Sunday, May 17, 2020

resipi tauhu begedil sedap yang saya follow

assalamualaikum and hi! :)

bila cakap pasal resipi,
and bila kita nak cari apa-apa resipi,
banyak sebenarnya resipi kat internet ni.
tapi nak cari yang betul-betul sedap tu yang challenging sikit.

sebab tu bila dapat masak something yang betul-betul sedap rasanya (proven),
baru sy post resipi kat sini.
supaya esok-esok kalau nak rujuk, kita google je kat blog ni. haha

kali ni sy nak share resipi daripada limau nipis yang sy follow daripada youtube.
sy pernah try resipi ni.
verdictnya; sedap.
sy bawa tauhu begedil ni ke ofis dan potluck birthday family,
pun semua cakap sedap.
so kira proven, kita post kat sini ye. haha
terima kasih dan credits kepada limau nipis untuk resipi ni.
semoga Allah murahkan rezeki kerana berkongsi resipi sedap.


screen shot daripada youtube.



kedua-dua resipi tauhu begedil dengan sambal kicapnya sy try. both are good.


TAUHU BEGEDIL SEDAP RESIPI OLEH LIMAU NIPIS

1. Resipi Tauhu Begedil

Bahan-bahan:
  • 1 biji bawang holland - cincang
  • 1 ketul dada ayam kisar
  • 2 biji cili merah  - cincang kecil
  • serbuk lada putih
  • 1 sudu teh garam (ni ikut resipi sebenar. kalau sy buat, sy akan rasa jugak supaya balance. kadang sy tambah madu sikit)
  • 16 biji tauhu kering - dibelah di bahagian atas bentuk X, dibuang isi
  • 500g ubi kentang - direbus (sy pernah try, tp berlebih. mungkin sy akan kurangkan sikit next time)
  • 1 pokok daun bawang (dalam segenggam la yang biasa seikat kat kedai tu)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara penyediaan:
  1. panaskan minyak di dalam kuali. tumis bawang holland.
  2. masukkan dada ayam kisar.
  3. masukkan cili merah.
  4. masukkan serbuk lada putih (1 sudu kecil). setelah masak, tutup api.
  5. di dalam mangkuk berlainan, lenyekkan ubi kentang yang telah direbus empuk.
  6. masukkan isi tauhu kering ke dalam mangkuk.
  7. masukkan bahan tumisan ayam ke dalam mangkuk.
  8. masukkan daun bawang, letak daun sup pun sedap ni.
  9. masukkan serbuk lada putih (1 sudu kecil).
  10. gaulkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk.
  11. bulatkan isi begedil dan sumbat ke dalam tauhu yang telah dibelah.
  12. pecahkan telur dan campur dengan tepung jagung. pukul sebati.
  13. celupkan tauhu begedil ke dalam telur.
  14. goreng dalam minyak panas.

2. Resipi Sambal Kicap

Bahan-bahan :
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 150ml air
  • Garam
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 5 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara penyediaan :
  1. Masukkan sedikit minyak untuk menumis ke dalam kuali.
  2. Tumis cili kisar sampai pecah minyak.
  3. Masukkan air.
  4. Masukkan setengah sudu kecil garam.
  5. Masukkan gula melaka.
  6. Biar menggelegak kejap, lepas tu masukkan kicap masin. Kacau.
  7. Masukkan tepung jagung yang dicampur dengan sedikit air. Kacau dan selepas itu, tutup api.
  8. Nak letak biji bijan pun boleh.

selamat mencuba!

No comments: