Monday, July 23, 2012

kira zakat


assalamualaikum dan selamat tengah hari, semua! :)

since bulan ramadhan kunjung tiba, ni lah waktunya untuk kita menunaikan kewajiban kita membayar zakat. sy kalau tiap-tiap tahun nak bayar zakat pendapatan, tiap-tiap tahun tu jugaklah sibuk nak google cara-cara kira.. mana nak ingat yang tahun lepas tu kan. haha

bagi yang zakat fitrah pulak, last year abah bayar. this year husband ai bayarkan pulak lolx *thanks, hun!*

and just for knowledge sharing.. ni lah cara-cara untuk kira zakat pendapatan (bagi yang mampu) secara simple.

A - B = C x 2.5%

apakah itu??
A = pendapatan kasar setahun
say gaji RM2,000 sebulan (termasuk elaun. kalau dalam slip gaji tu korang totalkan yang belah kiri). bukan gaji bersih tau. gaji kasar. RM2,000 x 12 = RM24,000

B = tanggungan / perbelanjaan / caruman lain
1. belanja diri, tolak RM9000
2. if ada wife, tolak RM3,000
3. if ada anak, seorang anak, tolak RM1,000
4. if bagi wang kepada ibu bapa, tolak setahun korang bagi berapa
5. caruman. if ada caruman tabung haji, KWSP, zakat lain ke apa, tolak jugak

lepas dah A - B tu, tengok nilai dia kalau melebihi nisab, iaitu RM13,113 (wilayah).. maka layaklah korang membayar zakat. maka darablah C  itu dengan 2.5%  :)

tapi kalau nak senang kira, nah sy bagi LINK. dia calculate automatik je untuk kita :)

https://www.zakat2u.com.my/kira_pdptn.cfm


time kita bergembira ria menyambut ramadhan dengan bisnes untung, juadah lazat ayam percik kebab kambing ala arab semua tu, jangan lupa kepada mereka yang memerlukan :) selamat menunaikan zakat, semua!

No comments: