assalamualaikum and hi! :)
jumaat minggu lepas ada meet up with the girls.
plan asal nak pergi tempat lain,
lepas tu sampai-sampai kedai tu,
katanya lori hantar ayam, rosak.
so tak de ayam. so kedai tutup. haha
boleh? :D
so nak kata memang berjodoh la dengan it's thai ni,
sebab tak plan pun asal-asalnya nak makan kat situ.. and first time masuk malakat mall. hoyeah.
malakat mall adalah mall berkonsepkan islamic,
iaitu nak menyokong ekonomi sesama muslims.
kalau korang nak jadi pemegang syer malakat mall pun boleh.
just RM100 sebulan di bawah koperasi diorang.
tak tau detailnya, may be dapatlah dividen semua tu.
boleh search kepada yang berminat.
di manakah malakat mall terletak?
lokasinya sangat dekat dengan d'pulze shopping mall, cyberjaya.
belakang tu je.
dekat CBD CBD tu la. haha
parking masuk melalui laluan parking bertulis MALAKAT MALL.
carilah lif atau escalator,
naik ke aras G.
restoran it's thai ni berada di laluan luar malakat mall..
diapit oleh kedai the tarik corner dan ayam kampung.
masa tengok menu,
ada promo set 4 orang makan, ikan siakap masak kengsom.
dapat dengan nasi 4, air teh o limau 4, sate ayam dan sayur kailan.
yang ni dalam RM60+ je.
kitorang share bertiga, so sorang baru RM20 macam tu.
dapat juga teh herba yang berbau sangat wangi dan boleh refill (dalam cawan kecik).
ni diaa sate ayam. kuahnya pekat dan sedap, cukup-cukup saja. satenya adalah sate goreng, bukan bakar. tasted nice. |
nah, ini dia ikan siakap kengsom. diletakkan di dalam pot panas macam tomyam. |
first time makan masak kengsom.
sebelum ni, just dengar-dengar je.
masak kengsom is somewhat masak asam (sebab rasa masam),
dan ada kangkung serta nenas dalam tu.
macam adik beradik singgang la, sebab direbus.
i think this is healthy food *thumbs up*
rasa?
super sedap!
may be akan datang lagi ke it's thai untuk cuba masakan yang lain.
nasi pun dia letak dalam bekas kayu ni. cute je. |
gambar sahabat bertiga. missing in the picture: azra (tunggu beliau habis test dan lain-lain urusan student.. ahaks) |
so tu je.
entry short short kali ni.
jimat masa.. kahkah.
toodles!
No comments:
Post a Comment