Saturday, May 09, 2020

resipi macaroni bakar malay style

assalamualaikum and hi! :)

bertemu lagi kita. haha
bawah ni gambar selingan, anaqi masak youmee.
dek kerana terpengaruh tengok budak korea makan ramen *tepek dahi*
disclaimer : aktiviti masak-memasak dipantau dengan rapi oleh parent, yang merupakan former AJK keselamatan ofis. wahaha. jadi setiap aspek keselamatan telah diambil kira.
(don't try this at home without adult's supervision)

youmee ni sihat, tak de wax, tak de MSG dan banyak lagi goodness. rasa macam maggi goreng sedap. harga je la. HAHA

so!

berbalik kepada topik asal.
iaitu resipi macaroni bakar malay style.
(kalau western style, pakai tomato semua tu)

and resipi ni pernah dikongsi dalam blog ni sebanyak 2 kali kot.
sebab semalam ada buat,
dan rasanya sedap,
kali ni nak share resipi macaroni bakar untuk portion 1 cawan yang dah perfect bagi sy.
(sebelum ni dok buat eksperimen sukatan tu je. HAHA)

let's!

ni lauk pauk berbuka semalam. banyak yang diperangatkan. mac bakar satu tu je yang baru masak.

MACARONI BAKAR MALAY STYLE WANI EZRYL

bahan-bahan:

  • 1 cawan elbow macaroni - wajibulghunnah pakai kimball.. sebab lembut. korang nak pakai brand apa pun jalannn :D
  • 1/2 biji bawang holland, dicincang
  • 1 ulas bawang putih, pun dicincang
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 200 gram ayam cincang (nak lebihkan pun no hal). - sama ada beli isi dada ayam dan blend sendiri (tanpa air), atau pakai minched chicken Ayamas. Ayamas je, tahu. ayam dia tak bau ayam frozen. ahhaha
    200 gram ayam cincang ni = setengah tube ayam cincang Ayamas
  • 1/2 batang cili merah, dicincang - portion tak pedas untuk budak-budak makan. kalau nak pedas, tingkatkan bilangan cili anda
  • garam dan sedikit madu untuk rasa
  • daun sup cincang - tidak wajib. ni bagi bau wangi
  • air untuk rebus macaroni / tambah dalam tumisan kalau kering
  • minyak untuk menggoreng
  • bawang goreng untuk hiasan dan kemanisan - saya pakai brand Nuha. sedap gils weh. tapi nak buat bawang goreng sendiri pun, dialu-alukan.
  • Mentega atau planta sikiiit je untuk disapu ke dalam bekas.

bahan-bahan untuk kastad:
  • 1 suku cawan susu cair - saya pakai brand Ideal
  • sedikit air - sikit je ni, dalam suku cawan
  • 3 biji telur saiz M
  • 3 sudu besar (membukit sikit) tepung gandum
  • lada sulah
  • garam
  • mozarella cheese - tidak wajib. pakailah kalau ada. boleh tarik cheese. haha



CARA-CARA PENYEDIAAN MACARONI BAKAR MALAY STYLE WANI EZRYL :

3 steps; iaitu rebus, goreng, bakar (bukan kukus, grill, panggang ye. tu iklan Panasonic. lolx)

Rebus

  1. Didihkan air. (Sambil buat ni, dah boleh start prepare bahan lain dan menggoreng)
  2. Masukkan minyak sikit supaya macaroni tak melekat.
  3. Masukkan macaroni.
  4. Kadang-kadang sila kacau supaya tak melekat.
  5. Bila macaroni dah lembut, boleh diangkat, tos dan letak ke tepi. Tutup api dapur.


Goreng

  1. Panaskan minyak secukupnya.
  2. Tumis bawang holand dengan bawang putih cincang tadi, serentak.
  3. Bila bebawangan dah gold/transparent sikit, boleh letak air sikit dengan serbuk kari. kacau.
  4. Masukkan ayam cincang. Kacau. Pastikan isi tak bergumpal jadi besar. cerai-ceraikan dalam kuali.
  5. Bila ayam dah masak, masukkan cili cincang. Kacau. 
  6. Perasakan dengan madu dan garam. Time ni boleh rasa kemasinan dia. (Sambil buat ni, dah boleh start panaskan oven. 180 darjah celcius, api atas bawah, masa 10 minit pemanasan).
  7. Last sekali masukkan daun sup cincang.
  8. Siap! Tutup api dapur. Ye, instruction tutup api pun ada supaya tak berlaku kehangitan makanan ye. LOLJK.
  9. Asingkan 1/4 daripada bahan yang digoreng. Letak dalam mangkuk. Letak tepi dulu.
  10. Masukkan macaroni ke dalam kuali. Gaulkan macaroni dengan bahan yang dah digoreng.
  11. Lepas dah sebati, masukkan ke dalam bekas yang dah disapu mentega atau planta.. supaya tak melekat. Nak pakai mangkuk kaca casserole boleh, nak pakai bekas timah pakai buang pun boleh.


Bakar

  1. Time for custard! Masukkan susu cair dulu. Masukkan air suku tadi. Pukul dengan mixer atau sudip, mana yang ada.
  2. Masukkan telur. Pukul.
  3. Masukkan tepung, sikit-sikit. Pukul.
  4. Perasakan dengan lada sulah dan garam. Pastikan masinnya mencukupi supaya tak muak rasa susu.
  5. Lepas dah siap, tuangkan kuah kastad ni ke dalam bekas yang dah diisi dengan macaroni tadi.
  6. Taburkan lebihan ayam yang diasingkan tadi di atas macaroni, bawang goreng dan keju. nak tambah letak daun sup dengan cili cicang pun bolehhh, ikut suka ekau la jenab :P
  7. Masukkan ke dalam oven yang dah dipanaskan tadi. 30 minitttt bakar! *muka bersemangat, sebab dah siap*


beginilah rupanya. super sedap, you won't regret it. aicewah. sebelah tu tak de kaitan. tu daging dendeng haha.

sekian resipi macaroni bakar malay style.
seperti kata-kata semangat tipikal yang akan sy laungkan; selamat mencuba! :D

No comments: