Tuesday, June 25, 2024

sambutan birthday di shah alam

assalamualaikum and hey! :)

sekitar sambutan birthday saya dan ariana di shah alam, jumaat malam baru-baru ni (21/6/24).

untuk sambutan kali ni,
kita buat simple tapi meriah. haa camne tu 😁
kira makanan dia simple2 je tapi pelbagai la gitu.

kali ni kita order ayam goreng dan pizza daripada restoran FC, PKNS shah alam.
my mom order roti jala.
then ada kek saya order & faliq ain pun ada bawa cupcakes jugak.
harith belanja durian.

ni saya order kek butter vanilla daripada home baker yang biasa saya beli.
7 inch, RM38 je. murah dan sedap. alhamdulillah.




ni pizza restoran FC. beli 2 jenis; seafood dan chicken sausages.
roti dia memang lembut dan tebal, cheese pun sedap.




pasukan pink tengah main belon 😂




pasukan merah-biru tengah main beyblade. camno ejanya haha




faliq dan hadiah2nya, ariana, mama, ain, isz, wani.




cuppies daripada ain/faliq. tema sesame street.
*insert lagu sesama street. hihi*




harith beli udang merah. tengah musim durian sekarang ni.. rasanya sampai bulan 7 kan. lepas tu nanti sambung lagi hujung bulan 8 ke bulan 9. musim yang agak panjang, so kita expect more buah dengan harga yang lebih kompetitif. ha gitu 😁




ayam goreng dan pizza daripada restoran FC.
ada juga mashed potato dan coleslaw.


nasib baik simpan lagi nombor handphone restoran FC.
kita order siap-siap untuk delivery, hantar ke rumah.
delivery charge hanya RM5.
so yang banyak-banyak ni termasuk delivery, dalam RM110 la macam tu.

sejak orang ramai boikot KFC (isu isnotreal),
ramai yang beralih kepada restoran-restoran fast food tempatan sebagai alternatif.
saya pun ada dengar, yang restoran FC ni salah satunya yang dah viral disebabkan tu.

ko bayangkan time tak viral pun dah penuh kedainya (tapi service laju!),
apatah lagi lepas dah viral ni kan.
dah la rasa ayam goreng, mashed potato dan coleslawnya setanding KFC (saya rasa coleslaw dia lagi sedap daripada KFC.. sebab ada bawang merah. bahahaa)
apapun kami warga shah alam berbesar hati bila orang luar pun enjoy rasa makanan di restoran FC yang sedap ni.
selain fast food tadi tu, ada juga makan lain macam kebab, mi, burger, lasagna.. semuanya sedaplah!


makanan overall. ada roti jala di tengah-tengah, sponsored by mama.
air oren durra yang buat.




maka menyanyilah kami happy birthday di situ. ahaks.




jom, tuah! ajak tuah sekali yang birthdaynya 31 mei haritu.
ariana 4 jun dan saya 21 jun.
next birthday? faliq 5 julai. lepas tu next birthdays, bulan oktober.








konon letak birthday deco purple kat belakang tu. hahaha




3 serangkai. bukan sakit 3 serangkai ye, yang tu tak nak! haha
3 serangkai, 3 generasi.




suasana di ruang tamu.




suasana di meja makan. lolx




perbincangan 2 beranak. harith dan naim.








kekenyangan dessert durian.




goody bag, buat 10 ketui je. haha

 

bukan tak nak buat besar-besaran,
tapi tau je la tak terkejar dan terlarat.
tu pun memang terkejar esoknya nak pergi holiday pulak.
so kita buat kecil-kecil, makan-makan je la gitu.
dah tua-tua ni idok le nak buat birthday bash tepi kolam renang ke apa. tidak ye hahaa.

life starts at 40; starts to become a good and better person, insyaAllah.

ciao!

No comments: