Friday, September 18, 2020

watching koreans

 assalamualaikum and hi! :)

hahaa mood menonton sy berbilang.
skang ni mode tengok drama korea kat netflix.
sebenarnya, drama dari negara mana-mana / bahasa apa-apa pun layan,
malay, tagalog, tamil, spanish, korea..
asalkan plot best and masa tengok tu, kita ada perasaan nak sambung the next episodes tanpa tertangguh lagi.
kalau ada perasaan macam tu,
maknanya best la cerita tu dan sy akan continue tengok.

ye, menonton ni pada sy, banyak ikut kata hati.
kalau tak best, kita akan stop je walaupun dah tengah-tengah jalan. ye dak?

(btw sy tak habiskan tengok CLoY walaupun episod tinggal nak final haha)


so!
baru-baru ni ada keluar drama korea baru on netflix.
kebiasaan, sy suka tengok drama korea jenis-jenis historical..
yang ada raja-raja, menteri jahat semua tu.
tapi sebab tak jumpa cerita yang best sangat,
kita beralih kepada cerita moden kejap.


record of youth

surprisingly,
sy suka tonton drama ni. record of youth.
drama ni banyak mengajar tentang mengejar impian dan pedulikan sebarang halangan yang muncul.
yang malasnya, sebab nak kena tunggu seminggu 2 episod tu.
huahhh lamanyaaaa.

record of youth mengisahkan sa hye-jun (dilakonkan oleh park bo-gum) -belah kanan sekali dalam gambar di atas.
dia ni seorang model yang dah lama jadi model.
family dia dok kata kerjaya dia takkan berkembang sebab modelling ni tak de future yang bagus, kecuali ko betul-betul popular.

si hye-jun ni ada kawan baik dari zaman sekolah, namanya won hae-hyo (yang kiri sekali dalam poster kat atas).
hae-hyo ni model jugak, tapi anak orang kaya.
so hidup dia tak berapa nak ada halangan macam hye-jun.
mak dia penyokong tegar and selalu dapatkan deal-deal (macam modelling dan lakonan) untuk dia, walaupun dengan cara yang tak bersih.
contohnya beli followers kat instagram,
sampaikan director movie ambik hae-hyo berlakon sebab 'ramai peminat', walaupun asal-asalnya nak ambik hye-jun.

apa yang lagi menggeramkan,
bapak hye-jun dengan abang dia sendiri pun tak support dia.
selalu hina dia sebab kerja modelling.
tapi atuk and mak dia support la, cuma sebab mak dia tak kaya and kerja pun as maid kat rumah mak hae-hyo.
mak hae-hyo selalu la eksyen-eksyen pasal anak-anak dengan mak si hye-jun ni.
walaupun begitu, hae-hyo baik and tak macam mak dia.
hae-hyo selalu nak libatkan hye-jun dalam kerja-kerja modelling.
tapi hye-jun nak berusaha sendiri.
atuk si hye-jun pun selalu kena cerca dengan ayah and abang hye-jun.. haha
sebabnya atuk dia ni dulu model jugak, and hidupnya tak kaya.
so bapaknya hye-jun selalu blame si atuk yang menyebabkan diorang sefamili hidup susah.

an jeong-ha, watak heroin (gambar tengah). kerja make up artist.
dia ni fan kepada hye-jun.
and diorang kenal time fashion show, lepas tu terus jadi kawan.
an jeong ni pun ada krisis dengan rakan sekerja dia.. senior.
sebab an jeong ni lagi terrer la daripada senior dia and selalunya client akan minta khidmat dia.
so senior ni macam dengki la.

sekarang tengah menunggu episod terbaru.
dapat tak hye-jun gapai impian dia. dia nak jadi pelakon sebenarnya haha
..and dah dapat pun watak pembantu dalam satu movie ni.
sy suka watak dia sebab mencerminkan orang yang tak putus asa,
gila-gila baik punya orang tapi tetap stand on his decision, walaupun satu dunia menghalang.

recommended to watched on netflix.


itaewon class

sementara dok menunggu record of youth yang seminggu 2 episod tu (tragisss haha),
kita tengok juga itaewon class ni.
plot best wohh.

alkisahnya tentang seorang student lelaki ni,
nama dia park sae-ro-yi (dilakonkan oleh park seo-joon).
yang tengah sengih tongkat pipi dalam poster kat atas ni. haha

sae-ro-yi ni adalah contoh orang biasa yang ditindas orang kaya.
cerita bermula bila dia tolong seorang student kat sekolah baru dia, daripada kena buli.
yang buli tu bernama jang geun-won, iaitu anak kepada taikun kedai makan yang besoo.
so dia pun beso jugak la. beso kepala. haha
last-last sebab geram, sae-ro-yi tumbuk si jang ni.
kena expel (buang sekolah) sebab punya beso pengaruh bapaknya jang ni.
bapak dia pun jenis ego eksyen macam tu la.
suruh sae-ro-yi melutut minta maaf bagai kat anak dia,
walaupun hakikatnya anak dia yang bersalah
and cikgu pun buat buta mata je.

nak dijadikan cerita, bapak sae-ro-yi ni kerja dengan mr. jang ni (jang dae-hee).
so disebabkan insiden ni, bapak dia berenti kerja.
then diorang nak bukak kedai makan la.
tapi malangnya bapak dia kena langgar and dieee.
yang langgar tu, si anak jang ni.
tapi sebab orang kaya, diorang cakap tukang kebun yang pinjam kereta jang time tu.
so tukang kebun la kena hukum.
bila dapat tau, punya berangin la si sae-ro-yi ni.
sebab dia ada ayah dia sorang je. now ayah dia dah mati.
sae-ro-yi pergi cari jang kat hospital dan hampir-hampir bunuh dia,
sebelum dihentikan oleh kawan perempuan dia, oh soo-a yang datang dengan 2 orang polis.

punn sama. pakcik jang suruh sae-ro-yi minta maaf kat anak dia untuk lepas diri.
sae-ro-yi tak nak, sebab dia cakap jang dah bunuh bapak dia.
tapi dia pulak yang kena penjara 3 tahun sebab cubaan membunuh.

3 years later, dia dah umur 21 tahun and keluar penjara.
dia pun nak buka kedai makan kat itaewon, satu kawasan at korea yang memang meriah mak ngah la.
dia nak revenge and lawan balik dengan pak cik jang dan anaknya ni.

so kalau nak tau kisah selanjutnya,
jom kita sama-sama tengok.
banyak pengajaran boleh dapat.


tu je la kerajinan sy untuk hari ni. haha

semoga sy rajin untuk follow dan habiskan cerita-cerita korea ni. lolx

till then!

No comments: