Monday, December 27, 2021

banjir dengkil 2021

assalamualaikum and hi!

first and foremost,
salam takziah kepada semua yang terjejas dengan musibah banjir di sebahagian kawasan di malaysia.
you guys are strong, physically and emotionally.
nak habaq mai, kami pun tak terkecuali daripada banjir kali ni.
tak pernah-pernah air bah masuk dalam rumah,
kali ini masuk dan agak tinggi jugak.
jadi kita tulis di sini sebagai peringatan akan datang (nak kata kenangan, benda-benda gini tak nak la dikenang sangat. lolx)
alhamdulillah yang penting semua selamat.

rumah di dengkil, selangor.
tarikh, 18 disember 2021 (sabtu) dan seterusnya.
time tu, kitorang baru balik daripada bercuti di cameron highlands.
(entry percutian nanti back dated la bila-bila dah settle urusan banjir ni, insyaAllah).
memang hujan lebat menggila masa tu, sampaikan KL, selangor yang selama ni tenang, dinaiki air. sampai ke jalan-jalan dan lebuhraya.
yang rumah tak masuk air banjir pun, terkesan sama sebab:
1. stranded dalam kereta berjam-jam di atas jalan raya (ada yang stranded hampir 1 hari)
2. laluan jalan masuk ke rumah dinaiki air

disebabkan hujan dan air naik,
highway pun jadi sesak dan perjalanan balik mengambil masa yang agak lama.
jiran-jiran di dengkil dah mula update tentang banjir.
masa tu risaunya hanya Allah yang tau.
bukan risau apa, risaukan kucing2 kat rumah.


ini gambar yang diambil oleh guard rumah, robiul.
on the way atas jalan tu, dok call robiul minta tolong tengokkan kucing2 dari tingkap luar.
masa ni, bahagian bawah dah dinaiki air.
kucing2 dok pakat panjat cat tree semuanya. kesiannya diorang.



banjir tahun ni memang tak terjangka.
sebelum2 ni, kalau keluar rumah 3 hari, ok je kami tinggalkan kucing2 dalam bilik.
sediakan cukup makanan, air minum dan pasir.
but this time memang di luar kawalan kita.
alhamdulillah Allah lindungi.


ini gambar kami masa sampai di rumah lepas balik bercuti.
air dah naik menenggelamkan sebahagian tayar kereta.


rumah kami sebenarnya agak tinggi.
kalau berlaku banjir kat dengkil sebelum ni,
memang tak pernah masuk rumah.
sampai takat pintu pagar je diamnya.
jadi bayangkan kat jalan2 di luar.. memang lebih tinggi parasnya daripada rumah kitorang.
kitorang redah air banjir, berjalan kaki dari kedai depan,
semata2 untuk selamatkan kucing2.
masa tu, paras air kat jalan luar dah paras leher saya. siap jengket lagi.

trak bomba pun tak dapat masuk.
masa tu sy tahan ye trak bomba dan minta tolong nak masuk dalam,
sebab nak save kucing.
adik bomba cakap tak dapat masuk.
tu yang kitorang gamble je redah air banjir masuk ke dalam kawasan perumahan.
kereta husband dah siap park kat area kedai luar.
masa tu bateri telefon sy pun tinggal nyawa2 ikan.


keadaan di dalam rumah masa kami mula2 sampai.
tak pernah2 air masuk dalam rumah. jadi paras air ni agak tinggi daripada kebiasaan.
(oh, sofaku! hihi. tinggal kenangan.)



memang time tu fikir kucing je.
angkut ramai2 masuk dalam sangkar dulu, sebelum dipindahkan naik ke tingkat atas.


masa ni, litter box kucing2 dah terapung2 bagai. haha
so bawak naik je la masuk dalam toilet di bilik kedua.
mujur di tingkat bawah tiada bilik tidur.. kami dah reno jadikan bilik kucing dan besarkan dapur.
jadi tiada katil, tilam ataupun baju2 di tingkat bawah.
memang fikir kucing je, sampaikan sofa tu atau barang2 lain terbiar je tak diselamatkan.
lagi satu, ingatkan sampai situ je la paras banjirnya sebab tak pernah naik tinggi gini.
jangkaan silap.
esoknya, menderu air masuk.


masa ni paras air masih begini. ingatkan statik la.
rupanya, esok lebih dalam. nak cecah tv belakang tu ha.



time ni pasrah redo je haha. penat meredah banjir kat luar lagi.
kita layankan je. time ni jugak bersyukur sangat2 sebab kucing2 berjaya diselamatkan.
alhamdulillah.


lepas2 tu, pop! bateri phone ai kehabisan.

sempat la bagi ucapan ringkas kt facebook.. haha
kot la family tercari2 kenapa laa manusia ini tidak dapat dihubungi.
memang tinggal phone husband je la yang ada bateri dengan powerbank.
powerbank ai memang terendam dalam kereta dah agaknya masa tu.


next day, ahad.
air memang tak de tanda nak surut. naik lagi ada.
husband kata, bantuan untuk evacuation akan tiba jam 10 pagi.
standby tunggu bot.
gigih la kitorang bersiap dengan beg, baju selai dua je macam tu.
rupanya dari pagi bawak ke maghrib, tak de yang datang ambik naik bot pun.

ada la bot2 lain, bot NADMA hantar makanan (tq!), bot persendirian ada jugak hantar makanan pukul 2 pagi (tq!), ambik orang2 lain etc.
then ada la bot APM kot.. terus tuju ke rumah jiran selang 2 rumah kami.. R.
2 trip bot APM tu datang, ambil isi rumah tu yang ramainya sampai 17 orang kot. memang ramai.
rasanya sedara mara berkumpul kat rumah.
so husband tanya la orang bot, nanti datang tak ambik kami.
lelaki indian yang head depan bot tu tanya la, berapa orang rumah ni, rumah tu.
kami siap bagi figure dengan rumah jiran. ingatkan lepas tu datang nak selamatkan kami2 ni.
lepas tu tak de datang dah.
later2 on bila banjir dah surut, baru kami tau..
jiran kami tu kerja imigresen. tu je la tak nak cakap lebih2. haha


muka dok tunggu bantuan evacuation tiba.
time ni air kat rumah jiran2 dah naik paras pagar atas.
rumah 2 tingkat jadi setingkat dah.
apahal ariana pose supermodel tu.. ahhhahahaha


ye, kami dah siap2 pakai baju renang ye.
anaqi pun siap ready dengan jaket pelampung.
lepas ni kena beli life jacket la jugak.



tangkap gambar dulu dengan satu2nya telefon yang ada bateri.



hahahahaa spek sape tu, anaqi oiii.



"nah, tu dia rumah R! kita kena ke sana selamatkan merekaaa." kata ketua bot.


kalau ada yang tanya, how about electricity?
mula2 tu ada.
lepas tu elektrik tendang2 la jugak malam2.
then kami bukak letrik belah tingkat atas je.
time tengah caj phone tu la, tendang lagi. air kat tingkat bawah pulak dah naik melepasi plug points.
terus tak berani nak bukak lagi. tak dapat dah nak caj phone.
tak lama lepas tu, dengarnya TNB pun dah off elektrik.
sebab ada kes kematian kat area kedai depan.. kena electric shock. condolence kepada keluarga mangsa.

ahad malam tu.. anggaran lepas maghrib,
ATM pun datang selamatkan kami.
mula2 turun dari bumbung balkoni atas, naik bot ATM yang bergoyang2.. haha.
memang salute adik2 ATM ni.
lepas tu, dibawa naik trak pulak ke depan.
sampai depan, dah lepas kawasan air banjir, kami lintas jalan ke bus stop depan sekolah.
tunggu kereta datang untuk bantu bawak ke PPS (pusat pemindahan sementara).
kalau sempat cerita, nanti sy buat entry lain la untuk PPS ni.
PPS kayangan untuk kami yang bukan kayangan. hihi. tu nanti cerita ye.



ni lah keadaan bahagian dalam rumah yang kebanjiran.


time ni dah naik lagi air. memang pi selamatkan tv tu dulu.. dengan frame gambar. haha
kusyen tu sebenarnya tak basah tau bahagian atas. sayang sangat sofa ni sebab selesa betul, macam duduk atas tilam. tapi atas nasihat orang ramai, buang jugaklah sofanya.. sebab base dia dah tak steady.
kalau ikut sy, sy nak cuci je sarung kusyen tu :DD


ni bahagian belah2 ruang makan menuju ke dapur.
nampak tu peti ais dah terbalik.
kitorang dengar ok bunyi gedegang! benda jatuh.


bukan rumah2 je dibanjiri air, jalan raya pun.
antara yang stranded kat luar rumah, my mom and brother.. faliq, sekali dgn SIL ain & nephew tuah.
semua sama2 baru balik cameron dan jalan raya dah dinaiki air.
3 malam kot bermalam kat tempat lain2.
bertabahlah semua. ini ujian dan ketentuanNya.
semoga beroleh ganjaran atas kesabaran.

mama kat masjid negeri shah alam.
diorang berteduh kat sini, alhamdulillah makanan semua cukup.


so lepas beberapa hari kami menumpag teduh kat PPS,
nak dijadikan cerita, air banjir pun dah surut, alhamdulillah.
time kitorang balik jenguk rumah, wallah!

disebabkan ni 1st time pengalaman banjir,
jadi memang tak de der nak selamatkan barang banyak sangat.
so tergolek2lah barang2 itu hahaa.
yang lawak selipar jumpa sebelah2. sebab yang lain dah terapung2 ntah ke mana.
horror jugak, tapi alhamdulillah tak tebal sangat selutnya.
ye la tak tebal kalau  nak banding dengan area lain yang dilanda banjir.
alhamdulillah syukur.


pasca banjir. macam2 ada.


karpet tu memang buang je la maleh den nak cuci :DD
tu karpet nipis RM50 beli kat shopee (tapi cantikkk).
karpet sebenar yang tebal sikit, dah lama bergulung tepi pintu, tak pakai2.
konon dulu nak hantar dobi, nak tunggu ada duit lebih, baru nak hantar.
last2 cuci sendiri je sebab banjir ni.


ni area sidai baju, a.k.a luar bilik kucing.
berdetak2 vinyl flooring DIY kitorang kembang. tampal dengan sticker je tu..
jadi team bantuan sukarelawan bantu cabut2 balik lantai tu.


sebelum ni berniat nak tukar vinyl floor dalam bilik kucing dengan jubin,
sebabnya area lantai dia lembab and vinyl dah tercabut2.
disebabkan banjir ni, ha hambik, cabut siap2 dah vinylnya. lolx


almari bukukuuuu.


buku2 la paling sayang.
separuh tak dapat diselamatkan,
separuh lagi, alhamdulillah.
buku2 bahagian bawah, banyak buku AAs.
novel, buku2 pop up, buku2 agama semua bahagian atas.

almari alhamdulillah berdiri kukuh sebab skru ke dinding.
tapi in the end, buang jugak almarinya sebab kembang kat bawah.
nanti kita buat library baru ye. sobs.


ni vacuum.. tepi tu pop it.



dapur pun horror jugak.


nampak tu peti ais. aloh sedihnya peti ais itu.. harap2 dapat diselamatkan.
mula2 masuk balik rumah, memang dok buang barang2 dalam peti ais dulu.
kalau tak, busuk nanti.
tu pun nasib baik ayam ikan tak banyak dalam tu.
sebab kami ketandusan bekalan sebelum ni.. hihi.
ada hikmah la tu tak beli bahan basah banyak2.

kabinet putih ikea tu.. yang belah bawah, dah cabut buang.
babai tata.

kabinet dapur kaler kelabu,
nanti kita try selamatkan table top dia kalau dapat.
kabinet belah bawah sekali (daripada kayu),
dah kembang2 and may be kena buang la nanti.
nak bukak tutup laci2 tu pun tak dapat.
nak mudah, pasang konkrit je la. tahan lasak ye dok. insyaAllah.
(tapi konkrit mahallll.. uhuk).


dalam gambar ni, boleh nampak mesin basuh dan bilik kucing yang dah tercabut2 lantai vinylnya.



now tinggal simen je lantai bilik ni.
cat tree semua buang.



cloud home paling sayang.
bukan sebab harga dia, tapi sebab dalam tu ada gambar2 wehhhh.
tu yang penting. benda2 material ni, boleh topup beli sikit2. tak de rasa sedih ke apa serius.
tapi kalau gambar hilang.. wallahu a'lam.




sis belanja gambar post guard terapung ditenggelami air.



haritu kitorang redah masuk dari jalan luar ni la.
kat luar ni yang sampai paras leher tu.



dalam kan air. nampak tiang ampai baju kitorang.
pokok2 kecik memang total lost.
(ai, benda2 hidup macam pokok, memang care lebih. barang2 tak hidup tu tak pe)



pasca banjir. keretakuu.
jiran snap gambar. time ni kitorang kt PPS.
katanya buat pengubat rindu. hahaha



semua ni dah buang, kecuali dumbell.
langsir nak cuci. pokok palsu tu ada officemates husband tolong cuci (tq!).



punggah jangan tak punggahhhh.

 

kereta, dua2 masuk air.
tapi kereta husb boleh start enjin, alhamdulillah.
kereta sy kat porch, boleh tahan tinggi air masuk.. tak boleh start.
let's pray for the best.

astro, unifi semua terendam jugak.
may take time untuk penggantian percuma (yoshh percumaaa)
sebab beribu2 orang hadapi isu yang sama.
orang unifi pun cakap, walaupun kita tukar equipment baru,
server and pencawang problem sebab banjir.
jadi line pun masih sendu.
ai dengar suara orang unifi tu pulak jatuh kesian.
tak pe la, kita hadapi musibah ni dengan tenang. kekal tenang, gais. haha

kesimpulan, benda di luar kawalan kita dan berserah sepenuhnya kepada Allah.
as stated in the Quran, Allah kata 'kun'; fayakun. jadilah dia.
semoga musibah ni akan menguatkan lagi jiwa dan keimanan setiap muslims.

aight, nanti kita sambung di entry seterusnyaaa.. nya nya *echo sebab rumah dah kosong tak de barang. wah haha*

[2bc]

No comments: