Thursday, October 21, 2021

day 2 - to sunway lagoon

assalamualaikum and hi! :)

ok hari ni kita gigih sikit nak sambung cerita percutian di zaman-zaman endemik. hihi
day 2 of sunway vacation!

macam yang cerita kat entry sebelum ni,
dalam pakej ke sana ke sini ke sunway,
kitorang dapat 4 tiket percuma ke sunway lagoon.
so pada 17 oktober (hari ahad), kitorang dah plan nak ke sana.

sebelum pergi, kita bangun tidur dulu! haha.

breakfast sampai jam 7 pagi, mengikut preference kita.


masa check in tu, kena isi borang.
nak pilih breakfast apa selama menginap kat hotel dan jugak pukul berapa nak breakfast dihantar ke pintu bilik.
memandangkan ai ni makan awal pagi, set pukul 7.
ngam-ngam 7 pagi tu pekerja sunway hotel datang hantar makanan. memang terbaikk.
ada 3 pilihan set iaitu american breakfast, nasi lemak dan bubur.
itulah menu yang sama setiap pagi. korang pilihlah nak apa.
kitorang dapat 4pax makanan untuk breakfast.
tak de buffet ye zaman endemik ni. lolx
tapi mungkin certain hotels dah bukak coffee house mereka.


empat2 kitorang ambik american breakfast. sedap. separa kenyang la jugak. haha
(wani e lambat kenyang ke camne! :P)


sunway lagoon bukak pukul 10 pagi sampai 6 petang.
(night park akan buka tak lama lagi.. as on the promo board).

macam mana nak pergi ke sunway lagoon dari hotel sunway pyramid?
jawapannya: lalu ke laluan yang sama ikut mall.. dari lobi hotel.
lepas tu jalan terussss sampai hujung.
ada la tu pintu keluar ke sunway lagoon. tak silap, kat level LG.
dekat-dekat starbucks.

then keluar, jalan sikit, sampai dah :P


ramai juga umat manusia nak ke sunway lagoon hari ahad tu.


sebenarnya, ada kaunter beli tiket walk in, kaunter redeem online dan kaunter untuk hotel guests.
tapi kaunter hotel guests tu tutup.
kena queue pulak ramai-ramai ni, untuk redeem voucher.
agak bahang jugak pagi tu. berpoluh2 den. haha

tapi tak de la lama sangat beratur.
kejap2 tu, dapat dah kitorang masuk. alhamdulillah.
gelang theme park semua dah siap pakai.

sampai-sampai, tangkap gambar dulu depan pintu masuk.
dapat gelang lagi.. bukan gelang pink ye, tapi gelang untuk tengok gambar, balik nanti.


papan tanda arah. macam-macam tempat korang boleh explore kat sini.



map ada secara 'hardcopy' dan 'softcopy'. hahaha
yang anaqi bergambar ni, 'hardcopy' :'DDD
kalau nak softcopy punya, sila scan siap-siap QR code untuk map kat kaunter beli tiket.



anaqi lagi. tazabar nak mandi le tu.



ariana dan belakang dia tu, kaunter reload token.


fyi kat sunway lagoon ni pakai sistem eload.
means kalau nak bayar locker atau makanan, scan je kod kat gelang.
tak yah bawak cash. senang kan.
camne nak pergi berenang-renang tapi bawak duit pulak.. haha
jangan bimbang, kalau ada baki, boleh ambil duitnya kat kedai cenderahati time nak keluar nanti.
tapi jangan lupa pulak. burn sesaja je nanti. haha
kitorang reload dalam RM100. cukup tu untuk 4 orang dan locker berharga RM25.
siap ada baki RM17 lagi.
kaunter reload ni ada kat beberapa tempat.
yang kitorang pergi ni, kat kawasan surf beach (pantai).
kat situ jugak ada locker, tandas dan surau.



lepas tu budak-budak ni nak main kat tempat-tempat yang ada slide.
kena jalan sikitlah dari pantai.
next time kalau korang nak main kat area slide,
bolehlah ambil locker kat belah-belah tempat beli makanan dekat situ.
locker situ lagi dekat kot.
kalau nak mandi kat pantai, ambik locker kat pantai.

babah (husb) & ariana



diorang berdua main slide. pelampung tube tu free je untuk yang nak main kat situ.
tak yah sewa. tapi ada jugak untuk disewa kalau nak pakai kat mana-mana.


time ni pukul 10 lebih, tak ramai orang pun.
tempat ini 'ana' yang punya! hah haha *ketawa bergema* :P


ni kawasan playground kecik untuk budak-budak kecik.
cetek je kan.
ni kena naik tangga kat area mengadap slide pelampung tube tadi.


time ni, tak de orang pun kat sini. ada anaqi je. haha
so jangan takut nak keluar sebab COVID. just follow SOP, berdoa mohon perlindungan Allah.
tak de ramai orang sangat, may be ramai balik kampung time ni & masih awal pagi ahad. siapa je la nak bangun awal pagi ahad kan. hatta pukul 10. ahhaha (tidak terpakai untuk kami, morning people :DDD)


ni kat tempat slide lain pulak.
slide-slide macam ni, kalau tinggi lebih 110, lepas dah.
ariana bolehlah naik. anaqi je tak lepas. haha
then again, pelampung slide dia tak yah sewa. disediakan.


kalau tanya saya,
perlu ke tak sewa pelampung tube, atas masing-masing.
kalau nak floating pakai tu, atau nak lalu kat area yang panjang luruusss macam sungai, bolehlah sewa.
macam kitorang yang berlarian sana sini ni, tak praktikal nak angkut, dengan ada budak-budaknya lagi.
pelampung kecik pun kitorang tak bawak.
sebab kawasan sunway lagoon ni tak berapa dalam.
ariana anaqi pun masih boleh masuk dan swim tanpa pelampung (dengan pengawasan).


tengok tu! amboi, kemain happy budak ni. ahhaha



ni sorang lagi.
memang tak terkira berapa banyak diorang naik turun slides.
biarkan, bagi mandi sampai penat.



heylo!



nampak lapang kan, tak de ramai orang.



mama & babah nak jugak satu snapshot!




slide yang keberapa ratus ntah ni :'D



babahnya and the kids.



atas tu ada baldi gergasi, tunggu air penuh, nanti habislah yang di bawahnya kena siram :P



anaqi dah kesejukan.



sebelah area slides tu, ada pool yang suam-suam. best la kalau nak dok lelama dalam ni.



melepak kat batu.


lepas dah mandi-manda, isi tangki dulu.
beli snacks je.
time ni sy tak lapar lagi,
so beli crepe (hot&roll) untuk ariana & hotdog (nathan's) untuk husb.




tempat makan. dekat je dengan kedai tadi. naik tangga sikit.
punn tak ramai orang. orang parking barang je banyak. haha


lepas dah isi 'tangki', pergi tengok 5D pulak.
dekat je dengan tempat makan.
ada la beberapa langkah. haha
memang tak ramai orang, kitorang kat depan sekali.
belakang kitorang, ada la 3 orang teenagers. tu je :'DD


tempat 5D ni gelap. mampu snap gambar gini je :P



husb & anaqi.


nama pun 5D, merasalah gegar2 dan kena simbah air.
habis basah lencun hahaha.
5D naik roller coaster. best la. enjoy.


sebab sejuk, patah balik mandi kat heated pool ni.
ai rasa la heated pool, sebab suam je manjang. haha



gwe.



tu turun nak ke mana pulak tu?



masing-masing dah drenched dalam hujan.

plannya nak mandi-manda dulu,
lepas tu tukar baju,
tengah hari pergi theme park.
dah sebab hujan, kitorang pakai je la baju yang sama tu.
ok la mendung hujan. sejuk sikit.


time ni masing-masing dah tak larat.
penat weh. main pun penat.



ni satu lagi tempat locker. kat area kedai-kedai makan yang banyak.



kat sini. ada famous amos jugak.



lepas tu pergi kat wild life park. ni anaqi tengah tengok hewan apakah itu.



harimau putih tengah tidur.



menggunakan satu-satunya tripod yang ada, dengan gegor2nya ditiup angin.
senget-benget gambar. ahaha






lepas tu nampak game cawan, mainnnn.
sebab tak de orang, kitorang je. haha




nampak game ni. tak main. serunn.
duduk je tengok. anaqi tak lepas ketinggian pun.




ni sustainable floating island.
sunway yang buat ni. bawah island ni ada tong-tong dan botol plastik rasanya,
yang mengapungkan pulau ni.




tunggu train kat sini, tapi train tak sampai-sampai.
so kitorang jalan dulu la.




singgah tengok meerkat, haiwan kegemaranku :P




kuda mini namanya.




time tengah jalan tu, jumpa train tengah berhenti.
maka kitorang terus hop in.


train membawa kitorang ke kawasan pantai.
time ni dah laparunnah tahap kebulur.

beach area.




makanlah duluuu.
makanan harga mesirrr. hahaa
nasi goreng tu RM16 rasanya.

depa bertiga gi mandi kat beach.
sy gi mandi tukar baju bersih untuk solat.
ingat lepas solat nak tukar baju balik, sambung mandi.
tapi semua cakap dah tak larat, nak balik. hahahaa
tak rock sungguh la korang ni :'DDD






acik punya baju ni asal jadi je kan haha.
sorrylah, para konsultan imej.
ai pakai baju yang paling convenient.
tak payah gosok, sarung terus. baju express nama dia.




maka bersedialah kami untuk balik.
ariana sempat sambar popcorn 1 tong.


nak ke pintu keluar tu..
ehhh nampak merry go round pulak!
apa lagi.









mama duduk je kat seat tepi ni.
pekerja tu tak bagi naik. boo hoo.




nah, tangkap gambar lagi sebelum balik.

lepas tu, berjalan kaki dari mall, balik ke hotel.
penat dia toksah cerita.
terbongkang tido ha.

husb & i sempat la makan megi cup pulak, balik bilik hotel tu. haha
cuaca sejuk, makan panas-panas. memang ngam.


malam tu tak ke mana-mana.
tak larat lahh nak jalan mall ke apa.
kita lepak bilik je.
ada bawak USB, tengok movie.
cerita indonesia, seram.
best weh.
tahap-tahap movie 'pengabdi setan'.. tapi macam lagi best je.
tajuk dia 'ratu ilmu hitam'. banyak scene yang horror.
peminat cerita horror bolehlah tengok.
lagu background pun ada feeling2 movie 'sinister'. nice.

nonton sambil makan.




beli food panda je. chicken chop murni. pinggan tu hotel punya.




head board katil yang cun. macam bintang-bintang di angkasa.

 

malam tu tidur tinggikan suhu aircond.
tak mampu nak tidur dalam kesejukan.. hahaha.

sambung day 3 pulak nanti.

byeeee!

1 comment:

Anonymous said...

🤩🤩🤩