Sunday, July 15, 2012

pusing-pusing

oh hai! x)

hari ni hari ahad, terengganu kerja. husband tak de kat rumah sebab pergi kerja.
jadi, sy layan diri je lah hari ni. sy lah tourist guide, sy lah pelancongnya. haha. now let's go gogo!


gambar rumah tempat husband ai duduk. rumahnya memanjang ke belakang. kalau nak tangkap semua kena setting panorama. hahah



pagi tadi bungkus nasi kerabu daging bakar, bawak balik makan sambil tengok tv. share daging bakar dengan kucing liar kat luar yang mengiau-ngiau mintak makan. hah nasib kau ada daging bakar ni :P



lepas tu nap setengah jam *dasar, pagi-pagi dah nap. haha* dalam pukul 9.30 tu pergi ambik keropok lekor kat seberang takir. kepok lekor tok beng yang famous itu. hari jumaat tu dah tempah, jadi datang terus ambiklah.



sempat lagi beli keropok lekor fingers yang garing ni. tuang habis sos dalam plastik. makan panas-panas. marvelous.



lepas shopping kat sabasun, singgah gong kapas menapau nasi ayam rempah. ayam rempah sini memang famous, beratur orang nak makan. tapi sebab sy sampai awal, sy dapat cepat la ^^

lepas tu ada abang yang jual kat kedai ni.. tapi dia jual sesi pagi la. pagi kat sini jual mi hun soto, mee jawa semua tu. sesi petang baru jual ayam rempah dengan lauk-lauk. so abang tu tegur la tanya mana pergi, lama tak nampak. told him dah pindah putrajaya. pindah-pindah pun harus la datang sini makan kan. ayam rempah dia memang terbaik!! xD


tu.. ayam rempah tergolek-golek dalam dulang.. panas-panas baru lepas diangkat dari kuali. sedapp!!



ni lah nasi ayamnyaa.. ayam rempah ni boleh beli saja atau dibeli dengan nasi ayam. beli saja dia bagi quarter.. tak tahu sekarang harga berapa, dulu 7ringgit. nasi ayam ni pun dah naik harga. sekarang 5ringgit kau! dulu rm4.50 je.

siapa cakap makanan kat terengganu murah? tak, ok! sama je dengan KL :P tapi ai no hal, kalau makanan tu sedap and worth the spending, why not spend it kan. daripada ko pergi makan kat hotel tapi rasa macam hampagas. huahaha. but still, ko balik rumah masak sardin dengan telur goreng, ataupun megi panas-panas punnn sedap! hidop masakan rumah!! *tibe-tibe* haha. later!

2 comments:

Anonymous said...

ewah... bukan main kau ye. bawak balik sekali nasi kerabu tu.... hahahah

wani ezryl * said...

nasi tu dah selamat mendarat dalam perut ai dgn perut kucing bising yang mengiau kat luar rumah tn hj.. haha