Thursday, May 28, 2020

our raya aidilfitri 2020




assalamualaikum and hi, pretty people! :)

dah masuk raya kelima,
rasanya tak lambat sangat untuk wish semuaaaa HAPPY AIDILFITRI!
or eid mubarak! or the classic selamat hari raya aidilfitri.
mohon ampun dan maaf atas kekhilafan diri ni.
scoreboard 0-0 okeh! :D

raya tahun ni dikenali sebagai #coveid.
iaitu covid + eid?
iaitu raya sambil-sambil menghadapi pandemik covid-19.

PM pun dah beritahu,
korang-korang ni raya sehari je.
tu pun kalau nak berkunjung,
just dalam negeri yang sama saja (or in our case, dalam klang valley saja).
lepas tu tak boleh bermalam.
max 20 orang je dalam sehari yang ada dalam satu rumah.
aight kitorang pun follow je la.

walaupun husb & myself, dua-dua 'kampung' kat selangor,
sejak MCO start 18 mac hari tu, tak pernah gerak ke mana-mana ye (except ofis)
tak balik 'kampung' pun. just video call family.
tang raya ni baru laa berkesempatan nak balik.
skema jugak kitorang ni follow rules tak rentas sana sini,
tak bawak budak-budak keluar rumah. haha
yosh, demi keselamatan sejagat.
ya kalau dah nak kena, kena juga.
tapi at least kita dah ambik precautions, so tak la ralit sangat (mintak dijauhkannn).

walaupun raya ala 'kad' ini tahun,
baju raya beli jugak,
and juadah raya masak jugak. lololx

bulan ramadan hari tu sy rajin ambik gambar langit.
so here's gambar langit 1st of syawal ;


cantik kaler langit time raya hari tu *love*


lauk-pauk macam ayam dengan ketupat tu,
kita masak malam raya eve.
esoknya tinggal panaskan je.


juadah di atas meja, raya pertama.



sy memang suka gila-gila dengan raya dishes. the rendang, lemang, ketupat palas semua. awesomeness.



lemang beli, ketupat palas beli lepas tu re-rebus and goreng, nasi himpit mini nona, rebus jugak.



juadah baharu; ayam kicap berempah berkerisek.


ahha tahun ni masak ayam kicap berempah ni.
memang marvellous rasa dia-bukan-nak-puji-masakan-sendiri-tapi-resipi-ni-memang-sedap. bahaha
biasanya on hari raya biasa (bukan MCO),
bila kita berjalan-jalan raya dengan family husb kat banting,
akan sampai satu rumah sedara husb ni.
diorang punya menu every year is ayam kicap berempah dengan lemang.
memang ngam makan dua-dua ni.
biasanya kitorang datang ramai-ramai, makan siap bertambah.
sebab sedap sangat.
so tahun ni tak dapek nak makan, kita pun pi cari resipi.
tak tau la sama ke tak exactly, tapi dapatlah menghilangkan kempunan HAHA
nanti-nanti bila rajin, sy share resipi kat blog ok.

then ada satu rumah ni pulak,
akan hidang lauk dengan nasi putih. fuhhh
biasa akan ada la lauk macam masak lemak, ikan bawal kecik-kecik goreng garing, sayur campur semuaaaa.
aaaa i cannottt. haha

kalau kat ganu pulak, kampung tok ai,
pagi-pagi raya, menu kitorang is sateeeee.
malam raya eve tu dah berkumpul cucuk sate ramai-ramai.
then ada kari ayam cik mah masak.. yum2.
sy akan bawak rendang dari rumah.
pastu rumah sebelah tok pulak akan hidang nasi minyak sedap super sedap, ayam dia lembut mak aih.
tertelan-telan ailio cerita pasal makanan yang tak kesampaian on raya coveid ni. ahaha

tu belum kat nismilan. kampung arwah abah den.
mak lang punya rondang.. fuhh jangan cakap la.
tiada tandingan. ikiki

sebut pasal rendang, ni ha rendang ayam kampung yang sy masak tahun ni. harus pakai resipi mak lang. tapi 1st day raya tak kering sangat lagi. lepas-lepas tu baru berjaya dikeringkan. haha



kuah kacang express. cap jamilah mansor. sedapp! beli kat shopee.



fruits platter. mengenangkan asal raya je tak de sayur, so kali ni kita letak buah banyak sikit.



air ribena laici ni husband yang buat. time raya je sy minum ais. hari lain tak minum. lolx. sedap betul air ni woih.



ni ayam kicap berempah time masak malam sebelum raya. sedap betul, memang akan repeat lagi masak ni insyaAllah.



raya eve tu dah rasmikan dulu ayam kicap dengan lemang. wahhaha



ketupat ni beli dengan budak ofis, tapi sy suka goreng punya version. macam kat ganu.



gambar raya pun tak de la beria sangat tahun ni ye.
mana boleh je. haha
baju theme mint green.

kat rumah sendiri tak sempat bergambar, kita snap snap kat kampung banting je. jyeahh. with ariana.



tang posing tu kita cover belakang ariana lah, sebab kegemukan melanda. haha


time puasa turun 2kilo,
lepas tu menstrual, makan balik, naik balik 2kilo *tepek dahi*
macam tak de artinya diet HAHA


saranghaeeee. biskut sarang semuttthaee.



yeobo and myself. kemain korean panggilan yeobo bagai. hahah


*yeobo = honey in korean

petang tu, gerak ke shah alam pulak.
on the way, singgah rumah zaim kat sijangkang, sebab husb nak pi beraya sana.

lepas tu zaim bawak kitorang jalan ke casa rabiah.
syahma, wife zaim kerja kat casa rabiah ni. kira macam homestay resort gitu.

anaqi and pool. ariana tido ternganga dalam kereta time ni. haha



disebabkan ariana tertidur, kitorang bertiga je la ferfeeling gambar raya kat casa rabiah ni :P


then sampai shah alam, rumah mama pun dekat pukul 6 petang.
kenapa raya boleh sehari jeeee waaa.
mana sempat ni. rushing ok.

kat shah alam ada macam-macam juadah jugak.
yang penting ada nasi minyak ye, gulai daging, ayam masak merah, acar timun wahhhh sedap!
dan pelbagai lagi hidangan tapi macam tak de gambar je dalam kamera ni.
sempat tangkap igstory je haritu kot.
gambar tak snap. sibuk makan je. lolx

kad raya untuk family.



gambar raya sempoi bak ang dengan family ai. tu pun time nak balik baru bergambar hahaha


mama cakap dah tunggu nak bergambar sesama, tapi kitorang tak sampai-sampai, lolx
so diorang dah tukar baju semua.
jadilah ada gambar sekeping ni daripada tak de :P

then malam tu baliklah ke dengkil semula.
kemain ekspress raya kali ni.

sebelum entry berakhir,
ada jugak ni snap gambar juadah hari raya kedua.
walaupun beraya kat rumah sendiri je,
meriah tu tetap kena ada.
walaupun pakai tshirt je kita. haha

meja makan kecik je, tapi makanan banyak. guane tu?



raya kedua, husb request daging salai masak lomak cili api.



ni ha rupa bentuk rendang ayam kampung yang dah semakin kering. makin kering, makin sedap, seriously.

rendang ni memang jenis lagi lama lagi sedap.
jenis yang ko makan berkali-kali pun takkan muak.
rendang lain ai is tak tahu, tapi resipi mak lang memang tak lapuk dek hujan. haha


rendang kerang, bawak daripada banting. sodapp.



eh tetiba tersesat lauk ikan siakap goreng tiga rasa. ni makan buat berbuka semasa raya ketiga.


alkisahnya bahan basah banyak dah habis dalam fridge.
ayam habis terus. kedai pulak tutup lagi.
tinggal ikan je. ada siakap seekor ni, kita pun masaklah.
kat rumah ni memang suka makan ikan. haha

ok tu lah cerita raya MCO 2020 kitorang.
serba sederhana, apa adanya gitu.
sederhana tapi raya vibes tu ada la.

ha korang jangan lupa sambung puasa 6 ok,
banyak ganjarannya, insyaAllah.

till then, peeps!!
ciao cincau!

No comments: