gambar merdeka kat ofis hari tu. |
assalamualaikum and hi! :)
hari kebangsaan malaysia tahun ni disambut serba sederhana.
ye lah, sebab covid kan.
jadi tak ada perarakan meriah-meriah macam selalu.
cuma ada perarakan berkuda je, tak silap.
kitorang pun dok pakai baju dan tudung merdeka tahun-tahun lepas punya.
apa yang ada, kita pakai semula.
tiada pembaziran di situ.
pergi hotel ke, mana ke, pun tak de.
duduk kat rumah je atau keluar dekat-dekat je macam tu.
memang serba sederhanalah konsepnya tahun ni.
bergambar untuk kenangan merdeka di musim covid. ni pada 30 ogos. |
yoshh. 30 dan 31 ogos dua hari kita pakai tudung merdeka ye.
tudung lain-lain la, bukan tudung sama tak basuh. HAHA
tapi macam tak snap gambar diri sendiri pada 31 ogos.
dengan ariana di belakang. |
anaqi dengan babahnya pun ada tu ha :P |
manusia, meriah la jugak.
SOP masih diamalkan di setiap kedai.
cuma kalau tengok kat tempat lapang tu,
orang masih bersesak tak kira dekat ke jauh.
yang tu SOP ke laut jugaklah.
escalator pun sama.
yang berjarak, jaraklah.
yang tak berjarak pun ada.
ikut suka hati kau konsepnya gitu. haha *sabar je ye* :P
anaqi dan hasil buruannya daripada dunkin donuts. |
dekat cermin toilet IOI pun boleh jadi tempat penggambaran. lololx (apa boleh buat, cermin sebesar alam) |
3 beranak, sorang nak kena rotan tu sebab lurut mask ke leher. KKM tak lepas tu! |
laparunnah. brunch terus. tak tau nak makan apa, pergi ke food court tingkat atas je. |
kiranya masing-masing nak berlagak dengan busana merdeka la ni. HAHA |
memang nak spam gambar, sebab kitorang jarang snap gambar berdua. on general occasion. haha |
depan sport's direct ada dinding yang dicat cantik ni. gambar ni disnap oleh ariana. |
gambar pada 31 ogos! (tak banyak pun)
gambar budak-budak AAs ni je la.
kitorang gi makan sarapan pagi kat restoran makang, cyberjaya.
so pagi tu sempat bergambar.
anaqi. amboi sangat. geram tengok budak ni, banyak akal. haha |
ariana pun berbaju merdeka. muat lagi ni dari tahun lepas. |
anaqi yang sebati dengan kereta cooper merah di belakang beliau. haha. sedondon, kan! |
ok tu lah cerita merdeka 2020 kitorang.
tak de la pergi KLCC tengok bunga api ke apa *eh ada ke tahun ni?*
mostly duduk rumah, tengok tv je la.
dengar cerita yang pergi bercuti dll pun, jem sakan kat jalan raya.
itu pun kira meriah jugak kan. teehee.
k bye!! sampai jumpa lagi, insyaAllah ^^
No comments:
Post a Comment