Thursday, July 12, 2012

travel 101 : day one china

tingting ting ting tinggg *bunyi opera cina* :P


hah! baru sempat nak menyentuh keyboard ni!! *seka peluh, seperti baru habis larian ganti-ganti lompat pagar bergalah HAHA* so i will continue my story of the china journey. i will divide it into days. so this is day one :)

caution : photos super banyak. sila ambik own sweet time untuk baca. hee. start!


kami sampai di pudong airport around 7++ pagi macam tu. sampai-sampai terus jumpa imigresen china :P (sebenarnya tak boleh tangkap gambar. tapi tau je la sy ni degil. haha)



masing-masing tarik beg, jalan agak jauh jugak la untuk keluar dari airport ke tempat bas.



sebelum ke tempat bas, kami bertemu dengan tourist guide kami; shawn gu. ntah macam mana la eja nama beliau ni. HAHA


shawn gu kepanasan dalam bas.. berpeluh-peluh dia :P cuaca pagi dalam 28 darjah celcius katanya. oh. ni bas 2 tingkat, tapi boleh duduk kat tingkat atas je. bawah tak de apa-apa kot.



guess everyone was tired. ye lah, diorang lagi la.. naik bas dari  terengganu, then duduk lama kat airport. tunggu lagi berjam-jam. lepas tu baru naik flight ke china. bayangkan kepenatannya.



bas berhenti kejap kat R&R.. haha tapi sini diorang tak panggil R&R. nama tempat ni is Jiaxing Service Area. ahli rombongan lapar. ye lah, it's breakfast time. sy bawak biskut. tapi pakcik makcik tu makanan semua dalam beg besar bawah bas. maka diorang pun beli buah :)


lepas kelaparan tak makan sarapan pagi, kami pun sampai kat restoran selepas duduk dalam bas merentas 200km+. 'chin chern' dalam bahasa mandarin maknanya halal. maka kita di restoran halal ni ye :)



inilah bas yang kami naik! xD driver ialah mr. chen. jangan tanya apa dia tulis kat tepi bas tu. ai tak pandai nak baca :P



sengih, padahal dalam hati lapar. wuah haha :DD



pertama kali makan hidangan dari negara china. macam ni lah rupanya. kentang goreng tu tiap kali makan wajib ada :D



cangg! hotel pertama kami. hotel nan yan. duduk sini untuk satu malam saja.



muka penat jugak nii. huahua. sebab sy datang sorang diri kan, selalu la mintak tolong makcik pakcik untuk tangkapkan gambar :P



nah! bilik hotel sy. duduk sekali dengan kak sima *orang pejabat tanah setiu*



pemandangan bilik dari pintu masuk. ye. memang super terang. sebab negara china ni waktu siang dia lebih panjang daripada waktu malam. (bersyukurnyaa tinggal kat malaysia!) ^^



tak sampai sejam berehat, keluar berjalan balik :P erk. maafkan gambar yang gelap gulita ini. lolx. ni kat tasik hangzhou. kalau tak silap, west lake.



haa kalau kat tepi tasik mestilah ada taman tasik kan. inilah tamannya :P


bot kayuh-kayuh. ahax. sepuluh ringgit kalau nak kayuh.



pakcik-pakcik ni suka hati je kan naik basikal orang. hihi



lepas tu kami terserempak dengan sorang mamat ni.. dia bawak ubi. yang peliknya, ubi ni berbentuk manusia!! hm *thinking mode* mamat ni bawak ke tasik untuk dijual dengan harga beberapa ribu 元 (yuan). woah kaya kau.



ubi-berbentuk-manusia close up. ngeri jugak kan tengok. macam jenglot pun ada.. siap ada penis lagi. haha



the beautiful park!! hijau je. barulah ezrylpark macam ni!! xD



kat china memang banyak basikal :)



haha ni cerita kelakar. time nak gerak ke bas, ada la kedai-kedai kecik ni. jual air, ais krim, cenderahati. pastu ada sorang pakcik ni menyakat makcik ni. terkejut la orang tua tu. sambil jerit. "oh b*bi!!" lepas tu pakcik tu pun sengih sambil tunjuk kat bendalah ni.. "haa.. tu baru b*bi." (kebetulan ada permainan b*bi kat situ) lolx. sabar je la ye, makcik.. :P



penat tak habis lagi, kami pergi pulak ke jalan budaya nang soon. sini banyak barang-barang seni. ala-ala pasar seni la ni. china version. hihi. buildings banyak style lama, sebab dipengaruhi oleh penjajah dulu. ni la salah satu contohnya :)



si wani yang asyik menangkap gambar.



mc d dalam bentuk bangunan lama :) nice, kan.



masih lagi di jalan budaya nang soon. ini salah satu daripada kedai cenderahati.



suka yang ni.. fotograf di ampaian! ^^



gerai/booth buat hiasan kaca.



gerai/booth yang jual topeng-topeng tradisional.



ada jugak pelukis potret & karikatur.



cheese!! *grin*



haa ini kat bahagian luar restoran halal kat area jalan budaya nang soon. tempat sy beli kepak ayam bakar (rujuk entry terdahulu). mamat-mamat chinese muslim ni kagum-kagum tengok matawang ringgit malaysia. pakcik-pakcik ni semua memang murah hati bagi duit, di samping mempromosikan negara kita. awesome kan :)



yay, kelaparanku berbalas dengan makan malam pulak!! haha



beli ini.. beli dengan yakin sebab botol air ni ada jugak jual kat malaysia (minute maid). ni produk coca-cola. jadi insyaAllah halal :)



ok.. sek fan!! eh. ni bahasa kantonis kan. hahaha

ok bersambung!! :)

No comments: