for the first time, ariana kena pi buat swab test sebab kontak rapat kepada kawannya di kelas.
semoga kawan ariana cepat sembuh.
swab test PCR secara drive through sahaja. ada 2 line, 2 khemah. tu pun sampai-sampai kena queue. |
sampai sana pun agak lambat.
sebabnya tersesat ke stadium mini.
cikgu kelas dia pass info (tak tau dari mana info tu asal2nya)..
kata swab test kat stadium mini bandar baru salak tinggi.
so ada jugak yang salah lajak ke situ sama2 dengan kitorang.
tapi alhamdulillah, last2 jumpa jugak lokasi sebenar.
kepada yang setkan tempat,
tolong bagi info tepat lepas ni.
husb kata sebelum ni pun pernah dimaklumkan untuk pergi ke stadium mini.
padahal lokasi swab kat stadium besar tu, bukan stadium mini.
tepek la gambar kat sini satu, buat kenangan :P |
sebagai mak2 asian,
kita ni tak berapa pandai la nak comfortkan anak dengan lemah gemalai.
ai ni ala2 mak2 zaman 90s.
"alaa tak sakit pun. sikit je. macam pengorek telinga tu, tapi ni dia korek hidung dengan mulut, cumanya panjang dan dalam sikit je." HAH HAHAHHA tak membantu langsung.
but since nurtizens selalu kecam budak zaman skang lembik la, lemah la,
maka kena la parents ni ajar budak2 millenia untuk jadi kental sikit.
kalau swab test pun tak boleh hadap, camne dengan cabaran2 lain kelak? aicewah. lolx
alhamdulillah si banano settle swab.
dia kata sakit & dia menangis. tapi tak nampak pun air matanya.
mungkin menangis dalam hati sebab dapat pun mak asian.. yang tak berapa nak membantu :P
tapi lepas sesaat dua dia ok balik hu-ha la gitu.
tak de nampak penyesalan mahupun kesedihan. drama je tu kan. haha
bukti dapat gelang putih. yang putih ni untuk kontak rapat. yang pink untuk kes2 positif. |
kita pun tak de la risau2 melampau..
sebab budak ni tak de gejala demam, selsema.
lagipun ai yakin dengan SOP kat sekolah.
sebelum ni zaman COVID-19 mengganas & vaksin belum muncul,
kita hantar je budak2 pergi sekolah. time tu ada jugak parents yang cutikan anak2. risau kan.
tapi kita yakin dengan SOP sekolah.
yakin dengan doa and tawakal.
alhamdulillah Allah jaga diorang.
kita parents nak jaga 24 hours memang takkan termampu.
lepas2 tu,
dapat la result PCR kat mySejahtera sy.
sebabnya ariana as anak, adalah dependant dalam mySejahtera.
so info2 semua senang tengok kat situ.
alhamdulillah negatif.
rasanya kawan2 sekelas dia pun negatif.
jadi kena la ke proses berikutnya; iaitu proses memotong gelang.
kali ni kena terjah dewan serbaguna kampung baru salak.
area2 salak jugaklah and jauh jugak, siap balik tu isi minyak kereta lagi sebab dah tinggal sikit. haha
punyalah queue panjang, rupanya diorang ikut appointment. sekolah dengkil jam sekian2, so boleh ke depan queue kat sini ikut waktu appointment. |
yang kiri tu laluan untuk sekolah/tempat kerja.
kanan tu untuk kontak rapat lain macam family, friends, acquaintance bagai tu semua.
ariana sementara nak tunggu potong gelang. walhal gelang dia dah tercabut. MA tu cakap, tak pe kita potong jugak.. sambil buat2 macam majlis potong gelang. tergelak acik. hahaa |
itulah saja kisah pengalaman ariana swab test dan potong gelang.
semoga tidak berulang lagi di lain kala. haha
(jauh woh nak memandu ke salak) :P
tata!
No comments:
Post a Comment