cuti sekolah dah start,
tentunya ramai dah plan nak jalan-jalan dan holiday sana sini.
sampai dah! dalam lif hotel. |
anaqi bawak sekarung toys! hahahaa. |
so bila babahnya pergi kerja; meeting kat area hotel tu,
kitorang pun berjimba-jimba kat swimming pool :D
pool dia ada 2 sides; untuk kids and adult. |
yang bestnya tak de orang pun hari tu.
may be sebab kitorang datang hari ahad-selasa.
ni hari isnin, hari bekerja. so memang kosong la pool.
pelampung tu beli kat myoneshop dekat dengan rumah.. kihkih. |
budak-budak ni kalau dapat main air, happy forever lah. |
tu pun tak naik naik.
anaqi je nak naik sebab kesejukan.
ai pun pancing, kata nak gi jalan-jalan lepas tu.
so dalam pukul 10 pagi, AAs naik from pool, siap-siap..
then kitorang ambik grab car ke mytown.
memang bahagia la pergi mytown hari isnin. hahaha
orang tak ramai.
pergi main kat molly fantasy (wai wai park) ni pun tak de orang.
nanti sy buat entry lain untuk ni.
amboiii. "tempat ini, ana yang punya!" :'DDD |
skang kan zuhur kan cepat.
so pi carik surau kat mytown (ni pun nanti insyaAllah sy buat entry lain).
walhal masing-masing dah kebuluran tu. haha
RM10 untuk 12 minit. ni sebab weekdays. weekend, RM10 dapat 10 minit je. |
so tak yah nak rebut-rebut kereta.
diorang dok pusing-pusing tiang tu je. tapi tetap suka. haha |
anaqi menunjukkan skill pemanduan beliau. ohok. |
berbackgroundkan pokok kismis. |
acik pun menyibuk jugak :DD |
snow ball pelesu pun ada. haha |
dah lepas tu, kitorang g makan kat food court mytown.
suka makan kat food court ni.. sebab banyak choice and tempat dia cantik.
warna dark gitu. rasa cozy je.
AAs makan mi sizzling. sizzling kat food court mytown sedap.
sy pulak makan nasi putih dengan padprik ayam.
lepas tu, pergi jalan-jalan lagi kat level LG.. tapau squid boy dengan churros.
ariana suka betul dengan churros fries perisa sour cream tu. harga boleh tahannn.
nak makan hari-hari memang idok le.
sekali-sekala tak pe. haha
lepas tu ambik grab, balik hotel. resting.
malam tu husb ada dinner. theme retro katanya. yang tu hadiah dia bawak untuk tukar-tukar hadiah dengan orang ofis. |
kitorang biasa makan tapau je kat hotel.
so malam tu order food panda. makan sambil nonton movie.
husb balik dah larut malam kot. kitorang pun dah ZZZ.
dia menang singing contest. haha.
suara macam dalam kaset katanya :P
the next day,
beli lagi food panda. memang sedap kedai ni untuk breakfast.
nama kedai dia nasa food corner.
korang kalau dok area cheras, KL boleh la try.
tengok ni, mi goreng dia nampak sedap kan. memang sedap pun. haha |
ariana makan roti canai dengan ayam goreng. |
tengok ni, ayam goreng dia terpaling sedap ok. |
dah macam ayam goreng kat restoran insaf je..
sebab dia bagi kerak-kerak halus yang sedap tu.
serius memang sedap sagat wehhh.
nasa food corner. sila order :P |
sejuk kot pagi-pagi tu.
dok tepi pool je sambil pakai sweater. haha |
sebab area pool ni cantik, kita snap gambar sikiiit. |
tengok ni, memang tak de orang. seronok mandi manda sini. |
AAs kat kerusi dekat pool. |
aroung 1pm kitorang check out and gerak balik rumah.
No comments:
Post a Comment