almond dan walnut.
agen untuk anak jadi pandai.
yoshh itulah perkara menarik yang sy dengar kat meeting semalam. seronok tengok orang present paper ni, sebab dapat tahu macam-macam benda baru xD
semalam ada agensi present paper tentang program p*ermata p*intar, program untuk anak-anak pandai, yang gift&talent dia dah dapat dikenalpasti sejak dari kecil lagi. mesti korang pernah dengar nama-nama macam a*di putr*a, s*ufiah.. pendek kata anak-anak yang genius ni la.
prof yang present tu cakap, seseorang tu genius sebab persekitaran dia. so we have to create the environment if we want our child to be genius (itu kot yang sheikh muszaphar and wife ajar anak diorang berenang masa baby lagi tu). dia cerita yang cucu dia, kecik lagi.. nampak dia bawak balik paper thesis kat rumah, and cucu dia pun sibuk tarik beg jugak nak ikut nenek dia. HAHA. persekitaran tu yang menimbulkan minat. and dia cakap kalau korang nak anak yang pandai, time pregnant nanti sila makan kacang ye (almond&walnut).. nanti bagi sekali budak tu makan almond dengan walnut. tapi untuk kita yang dah terlajak umur ni, tak berkesan dah pun kalau nak makan sekarang ekeke (mungkin sikit la.. tapi tak de dah nak jadi genius. yang ai tahu, kacang tu menggemukkan. tu yang best tu makan kacang HAHA)
yang bestnya adalah cerita tentang how they found out about this genius kid since she was 1 years old. malaysia mari ok ;) yang ni kira kategori 1 dalam sejuta.. ni termasuk dalam kumpulan 'protégé'. means potensi dikenalpasti dari usia yang sangat muda! :) budak ni umur 1 tahun dah baca novel sidney sheldon *terpana -- aku pun tak baca novel tu weh!!* pastu tujuh sekolah tadika tolak budak ni sebab last last dia pulak yang ajar cikgu dia macam mana nak mengajar! hahaha. sekarang dia masuk sekolah swasta dengan budak-budak darjah 1.. tapi yurannya mahal.. 7ribu sebulan. gila tak gila.
kes a*di putr*a lagi best.. dia kan memang genius, tapi bapak dia tolak untuk anak dia masuk program ni (program ni akan groom budak genius untuk jadi lebih genius).. sebab dia tolak adalah kalau anak dia ikut program ni, tak ada dah orang nak jadi spokesperson untuk business dia yang jual ubat untuk jadi pandai tu. kira businessminded jugaklah pakcik ni. haha
so and so. kesimpulannya harus la best ada anak pandai kan. tapi kalau terlalu genius, macam takut la pulak. ko bayangkan anak lagi pandai daripada parents dia. ni yang sedia ada tak berapa pandai pun kuat melawan, yang pandai pandai ni nanti siap keluarkan fakta semua.. macam mana? HAHA. (tapi harapnya yang pandai ni mempunyai nilai moral yang tinggi la. kata minda kelas pertama, kan ;) ) but if i am the parents, baiklah bagi anak tu persekitaran membesar yang normal. pandai, and normal. kalau tak nanti dia terlepas banyak benda menarik. growing up process dengan experience tu la yang sangat sangat mahal. (yuran 7ribu sebulan tu pun mahal jugak.. haha)
jadi. selamat memandaikan anak. selamat makan almond&walnut ;)
No comments:
Post a Comment