asal nampak orang datang je, dok panggil-panggil. nak makan le tu. tak de lain :P jebat, yuki and memok. |
yang paling agresif makan; memok. jebat, memok, yuki and nunu. |
memok ni agak kesayangan la.
menipu kalau kata kasih sayang sama rata.. HAHAA
memang semua sayang, tapi sayang lebih kat nunu dengan memok ni.
yang lain tu.. macam dang anum kekwat teruk.. ke dia pemalu?? :P
(tengok ni, dalam gambar pun dang anum tak de. dia suka dok jauh2 daripada kucing lain).
yuki pulak manja suka gesel2 tapi tak boleh diangkat, asal kita angkat je mesti nak turun. nyampah! hahahaa
jebat ok la. dia pun manja. tapi sebab dia ni newbie gile kuasa, jadi ai biasa2 je dengan dia :DD
nampak tu si memok gendut. hahaa |
memok on the other hand, dia punya manja tu melampau.
bila nampak ko, dia akan siap jatuhkan badan ke tepi lagi. comelness overloaddd.
lepas tu bila panggil, dia dengan nunu faham bahasa sikit nak datang.
yang lain-lain tu nan hado :'DD
kucing BSH memang kekwat kebanyakannya kot. hahaa
nunu pulak, ko angkat la dia camne pun, dia akan diamm je tak de meronta tak de apa.
dia akan enjoy himself.
kalau letak kat sofa, dia dok relax je.
tak de nak resah gelisah mundar mandir sana sini macam kucing lain.
ai rasa nunu ni seekor kucing yang tenang.
lepas tu dia la yang paling responsive. dengar la jugak suara dia mengiau.
dia kenal nama dia nunu.
kucing2 lain tu macam suara emas.
paling tak de suara; dang anum si anti-sosial hahahaa
eh, baru sebut dah muncul! :P lone ranger macam biasa. sekarang tengah try tackle budak ni. usap2 dia and whatsnot. |
dang anum ni ok je kalau ko angkat dia.
dia tak cakar ke apa.
cuma dia tak suka orang angkat lama-lama.
bila orang datang, dia akan lari jauh2.
memang anti-sosial melampau. haha
(tapi dia kuat makan kibbles)
memok menjatuhkan badan. disebabkan badan yang gendut, dia selalu 'duduk' di atas perutnya. kucing lain kan makan berdiri. tapi tidak memok yee. memok makan sambil duduk atas perut. wawawaa ;D |
ni yuki topokki. dia terlebih aktif. sebab tu nampak kurus daripada yang lain. tapi badan dia besar sebenarnya dan padat. |
yuki suka lari and lepak atas bumbung kotak pasir.
kalau dulu, ada penyodok sangkut kat dinding, dia akan lepak atas penyodok tu.
dia suka tempat tinggi.
dia suka kneading (massage2) kusyen.
tapi sebab skang banyak kusyen dah buang sebab budak-budak ni kotorkan,
so tak nampak dah yuki buat kneading tu.
kuku yuki tajam. dia tak pandai sorok kuku macam kucing lain.
kalau ko angkat dia, bersedialah untuk tercakar dan dicakar. hahaa
memok badan kecik, tapi gendut. ada one time tu dia kurus lepas makan ubat cacing and sebab selsema. ni baru nak membesar balik. |
yuki yang kurus tapi cantik. |
jebat yang tergaru-garu. haha (not in this photo) dia dok garu telinga dia. sampai luka ye. ada ear mites kot. nanti minta husb tolong tengokkan. |
nunu yang forever relax. behave gile dia ni. ai bangga la sebab nunu ni lahir and membesar kat rumah ni. makanya boleh claim, didikan kitorang yang jadikan dia sebehave ni. wah hahaa done claim :P |
tapi betul la,
kalau korang kurung anak-anak kucing korang dari kecik,
dok dalam sangkar, tak biasa dimanjakan,
nanti diorang akan membesar macam kekwat2 sikit.
kalau anak2 kucing biasa dengan manusia,
biasanya diorang akan lebih relax dan manja.
wallahu a'lam. atas personaliti masing2.
macam breeders kan selalu letak anak2 kucing dalam sangkar.
dek kerana bela ramai sangat.
tak termampu nak belai semua.
and breeders yang semata-breeder akan layan kucing macam 'produk', bukan pet.
so biar je la kucing2 tu dalam sangkar masing2.
ada juga breeders yang layan kucing baik2. ada je.
still tak nampak dang anum dalam frame ni. nanti la kalau rajin ai snap gambar dang anum banyak2 sikit. |
oklah nanti kita sambung lagi cerita kucing.
toodle-loo!!
No comments:
Post a Comment