now! xD entry ini adalah penting untuk sesiapa yang berhajat nak melancong ke china. seorang malaysian malay macam sy. hah ha. ni adalah antara perkara yang korang perlu ambil kira :
1. kad ketibaan/kad pulang.
ini untuk imigresen. pegang kad ni baik-baik. kalau hilang, tak balik malaysialah kita. lolx |
2. TANDAS
kenapa sy buat CAPS LOCK semua tuuuu. haha sebab sangat penting! crucial!! tandas kat china tak ada paip air!
the first toilet that i walked into. tandas awam. memang macam ni gayanya. tak ada paip, dan tempat flush macam pedal basikal. makanya flush pakai kaki, jangan letakkan tangan anda di situ ok. hihi |
cara penyelesaian : bawak botol kosong dalam beg. atau kalau macam sy, sy bawak wet tissue je senang. sebab dalam tandas memang akan ada tisu kering. so kita pakai yang basah, then kering. sy jugak membawak ini :
3. makanan halal
cangg! haa yang ni sedap. kepak ayam bakar. sedapppp beli kat bahagian luar restoran halal. gerai halal la kiranya. harga 5 元 (yuan), bersamaan RM2.50 duit kita. |
ni salah satu contoh hidangan yang menarik dan sedap : jagung yang digoreng dengan tepung beras rasanya. superbest! |
4. channel tv
hotel pertama yang kitorang duduk tu ada macam.. 50 channels tapi semua bahasa mandarin! lolx. hotel kedua tu ada laa sebijik channel bahasa inggeris. pengsan macam ni. nasib baik sy jenis yang tak kisah ada ke tak tv channel. haha
kat hotel pertama tu tengok match itali lawan jerman je la nampaknya.. walaupun pengulas orang chinese :P ni je la channel yang ai boleh faham. haha |
5. menshoppingkan diri dan mengelakkan ditipu
dann.. kalau ke imitate shopping mall (mall yang jual barang-barang tiruan) atau tempat shopping yang jual souvenirs.. sila pandai tawar-menawar.
tips : biasanya mereka akan tawar satu harga yang sangat tinggi, dan korang sila mintak harga separuh daripada yang ditawarkan, atau kurang. sy belajar bargain kat sana, and i had good ones. lolx. jangan risau bahasa ayam-itik itu, kerana mereka akan menggunakan kalkulator. wihihi. but it's good if you can converse in english walaupun bahasa pasar nak mamP :DD
ada satu lagi TIPS SANGAT BERGUNA. sila baca baik-baik.
JANGAN BELI BARANG OLEH PENJAJA YANG BERJALAN KAKI MEMBAWA BEG DI TEPI JALAN kalau korang jenis yang mudah ditipu. lagi-lagi JANGAN BAGI DUIT NOT BESAR (contohnya 100 元) dan mintak duit baki. sebab ada kes penjaja yang bagi duit baki palsu. lupa pulak nak tangkap gambar tunjukkan contoh. duit palsu diorang tak ada gambar presiden. atau presiden kurus. haha. boleh nak beli, tepi sediakan duit kecik/cukup-cukup. be very careful with your spending, ya :)
china adalah tempat yang heaven untuk shopping, dan juga melawat tempat-tempat menarik. jadi if korang nak ke sana, silalah guna survival tips ini! hihi. sekian.
p/s : korang akan dihiburkan *'dihiburkan'?!! what the fish* dengan video sy sedang berjalan-jalan ini. hihi.
(memandangkan dynamic version ni macam tak support video *grr*.. try bukak kat youtube)
http://youtu.be/OojFUsIgMmc
cya around!! xD
2 comments:
gagah gitu ko hiburkan kami!!! hahaha
ada lagi video.. tp nanti2 bila free baru upload! hihi
Post a Comment