Friday, September 10, 2021

an update on september

assalamualaikum and hi! :)

entry edisi september, tapi cerita bulan ogos. haha

anywhoo, selamat hari merdeka!
merdeka, merdeka, merdeka! *nak jugak :P*

tahun ni pandemik masih melanda.
kes harian baharu dalam 20k lagi, kejap turun kejap naik.
vaksin dah semakin banyak yang ambik, syukur alhamdulillah.
anti-vacc pun ada jugak. atas diorang la tu.

oraito! mari kita update life! :D


si berempat. dari depan ke belakang; dang anum, tupai, nunu, yuki.
rasanya si tun teja dalam sangkar lagi, sebab selsema. kena asing.
diorang ni kalau dapat wet food, bahagia la tu. tak pandang kiri kanan dah :P


untuk kucing-kucing di rumah no. 1,
kitorang biasanya bagi wetfood sekali sehari.
and biasanya diberikan pada waktu pagi (atau pada waktu lain kalau pagi tak sempat).
satu kali makan untuk diorang berlima, dalam setengah tin 400g. kira 200g la kot.

sekarang campur la jugak wet food tu dengan kibbles (makanan kering),
supaya nutriennya seimbang.
kalau nak harap wetfood je, kopaklah kerajaan. haha


tun teja tengah makan wetfood campuran kibbles.
budak kecik ni membesar dengan wetfood.
sampai di rumah no. 1, kita ajar pelan2 makan sekali dengan kibbles.
alhamdulillah dah boleh la terima kibbles tu.
lagipun dia ni agak kuat makan (pelahap pun ye :P), jadi macam tak de masalah nak makan, alhamdulillah.



ni petang hari, beriadah di luar rumah je.

musim-musim pandemik ni,
tak boleh keluar jauh-jauh.

ni la nak cerita, sekarang kan tengah Pelan Pemulihan Negara.

update terkini jugak: kita dah ada PM baharu!
TS muhyiddin yasin --> DS ismail sabri (or as they call it; bapa dafi)

berbalik kepada PPN ni.. sekarang, siapa-siapa yang dah lengkap 2 dos,
after 14 days of the 2nd dose,
boleh dah makan di kedai makan, boleh dah masuk beberapa kedai yang dibuka,
pasar pun boleh,
anak-anak mereka pun boleh join masuk jugak.

tetapi sebaliknya untuk kami-kami #teamAZ #AZclanz ni.. haha
yang 'bercinta' nak menunggu 2nd dose.
fyi, vaksin bernama astra zeneca ni akan mengambil selang masa paling lama antara 1st and 2nd dose,
tidak seperti vaksin pfizer (kayangan) dan sinovac (china, cakap china :P or #KJclanz)

my next appointment, insyaAllah 12 september.
hari ni dah 7 september.
kira ok la kan. ada yang menunggu date oktober ke? silalah ye. hihi

oh, and start 10 september, sekatan jalan raya (road block) dah tamat! yiehha!
so bolehlah korang berhu-ha di jalanan.
at least for KL, putrajaya and klang valley.
kasi polis restlah pulak.


cucur sayur yum2.
resipi dia: tepung, bawang putih tumbuk/serbuk bawang putih, bawang merah, kucai, daun bawang, togeh. air. garam. serbuk kunyit sikit. yosh. goreng sampai golden.


baru-baru ni agak hype jugak menonton lego masters.
baik versi US, atau australia.
dah habis tengok sampai final dah. haha

jadi memang semangat lebih la nak buat lego tu.
maka beli la lego inspired (LARI :P) yang ala2 minecraft.
suka la budak-budak ni.. dapat 'lego' minecraft. lagi-lagi anaqi. he is so me :'D




lego ori pun ada juga.
sy beli yang classic and minifigs bawah lego city.
got it at a very good price.
plus, nak reward diri sendiri lepas bekerja keras sebelum ni.



hasil separa siap 'menara' minecraft yang anaqi buat.
cayalah, anaqi! *sep sikit*



oh, perkenalkan! ini jebat. hang jebat.
kalau nama-nama klasik ni, memang husb ai yang bagi nama.
dia geng-geng nama teja and anum la ni.
jebat is 10 months young.


dia kucing baru.
badan dia super besar.
tapi dia agak baik la.
ok je kalau kita peluk dan angkat.
kucing BSH kan biasanya kekwat :'DD
macam si yuki tu, orang angkat pun, sikit-sikit nak keluar kuku la,
menggeliat sana sini. hahaa
plus, biasa kan kalau kucing umur atas 6 bulan rehome ke rumah baharu,
dia akan murung, tak nak makan berhari-hari la macam tu (just because cats have emotions.. macam manusia la)
tapi si jebat ni, walaupun hari pertama tak berapa nak makan,
dia tetap makan dan minum jugak.
pee and poo dia besar gedabak ok. sesuai dengan saiz dia.
tapi bau pee diaaa fuhhh hancing sangat, walaupun dah dalam pasir.
jadi memang kena rajin-rajin scoop.


gambar bukti pergi berjogging/berjalan di sekitar kawasan rumah. lolx


kalau ikutkan kemalasan diri sendiri,
jarang sekali nak keluar jog macam ni.
jadi paksakan diri jugak, masuk virtual run dengan count steps semua tu.
walaupun suam-suam kuku je, kena la masuk untuk pergi bersenam.
sampai tercabut tapak kasut tu, tahu :'DD


muka bangga berjogging. ahhahaa



penyokong di sisi tatkala ai berjogging.
terima kasih, cintaku. aicewah.



anaqi dok buat skuter pulak dengan lego classic. kudos, anaqi! terrerlah awak.



siap dah. sebab tak boleh berdiri dengan sendiri, kita sendal dengan brick lego sebiji. haha



orang-orangan lego.
awat lego ni mahal sungguh.
segerombolan orang macam ni, dah makan harga seratus lebih.
demi minat, kuturutkan jua :P



ye, anaqi yang buat semua ni. rajin kan dia :DD


dan marilah kita mengenang si tupai dengan gambar-gambar beliau!


tupai tengah pejam mata.



tupai tengah beramah mesra dengan yuki.



tupai di samping pinggan-pinggan wet food yang tersusun indah. bahaha



wani e sedang berjalan-jalan dekat area PoJ untuk breakfast hunting.



yuki yang suka duduk atas bumbung.



dia memang suka berjalan and duduk atas bumbung ni.. tak tau kenapa.



merdeka spirit sungguh la. haha. ariana and her mom (me).



andd last but not least.
untuk penggambaran merdeka.


dahhh. tamatlah sudah update kali ni.

bertemu lagi di update akan datang, insyaAllah.

ciao cin cau!
 

No comments: