Monday, September 07, 2020

tempat permainan kanak-kanak di d'pulze, cyberjaya

assalamualaikum and hi! :)

memang banyak lepak cyberjaya je la sekarang ni,
sebab duduk di dengkil haha.
dulu duduk putrajaya, lepak alamanda yang lebih.
malam-malam pun boleh pergi alamanda, sebab dekat sangat dengan rumah :P

so!
untuk yang tak tau,
ada satu ruangan baru yang dibuka di aras 2F,
pintu masuk dia sebelah Mr. DIY tu je.

dalam tu macam kids heaven sikit la.

ada free playground, ada pet shop, ada kedai mainan, kedai bubble & bath macam tu.

sabtu baru-baru ni, dok mengangkut AAs ikut ke d'pulze,
sebab babahnya masuk ofis.
bawak diorang main kejap.

tempatnya memang cantik, simple dan kemas.
orang pun tak ramai.


haa ni la AAs! kalau korang tak kenal :P ariana and anaqi.



anaqi main kereta. penggila kereta dan ultraman. haha
memakai janggut face mask.


macam mana laa nak suruh budak-budak ni pakai face mask selalu.
diorang selalu suka nak bukak.
rimas agaknya. haha
(kita yang pakai ni pun rasa lemas dalam mask tu kan).


monkey bar.


kat sini nak selit tentang kerisauan parents.

ya parents ni memang ada satu penyakit iaitu risaukan anak-anaknya.
risau tinggalkan anak kat daycare, risau lepaskan anak ke sekolah, risau anak ke playground dengan kawan-kawan tanpa pengawasan parents (tau la zaman-zaman ni kerisauan tu camne).
macam-macam risau lagi la.

sy tak terkecuali merasai kerisauan tu. haha
risau tanda sayang, ye tak.
tapi lepas-lepas tu sy fikir,
tak de gunanya risau berlebih-lebihan.
kita mengharap pada manusia (i.e diri kita, anak-anak kita, kadang atuk/nenek, cikgu, caretaker) untuk jaga anak.
tapi even ada je kes parents sendiri terlepas pandang dalam menjaga.. contoh kes tertinggal anak dalam kereta, anak sesat jalan sorang kat pasar malam.. etc etc.

semasa kita, as parents ni ada,
bolehlah kita jaga anak-anak.
tapi bila anak tak de depan mata? e.g. pergi sekolah, pergi tadika/taska..
bila kita tak de dengan mereka?
macam mana pengharapan kita?

yes, pengharapan itu kita serahkan kepada Allah semata-mata.
sebagai ibu, sebagai bapa,
keraplah berdoa mohon supaya anak-anak dijaga dan dilindungi Allah di mana saja mereka berada.
hatta mereka ada bersama kita, atau tak.
sebab kita tau, limitation kita as human.
kita takkan selalu ada dengan anak-anak.
yang mampu menjaga anak-anak hanyalah Allah swt (dan dengan usaha kita sebagai 'alat' or medium).

kalau kita selalu berfikir macam tu,
dan selalu berdoa untuk perlindungan daripada Allah,
insyaAllah, Allah akan jaga anak-anak kita,
and kerisauan kita as parents tu pun akan berkurangan.

selalulah mengharap dan bergantung padaNya semata-mata,
hati akan jadi lebih tenang.


nampak cantik dinding ni, so kita snap satu kaliii.




peluncur handalan.



lepas dah kepenatan main, kita bawak makan kat 4fingers; kedai ayam goreng yang sihat sikit. HAHA


yoshh, trylah 4fingers ni.

dia geng-geng kyo chon, iaitu ayam tanpa suntikan antibiotik, ayam sihat.
yang tak sihat tu sebab bergoreng je. haha

(tapi biasalah, bila ayam sihat, harga pun 'sihat' jugak :P)
nak makan hari-hari tak dapek, walaupun ariana berkali-kali cakap, "sedaplah, sedaplah." bila makan ayam ni. lololx

//

tambahan:

untuk tempat permainan kanak-kanak lain,
boleh didapati juga di Aras UG, d'pulze.
kat situ ada molly fantasi dan arcade,
juga kedai yang jual mainan untuk collector.

arcade lagi satu, ada di aras 2F juga,
bersebelahan dengan panggung wayang.

tu je kot tempat-tempat mainan di d'pulze yang sy tau.

dah tu je coretan untuk kali ni.
sampai jumpa lagi!!
 

No comments: