting mungkin akan proceed,
cumanya rumah yang kitorang tengok that day mungkin tak jadi beli.
sebab ada keraguan and husband cakap nak beli corner lot.
corner lot dia dah habis. hahh
semalam pergi tesco ada this company promote, dia buat program perumahan separuh harga untuk rakyat malaysia . hm mencurigakan.
mencurigakan sebab banyak projek landed yet harga murah.
lepas tu nak kena register on spot and bayar RM500 book.
tempat tak tau lagi kat mana.
bila kita minta contact number, tak nak bagi.
tidakkah itu mencurigakan.
bila dia tunjuk fail dia, memang ramai dah register.
so guys, berhati-hatilah bila nak register rumah.
kalau nampak mencurigakan, better check dulu dengan KPKT ok.
tunggu lama sikit tak pe, asalkan dapat rumah yang betul ada and asalkan puas hati.
sebab rumah sekarang bukan murah-murah, semua setengah juta kekdahnya kalau nak lokasi bagus.
and kena rajin check even before projek launch.
poning den pasal rumah ni haha
sementara tu kita duduk kat kuarters je la dulu ye.
bulan-bulan bayar RM550. hahaha

k till then!
macam-macam pulak cerita masuk 1 entry.
sebab malas nak buat entry banyak :P
dasar pemalas. haha
bye!