Tuesday, December 14, 2021

bermain di molly fantasy dan wai wai park, mytown

assalamualaikum and hi! :)

kisah minggu lepas. 6 disember 2021.
while their babah went working, me and the kids (AAs) pergi ke mytown.
memang saja bawak budak-budak tu untuk pergi main kat playground molly fantasy ni.
nama playground dia ni.. wai wai park.
bukak pukul 10 pagi-10 malam, mengikut pekerja kat situ.

kitorang datang hari isnin, jadi cuma perlu bayar RM10 saja seorang untuk masuk.
adult tak perlu bayar, adult hanya teman anak-anak di dalam saja.


pastikan bawak stoking.
kalau tak bawak, boleh beli kat kaunter.
tapi time kitorang datang tu, stoking kanak-kanak habis.
anaqi lupa bawak socks and kesudahannya, dia beli and pakai socks orang dewasa yang panjang daripada kaki dia.. but still managable.. ahahhaa.

mula-mula ambik borang macam dalam gambar kat atas ni.
isi la info anak korang kat situ.. isi 1 side je. sebab ada side utk BM and BI. mana-mana pun boleh.


lepas dah isi borang, boleh bawak ke kaunter dan bayar fee untuk masuk ke wai wai park.



macam ni la keadaan di dalam playground ni.


playground dia nice la.
tak terlalu besar, tak jugak terlalu kecil.
sesuai la untuk budak-budak main.

since kitorang datang hari isnin, pagi-pagi tu tak de orang pun. kitorang je. haha
masuk nak tengah hari baru ada seorang dua budak lain masuk.
memang selesa la main.
kalau datang weekend atau time cuti, mungkin lagi ramai.






rasanya tempat ni ada giant ball untuk golek-golek tu.
tapi time kitorang datang ni tak de pulak. diorang simpan kot.



tempatnya kemas, bersih dan selesa.
tak ragu-ragu nak bawak budak-budak main kat sini.



ada juga tempat main tekap-tekap tangan ni.. haha.



tambourines.



wardrobe area. nak main pretend play bolehlah kat sini.
ada kostum untuk anak-anak.









ruang kecil ni sesuai kalau ada bawak baby..
boleh duduk kat dalam ni dengan baby.
tapi tak boleh ramai-ramai la.



one child and one adult je.. tempat yang sy cakap kat atas tadi.



anaqi tengah tunjuk skill meniti hari-hari muka. bahaha



yakult pun ada jual kat sini.
ye jangan lupa bawak water bottle sendiri ok.
nanti dah lari-lari sana sini, dahaga pulak.





seronok diorang menyelam dalam bola-bola ni. haha





kitorang diberi 'pass' untuk digantung di leher.
mungkin untuk limitkan pengunjung yang masuk.
sekarang kan kena follow SOP.





dah tukar profesion. haha



heyloo deylo!



ada pirate di sebalik tingkap! wahaha



main di soft playground.
kalau jatuh sini pun, selamba je boleh berlagak. haha



yayy kawan-kawan dah mariiii.


haha tak kenal pun.
tapi biasalah, budak-budak kan cepat je berkawan.


lumba kereta kaki, ongoing :P



ada free wifi ye. nak balik baru perasan! *tepek dahi*


dah keluar dari wai wai park,
main kejap kat arcade luar tu.
kebetulan ada kad molly fantasy berbaki kredit lagi.
so kita pulun mainnnn.





 

lepas tu budak-budak lapar and kitorang pun dok cari makan selepas solat zuhur.

haha. tata tutu!

No comments: