assalamualaikum and hi!
edisi banjir bersambung. lolx
alhamdulillah, walaupun dilanda banjir,
Allah memudahkan urusan kami sekeluarga.
lepas2 turun dari trak ATM, kami tunggu kt bus stop depan sekolah.
masa tu bateri phone husb tinggal berapa percent je.
sempat dia call orang PPTD cakap 'saya tunggu dekat bus stop depan sekolah, baju singlet merah.'
haa merah kau :D lepas tu.. tup! phone was dead.
buat sementara waktu,
kami menumpang teduh di pusat penempatan sementara (PPS) banjir di rumah PPTD, presint 10, putrajaya.
PPS yang agak selesa pada sy, sebab setiap keluarga diberikan sebuah bilik.
walau bukan bilik tidur, tapi tetap selesa, alhamdulillah.
kami tumpang kereta orang juga untuk ke sini.
tqq to PPTD, diorang tunggu dari pagi kot sebab time tu kan kita dapat news,
nak evacuate pagi.
rupanya malam baru dapat keluar dari area banjir.
|
bilik kediaman kami berempat di PPS. |
PPS rumah pptd ni bukan untuk mangsa banjir di kalangan PTD saja tau,
siapa2 pun boleh berteduh kat sini.
masa kami tinggal kat sana, PPS ni boleh memuatkan 10 buah keluarga.
|
Allah bagi PPS yang selesa, sebuah banglo yang berjiran dengan rumah PM pulak tu. segala puji hanya bagiNya. |
rumah PPTD ni mungkin digunakan untuk aktiviti AJK PPTD.
untuk meeting, berkumpul. begitulah.
dan dengarnya rumah disewa oleh PPTD dan menempatkan mangsa2 banjir.
tqq PPTD.
siapa suka kecam PTD tu, sila insof. PTDs ni baik2 tau. hihi
(termasuk penjawat awam. siapa kata penjawat awam dok dalam bilik aircond time musibah banjir? penjawat awam turun padang jadi sukarelawan tau. right now budak2 ofis dah kat pahang, tolong mangsa banjir).
|
AAs berposing di depan PPS sebagai tanda kenang2an. |
truthfully, kami seronok berteduh kat PPS rumah PPTD ni.
jumpa kawan2 baru, yang sama2 senasib banjir dengan kami.
budak2 pun ramai kawan2. nampak la diorang enjoy kat sana.
tang makan, minum, toto alhamdulillah semua cukup.
tu yang bila kawan2 tanya nak makanan ke apa2.. sy btau, alhamdulillah makanan semua ada sini.
tak perlu bawa makanan banyak2.
|
en nor shah, SUB dasar ada jenguk di PPS dan sumbangkan makanan minuman untuk ahli2 di PPS ni. |
kami yang terlibat dengan banjir ni serius tak memilih,
tapi nak habaq yang barang2 en nor shah bagi ni sangat2 praktikal untuk PPS.
ada air minum botol (nampak family2 bawak air botol masuk ke bilik masing2. mungkin untuk minum bila2).
ada biskut, tisu, jajan dan juga roti. kiranya snek.
sangat2 sesuai, sebab PPS dah sediakan makanan 'basah' macam nasi dll.
jadi makanan kering boleh dimakan in between.
budak2 pun suka makan (budak2 ramai).
jadi makanan semua habis dimakan.
terima kasih kat en nor shah.
|
azra, my bestie juga ada datang lepas balik kerja. tanya perlukan apa2 tak. kirim baju sikit, sebab kami evacuate bawak baju 2 helai je macam tu. |
bukan takat baju, buku, mainan untuk budak2, milo, ribena, biskut pun ada.
buah oren, pisau, pinggan semua. very thoughtful.
terima kasih, bestie :)
|
ni baju2 yang disumbangkan oleh bestie. hanya Allah dapat membalasnya. |
|
ni pulak minyak gamat dan mc d yang bff, mardia belikan. tapi time ni kami tak de kat PPS, kami dok cuci rumah kat dengkil. balik semula ke PPS malam tu baru makan. tqq mar :) |
kami di PPS juga dibekalkan dengan toto, bantal, towel, sabun mandi, syampu, ubat gigi, berus gigi dan baldi untuk 1 keluarga.
boleh bawak balik semua.
ya Allah, murah hati PPTD dan rakyat Malaysia. tqq banyak2 atas sumbangan.
|
antara sumbangan. |
|
antara sumbangan. |
|
ariana bergambar kenangan di depan PPS. |
kawasan PPS ni tenang, aman damai je.
belakang tu macam hutan. so sejuk2 je gitu.
rumah pun seketul hujung jalan.
memang tak de rumah lain kat situ.
|
sahabat gamer kepada husband, mark sherman dan family datang jenguk dan bagi sumbangan baju budak2, makanan dan kewangan. mark berbangsa filipina dan berkahwin dengan rakyat Malaysia. sama macam mark adam kot. hihi |
terkejut sebab family mark bagi barang2 premium.
baju untuk budak2 semua stok bawak jalan2 hat branded.
makanan pun sama, macam yang dibeli kat grocer2.
tqsm mark and family. Allah je dapat membalasnya.
|
kat pusat banjir pun tetapp bermain. budak2 kan. |
|
husbandku dan anak angkat barunya.. haq :DD haq ni memang ikuuttt je husband ke sana sini. haha |
|
biasanya hall bawah ni la tempat semua orang berkumpul/makan. tengok la anaqi tu. among us katanya. lolx |
|
:'DDD |
|
rosak le baju tu anaqi oii. |
|
time ni, sampai bantuan beras. ahli2 PPS dok bantu-membantu passing beras. |
|
macam2 le AAs ni :DD |
|
makan burger mc d yang aunty mardia beli. |
|
ariana dan kawan baik di PPS, hana. |
|
berpusing2 atas kerusi. |
|
ada ke disuruhnya imran yang baru lepas khatan tu tolak kerusi. haha |
all in all, tq to PPTD sediakan tempat perpindahan sementara untuk kami semua.
kami amat2 hargainya.
it was really a pleasant stay.
memang tak macam PPS lain yang tak ada eletrik pada mula2nya, duduk dalam tent, bersesak ramai2.
syukur selalu Allah mudahkan journey ini.
nanti kita cerita part cuci2 rumah pulak lepas ni.
part yang letih jugak la.. haha.
till then!
No comments:
Post a Comment