assalamualaikum and hi!
16 oktober 2021 hari tu, birthday husband.
tetiba ada baucer sunway 'ke sana ke sini' yang tak sempat-sempat redeem since 2020 (lama tu! haha) disebabkan PKP.
ngam-ngam time tu dah rancang nak pergi, tetiba kes naik melantun-lantun (rasanya time PRN sabah dulu).
sunway dengan baik hatinya telah bagi extension masa sampai hujung tahun ni untuk redeem.
alhamdulillah syukurr.
jadi sebelum apa-apa di luar jangka berlaku, baiklah kita redeem laju-laju :P
i contacted sunway via e-mail untuk book date, 3 hari 2 malam seperti dalam pakej.
memang mudah berurusan dengan hotel sunway pyramid ni,
pakai e-mel pun laju je diorang reply.
untuk pakej ni, selain penginapan, ada macam-macam perks lagi (nanti cerita kat bawah).
since it's husband's birthday,
sy e-mel sekali untuk set up balloons kat bilik.
konon-konon surprise la. haha.
on 16th,
macam biasa asal birthday je, husband selalunya ada kerja. hahaa
memang takdir dia gitu :P
tahun ni pun, pagi-pagi tu dia pergi event makanan malaysia nasi ambeng macam tu.. event habis tengah hari. (16hb = hari sabtu)
so tunggu husband balik event, baru gerak pergi.
waktu check in pada 3pm, tapi bilik dah siap 2.30pm rupanya.
sy dok sibuk-sibuk kemas rumah, kemas barang, tak perasan ms. ziela from hotel sunway pyramid ada mesej.. kata dah ready.
ms. ziela ni banyak attend kitorang sepanjang kat hotel sunway pyramid. memang terbaik.
tapi sebab kemas-kemas semua, dalam 3.30pm jugak kitorang sampai hotel.
|
the kiddos, dengan gaya super sempoinya di lobi hotel. kelibat hotel guests lain yang ramai, menandakan industri pelancongan malaysia kini kembali rancak, post-pandemic. |
ye lah, sempadan baru buka.
selain balik kampung, orang ramai rindu kot nak pergi bercuti.
setahun lebih tak dapat bercuti.
time kitorang check in tu pun, ada ramai stewards and stewardess daripada penerbangan luar negara yang datang menginap kat hotel sunway pyramid ni.
so meriah la.
yang penting SOP tetap on
dan hanya yang lengkap 2 dos dibenarkan masuk ke hotel, mahupun ke mall.
(ye, hotel ni bersambung dengan sunway pyramid mall kat sebelah. jalan kaki dari lobi hotel, dah sampai. hahaa).
|
time ni tunggu husb cari parking kat basement. sy dah settle check in. |
time check in tu, sempat jumpa ms. ziela from guests relation kat kaunter reception.
dia serahkan baucer-baucer lain yang dah siap sedia termasuk dalam pakej ni.
sambil-sambil berpakat, dia kata nak datang hantar complimentary cake as a surprise (thank youuu).
selain tu, parking kitorang jugak dapat waive (free) and late check out.
kalau tak, kena bayar parking RM24 untuk 2 hari.
thank you jugak kepada ms. cherryl yang sambut di kaunter reception,
mr. tommy di lobby yang sanggup turun ke parking B6 sebab husb ai sesat ahahaa & dia tunjukkan jalan ke lif.
tq also to mr. ariff concierge yang dua kali datang bilik nak hantar beg.
1st time tak de orang katanya, sebab time tu kan husb sesat kat parking. ahahaa
memang terbaik hospitality sunway pyramid hotel ni. ai bagi minilove satuuu :)
|
balloons deco yang disediakan oleh pihak hotel. happiest birthday, mi amor! aicewah. |
|
yang terlebih happy dengan balloons ni semua of course la budak-budak ni. tak de yang lain. haha |
|
ni view ruang depan bilik hotel king deluxe ni. ada smart tv, ada 1 armchair dan lampu, sekali dengan reading lights. |
|
heyloooo. with ariana. nampak tu sy pakai baju, seluar kaler cerah. sebab tengah musim panas lit-lit kat luar. haha
|
lepas tu mesej-mesej dengan ms. ziela.
husb cakap nak keluar kejap beli air kat mall sebelah,
so kena trick sikit supaya dia tak keluar lagi. hahaa
selepas beberapa ketika, ms. ziela pun sampai di muka pintu dan personally hantar kek & kad birthday kepada husb ai.
kita ni yang tengah menyorok dalam bilik air, serta-merta menyerbu keluar sambil ambil video. hahaha
|
kasi snap satuu untuk kenang-kenangan. |
|
tqsm, ms. ziela and sunway pyramid hotel! kami sangat-sangat hargai. |
|
upacara potong kek. anaqi dah aim siap-siap. nampak tu sudu di tangannya :DDD |
disebabkan sekarang ni musim squid game,
lagu birthday pun tukar kepada lagu 'mugunghwa kochi pieotsumnida' (red light, green light) hahaha
|
selamat hari lahir. semoga Allah berkati dan rahmati. |
|
sekarang marilah kita tour bilik air hotel pulak. hahaha |
|
ni ruangan sink. ada hair dryer juga, selain face towel & lapik kaki bergetah. |
|
ini toiletries yang ada di tepi sink. berus gigi pun ada. jadi kalau terlupa bawa berus gigi, jangan bimbang :P |
|
tempat pancuran mandi (shower). hotel ni tak de bath tub. may be sebab dah ada water park semua, buat apa nak bath tub ye tak :D |
|
tiga sekawan ini disediakan di sebelah shower. |
|
toilet dipisahkan di ruang belakang shower. tak de pili air, tapi ada air yang keluar melalui bahagian dalam mangkuk tandas dia. caution: air laju. lolx |
macam mana dengan swimming pool?
fyi swimming pool tidak disediakan di hotel sunway pyramid,
tapi boleh ke swimming pool di hotel resort and spa kat sebelah.
pernah tengok gambar poolnya, memang besar dan cantik, sesuai as pool sebuah resort.
cumanya, musim-musim post-COVID ni, pool masih ditutup.
|
ahhaha i call this as party packs. bawak sendiri dari rumah untuk berpartay sempena birthday husb. beli kat speedmart je weh. speedmart dekat dengan rumah. |
lepas settle makan kek, solat semua,
kitorang pun gerak ke sunway pyramid mall kat sebelah untuk dinner.
|
mercu tanda sunway pyramid semestinya.. ice skate rink dia!!
|
buat yang pertama kali menginap di hotel sunway pyramid,
laluan ke mall adalah melalui lobi.
hang jalan luruihhhh je dari kaunter reception tu ke belakang.
kena check lengkap 2nd dose, scan mysejahtera dan suhu sebelum masuk.
memang lama tak ke sunway pyramid.
salah satu mall kegemaran ai di malaysia. haha
pernah main ice skating kat sini dengan husb dulu, zaman-zaman muda :DD
fikir punya fikir nak makan kat mana.
mula-mula tu husb kata nak makan steamboat.
tapi set steamboat macam mahal je.
yang kedai shabu2 kat sini bila call, katanya non-halal.
so kita ke johnnys je, makan ala carte. haha
|
birthday guy. |
|
ai punya pad kra pow. sedap! |
|
empat beranak lapar. HAHAHA |
habis makan, singgah kedai boba 'tiger sugar' untuk redeem salah satu baucer,
iaitu dapat 2 cups of boba milk tea.
|
sempat pulak tu snap gambar tin milo vintage kat kedai tiger sugar ni. nice! |
|
motif gambar ni adalah nak suruh budak-budak ni pose ala-ala berenang. kan kat belakang tu laut. ahhahaa korang layankan je mama korang ni. |
sebelum pi makan tu,
ada nampak promo squid game series by netflix kat tengah-tengah mall.
tak sempat nak tangkap gambar sebab tengok ramai orang
and orang queue nak bergambar dengan guard squid game tu.
balik makan, terserempak lagi.
nampak macam ada kosong,
kita terus chipped in!
yang pakai baju guard tu pun kemain lawak laa dia posing.
|
ahahaa anaqiii :'D |
then sebelum balik hotel,
singgah 7E beli air,
(seperti yang dihajati oleh husb awal-awal tadi. lolx)
ai ambik air ribena je.
tapi kat hotel, kena rembat dengan anaqi.
dia kata kenapa tak beritahu dia ada air ribena.
ya Allah, dah ekau pusing-pusing satu 7E tu, tak jumpa ke ribenanya??
hahaha
|
7E ni berada di kawasan luar pintu masuk sunway pyramid mall. keluar sikit, belok kiri kat lorong tepi tu. |
|
budak berdua bergambar dengan sphynx yang memakai mask sempena menjaga SOP. sila contohi. ahaha |
kitorang dah kepenatan jalan sana sini kat mall.
balik bilik hotel tu, rest je sambil tengok movie.
ada bawak USB movie, cucuk je kat tv.
channel tv banyak jugak.
untuk yang suka movie, ada HBO.
untuk kids, ada jugak channel. disney kot. tak ingat. hihi
nak cerita pasal pakej ke sana ke sini sunway yang sy beli ni.
time beli tu harganya RM499. harga musim PKP.
memang berbaloi-baloi, sebab bayar RM499, tapi semua ni worth RM1,599.
apa yang dapat dalam pakej ni:
1. penginapan 3 hari 2 malam di bilik king deluxe. boleh naik taraf ke bilik eksekutif dengan tambahan RM70 sahaja.
2. 4 tiket ke sunway lagoon. boleh gunakan sepanjang tempoh penginapan. (2 dewasa, 2 kanak-kanak)
3. 4 tiket ice skating
4. 2 game di futureland (main VR)
5. 2 game boling
6. 2 croissant
7. 2 boba milk tea
banyak kan!
masuk sunway lagoon je dah seratus lebih seorang.
bilik hotel je dah 3ratus lebih untuk satu malam.
jadi pada sy, pembelian pakej ni memang antara yang terbaik.
kalau nak beli sekarang, rasanya tak de dah pakej ni.
tapi ada pakej lain pulak.
boleh check out website sunway ^^
end of day 1 at sunway pyramid hotel.
nanti sambung pulak cerita day 2.
pergi ke sunway lagoon di musim-musim fasa 4 pelan pemulihan negara.
toodles!
No comments:
Post a Comment