Wednesday, July 25, 2012

empat hari sudahh

hai! :D
sebelum kita bermula, korang ada baca tak surat khabar the stars siang tadi?
muka depan.
baca? tak? ok tak pe.


pagi tadi odw nak pergi kerja. perkara macam ni selalu berlaku. kat simpang empat yang besar, ada traffic light. mesti ada kenderaan mana ntah kat belah depan yang block jalan ke kiri. jadinya kenderaan lain yang nak ke kiri akan stucked (terpaksa tunggu traffic light jugak). memang jual ikan *selfish* betul. dia nak go straight,tapi sebab nak potong barisan, dia blocked jalan ke kiri. jadilah jammm


ini lah salah satu yang jadi topik kat muka depan the stars tu.
malaysians' rudeness. semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan mangkuk hayunness ini. lolx.
amiin.
:P


now! bazar! xD hari ni pergi ke bazar seksyen 19 shah alam pulak.

turned out memang lagi banyak choice daripada bazar seksyen 20. tapi tak dapat nak snap gambar-gambar kat gerai.. sebab ai jalan sorang-sorang. kiri kanan tangan penuh beg plastik.. haha. nak menceduk ayam kicap masuk dalam plastik pun adik yang jual tu kesian sebab tangan penuh, kan.. laju-laju dia lari tolong. i was like.. "hah tengah berusaha mencedok dengan sedaya-upaya ni.." dengan muka penuh keazaman.. kehkeh


hasil buruan.


balik-balik rumah tu faliq, my bro greeted me tepi laman.
"bau tak?" suara bangga habis tu :DD rupanya diorang tengah bakar ayam percik kat belakang. pastu nak tangkap gambar, masing-masing lari :P

ayam percik in the making :) mama & faliq lari keluar frame. haha. pakai kipas letrik, kau.



ni ayam percik versi kuah kuning, ye. bukan kuah merah. rasa dia macam ayam percik jaring yang awesomeness tu. kalau nak meniaga dah boleh dah ni HAHA. pekerja je tak ada :P



si duta bateri ever ready ni selalu pun ada kat belakang.. mencilok makanan-makanan keju. ni kucing belakang dapur. rumah dia kat belakang dapur ni la. haha



sy beli ini; nasi beriyani dengan ayam goreng dan kuah madu. sekali dengan papadom (50sen extra). semua sekali RM5.50. rasanya tidak semenggah, sebab nasinya lembik dan sebagainya.. lolx. tapi ku makan jua :P



tadahh!! ni lah ayam percik jaring. harith beli.

mesti korang tertanya-tanya.. kejadah si harith ni pergi beli ayam percik jaring pulak, kat rumah dah ada ayam percik buatan rumah (home made) kan.
jawapannya.. dia mengidam ayam percik jaring. sesiapa yang tak tahu, restoran jaring ada jual ayam percik ni kat bazar seksyen 13, shah alam last year. memang beratur ok. hari-hari beli ni. sedap bangatt. dia jual sekali dengan ikan percik. TAPI TAHUN NI TAK ADA. tak tau la masalah tak dapat tapak ke, tak de pekerja ke apa. so harith pun gigih pergi dengan girlfriend dia ke sunway, pergi kat restoran jaring sebab nak beli ayam percik. haha.
dan ye, memang betul lah ayam percik jaring tak dijual di bazar stadium seksyen 13, shah alam pada tahun ni sebab budak-budak tu siap tanya lagi kat orang kedai :P

jadi kepada peminat-peminat ayam percik jaring, jangan kecewa.
sila google dan pergilah ke restoran mereka di sunway.. hehe.


abah macam biasa.. beli cendol. dan kuih-muih manis yang lain. sy malas nak snap banyak-banyak gambar kuih. ni kira ketua kumpulan makanan manis la ni. haha



cucur udang untuk adik-adikku.



tadahh! ayam percik home made. mom's recipe.



beli popia sira jugak. haiseh kecik macam ni pun 40sen harganya. apa boleh buat, bola bulat-bulat.. eh.

bukak facebook, whatsapp, hatta di ofis pun kawan-kawan dah start tanya pasal plan majlis iftar.
PPTD pun ada buat majlis berbuka 27 julai ni (eh, jumaat ni lah!). semuanya dalam mood nak berbuka sambil gathering la ni.. haha. i follow je.. tapi tak semua boleh join. macam yang PPTD ni, sy tak de kat KL time tu. so i'll pass.

kalau kat KTcity dulu, tahun lepas, ada la sekali kitorang (housemates and i) mengorbankan duit sebab nak makan buffet buka puasa kat hotel.. haha. bajet around RM50 pun dah ok. yang majlis lain-lain tu ada orang belanja, so pergi je lah :D

tahun ni, tak salah sekali dua kali pergi buffet buka puasa sambil jumpa kawan-kawan kan. asal jangan sampai RM100 sudah la. kao ingat aku chop duit?? lolx. tengok la kalau ada tempat yang best dan murah. kalau ada suggestions tempat yang best, bolehlah sharing caring dengan sy.. hihi.

k k. panjang pulak buat esei kan :DD dah tidolah kamu. esok nak sahur.
till then.
:)

4 comments:

syira said...

marilah kita buka puasa kat hotel lagi

Unknown said...

wei lapaq aku tgk

wani ezryl * said...

haha hotel mana idaman hati? ;) nampaknya tahun ni ko kena ajak kak ida dengan fifa gi makan buffet kat hotel. makankan bagi pihak ai ye :')

wani ezryl * said...

kami tidak bertanggungjawab! haha :P