Saturday, October 02, 2021

klang valley di fasa 3

assalamualaikum and hi! :)

yep, you heard it.
klang valley dah masuk fasa 3 PPN (pelan pemulihan negara).

means banyak kedai dah bukak,
budak-budak pun dah boleh masuk kedai, etc etc.

sy skang berada dalam situasi..
nak menangis tak dapat, ketawa je la mampu.

1. semalam pergi IOI, ariana jalan terpijak my sandal. terus putus sebelah. dan dan tu pergi BATA beli sandal baru T_Tv harga hangus: RM90++

2. dah book hotel hari ni, konon nak pergi short city vacay selepas lengkap 14 hari 2 dos. tetiba KPSU husband positif covid & letak nama husb as kontak rapat dia T_Tv. ni ntah refundable ntahkan tidak. harga hangus: RM260+. (nak claim balik kat KPSU tu ke camne?)

3. ariana dok beli robux sesuka hati pakai kad kredit ai. harga hangus: RM1.3k+ (ye korang tak silap tengok).


anggap la duit tu bukan portion kita & semoga bahagialah duit-duit di sana. ahhahaa
alhamdulillah ala kulli hal.
(sambil2 tu nak share, phrase ni sesuai disebut ketika dilanda ujian. ada nampak orang sebut untuk mengucapkan rasa syukur happy. kalau happy, just ucap alhamdulillah biasa. wallahu a'lam).

so weekend ni kita bergolek dan brisk walk kat rumah je la.

No comments: