Wednesday, July 04, 2012

travel 101 : flight

oh hai! :) bertemu kita dalam rancangan travel 101.. eceyy.

hari tu sy pergi china 5 hari je.. tapi banyak gila yang dapat. dapat duit tu tak de la, duit habis lagi ada.. *duit keluar kepak-kepak* :P sy dapat benda yang paling bernilai abad ini; experience. betul la orang cakap, jauh berjalan luas pandangan. jauh berjalan macam-macam benda pelik (dan tak pelik) yang ko jumpa.. lolx.

benda pelik tak pelik tu kita cerita kat entries seterusnya aight. sekarang mari kita ke perkara pertama sekali yang akan kita naiki sewaktu nak travel; FLIGHT.


penerbangan jarak jauh nak dekat lima jam macam ni biasanya akan dibekalkan dengan bantal dan selimut. tapi sila jangan mengada-ngada nak bawak balik, ye :P



jugak jangan terkejut bila ada skrin tv depan korang.. macam ni. dan jangan terkejut tengok remote dia melekat macam tu. korang boleh tarik dan gunakan. kadang-kadang remote terlekat di kerusi. oh. headphone akan diberikan oleh pramugari selepas beberapa minit penerbangan. headphone tu sila cucuk pada plug di hujung kerusi korang. ada jugak plug USB *di kanan remote* untuk korang charge handphones.. tabs.. etc.



pesawat jarak jauh memang super huge. ada bahagian-bahagian. ni bahagian yang sy duduk. ada three main rows kat situ.



korang jugak perlukan rakan di sebelah untuk berborak dan sebagainya. kalau tak de, sila tidur ataupun menggunakan skrin interaktif di depan muka itu :P *movies, tvs, audios, games, infos.. semua ada*



makanan dalam flight. time ni memang kuasa lapar sedang merajai perutku.. HAHA. biasanya akan bagi satu set macam ni. dan time biasa, korang boleh je panggil pramugari/gara untuk minuman etc. minuman macam-macam ada. mintak je. oren, guava, epal, coke, sprite, teh cina.. mintaklah. beer pun ada tapi toksah la mintak. haha



time yang ni dapat remote yang melekat kat kerusi. haa ada satu button gambar orang kat remote. jangan mengada-ngada nak tekan kalau tak nak panggil pramugari/gara for assistance. hihi. *kalau tekan, lampu atas kepala seats korang akan menyala dan pramugari/gara akan datang ke arah korang serta-merta. artis sangat :P*



troli makanan/minuman. pramugari tengah bongkok ambik makanan kat bawah tu kot. hilang pulak dia :D



time ni nak snap gambar skrin.. tengah tengok rancangan travel makan-makan masak-masak kat morocco. best sangat!! xD sepanjang flight tu daripada movie mat salleh, movie indon, dokumentari, movie tamil dushdush semua tengok :P



dan biasanya selepas tiba ke airport KLIA, akan ambik masa sejam sebelum korang dapat keluar. sebab nak check imigresen la, tunggu beg, naik train la, last-last tengok nak dekat sejam korang duduk dalam tu :P


sekian perihal flight.
nanti kita cerita hal-hal lain pulak sewaktu travelling ;) good night.

No comments: