assalamualaikum and hi! :)
fuhh berbondon-bondon gambar dalam galeri phone nak kena update :P
kemalasan lipasan apakah iniii HAHA
tak pe tak pe,
kita go slow *ke go fast??* one picture at a time.
so!
ni kisah zaman rimba yang lepas. haha (sebab dah lama pending)
bulan jun yang sudah.
nah, tengok gambar kat bawah ni dulu.
ni adalah journey kitorang ke kuala kangso, perak. akan melalui signage IPOH atas bukit ni dulu. |
loove perak.
sebabnya kat perak masih banyak tempat-tempat semulajadi.
macam bukit-bukau, hotspring, gua, hutan, pokok, sungai.. hah korang sambunglah namakan unit-unit alam semulajadi tersebut. ahaha
jadi sempena birthday yours truly *kite la, siapa lagi :P*
pada 21 jun yang lampau (haha melampau),
maka husb telah merancang trip makan durian sambil menikmati keindahan alam semulajadi (read: kampung stay) di kuala kangsar, perak.
dah sampaiiii. |
kitorang berkampung stay di kampung labu kubong, kuala kangsar, perak.
kot ada yang mencari-cari tempat untuk kampung stay.
nah, kita bagi nombor siap-siap.
hj meor (kg. labu kubong) koordinator 019-577 3471.
koordinator ni means beliau akan jadi pengantara siapa2 nak dok home stay atau kampung stay kat sini.
sebab owner rumah ada a few.
kitorang duduk kat rumah kak fatimah dengan husband dia.. tapi terlupa namanya.
tapi diorang ada kedai runcit dekat-dekat je dengan rumah yang kitorang tinggal tu.
jiran sebelah rumah kitorang pulak adalah family dari kelantan,
yang berkumpul untuk BBQ dan family day.
gambar di papan tanda homestay labu kubong. |
menurut husb ai yang jaga homestay di motac,
beza homestay dan kampung stay;
homestay ni, kita tinggal sama-sama dengan owner rumah dan melakukan aktiviti dengan mereka.
manakala kampung stay pulak, kita dok sendiri dalam rumah tu dan kalau nak buat aktiviti etc, bergantung pada kita. nak buat hal sendiri pun boleh.
tapi biasanya kalau pi ke kampung, buat aktiviti di kampung la best. kan.
angguk cepat! :D
salah sebuah rumah di kampung labu kubong. cantik rumahnya. hj meor cakap, time raya biasanya akan ramai orang singgah untuk bergambar kat depan rumah ni. traditional-ish kan. |
ariana (daughter/dottah. sebut macam harry powtah) and myself. |
husb kite, isz penjaga homestay. haha |
budak berdua kat depan tram. ha jangan memain, kampung ni ada tram, tahu! |
ni salah satu contoh bantuan yang kerajaan beri kepada pengusaha-pengusaha homestay.
geran, kenderaan dan pelbagai lagi.
tak silap sy, tram ni bawah program kementerian luar bandar.
kudos! kudos jugak kepada orang-orang kampung yang ambil inisiatif untuk membuat perusahaan homestay dan kampung stay ni.
me taking photo be like: tengah memahamkan nilai estetika dan komposisi objek bagai. hahah |
me and the cheeky one (anaqi) |
another artsy shot try out. boleh buat cover pamflet tak gambar ni? hihi |
so petang tu kitorang dok enjoy naik tram pusing kampung.
ada jugak guests lain yang naik sama.
babah, nana, qiqi, mama. nama glamer memasing. |
"hahh nama adik awak qiqi?" teringat sorang kawan ariana tanya dia.
haha jyeah, nama dia qiqi.
nama masa kecik je.
jangan terbawak-bawak pulak panggil qiqi sampai dah besar.
aneh pulak bunyinya nanti. HAHA
the great view of Allah's creation. |
bagus suasana kampung macam ni.
fresh air. badan pun lebih sihat sebab hirup udara segar hari-hari.
kat bando, kemain berkepul-kepul asapnya.
kat dengkil jangan cakap la.
belakang tu depoh bas.
bas-bas kilang punya asap, kemain hitam macam doblas tahun tak servis. haha
sy kalau drive belakang bas kilang kat dengkil,
siap tutup hidung pakai mask,
sebab sampai dalam kereta masuk bau asap.
lepas tu laju-laju nak potong bas tu.
serius tak tipu :P
ariana berlatarbelakangkan sawah padi yang belum naik lagi. |
lagi view kampung. cantik, ada bukit kat belakang. |
lepas satu round pusing naik tram,
kitorang kendurian pulak, apa lagi. haha
musim durian, kan. kat perak pulak tu.
hj meor ada dusun, jadi dia bawak beberapa biji durian untuk disantap oleh kami-kami orang bando masuk kampung ni :P
"uu the glorious durians!" kata mat salleh yang makan durian. gahaha (yang tak makan tu, dok diam-diam situ) |
sambil-sambil hj kopek durian, kita selfie dan foto-foto sana sini dulu. |
kitorang ni memang durian fans,
dari zaman bujang membawak ke dah kahwin,
membawak ke anak-anak.
diorang pun makan durian jugak.
budak-budak ni suka durian kampung yang putih-putih tu.
durian kuning-kuning premium tak suka.
untunglah, tak de pesaing nak rebut. HAHA
tu diaa pencinta durian kita sedang bergambar. |
ni lah hj meor. terima kasih, hj sebab belanja durian. didoakan murah rezeki hj forever and ever. aamiin. |
a malaysian, and a malaysian durian. haha |
another malaysian with another durian. lololx |
alhamdulillah.
kitorang party durian habis-habisan semasa trip ni.
sebab tengah season.
pagi durian petang durian dan begitulah selanjutnya.
hihi
tapi tak de la makan tak ingat dunia.
ingat. kita makan berpada-padalah, biar tak kepanasan macam cacing kepanasan.
gambar hari jadi. ahax. happy birthday to me! dah tua-tua, gini jugak gayanya :P |
kemain cantik view kat belakang tu. masha Allah.
sampainya hari jadi ke-36 ni,
tak de banyak nak minta.
just nak minta masuk syurga je (hihhi) -tambah; tanpa hisab, amalan diterima, sihat walafiat selalu supaya senang beraktiviti. aamiin.
lepas tu kitorang dok mencari air terjun.
yoshh ada air terjun dalam kawasan kampung ni.
let's kita!
nak lagi best, panjat tinggi sikit. boleh nampak view di bawah. |
me and mini waterfall. mini sungguh ni. haha |
kedutan yang digemari ramai :P buah D24. |
geram tak bila beli buah durian, dapat yang mengkal?
keras-keras je macam tu.
kalau dapat yang lembut kedut-kedut macam kat atas ni,
memang bahagia super extravagant happiness up up and away macam tu. hahah
husb dan batch durian yang lain pulak. Allah, rezeki durian dibagi. alhamdulillah~ (sebut gaya tok adi) |
tak ketinggalan nak selfshot dengan raja segala buah ni. |
fuhh gambar sawah pagi di pagi hari. kabus tu mahalll. |
satu lagi yang menarik kat kampung labu kubong ni,
'pusat' kampung ataupun village centrenya terletak di satu kawasan yang dinamakan anjung.
kat area rumah tradisional tadi.
so kat sinilah ada kedai makan tempat berkumpul.
kat belah-belah luar ada jugak kedai makan,
tapinya yang dekat, kat anjung ni la.
kitorang breakfast, dinner pun kat sini je.
suasana warung kampung yang aman sejahtera. aicewah. |
kita ambil nasi goreng dan kwey teow goreng, buat sarapan pagi. |
warung ni sangat simple ye.
jangan dok order tomyam bagai semua tu, tak ada. hihi
yang ada, goreng-goreng simple macam nasi goreng, mi, kwey teow tu ada.
time order nasi putih dengan telur kicap pun, pekedai dah confuse dengan order kitorang. haha
tak pernah orang dok order telur kicap agaknya :P
budak pemakan telur kicap. |
(tapi ada kedai masakan panas kat area kampung tu jugak.. kalaulah ada yang teringin nak makan tomyam. dekat je dengan rumah yang kitorang inap tu)
sumbat, anaqi. sumbat selagi boleh :P |
makanan rakyat malaysia yang lengkap satu set. |
sebelum balik tu,
kita snap sekali gambar-gambar kat rumah untuk kenang-kenangan.
dan kot-kot korang nak tengok macam mana rupa rumahnya, dari luar dan dalam.
harga RM150 saja untuk 1 malam.
affordable kan.
bagi yang nak datang ke perak menikmati musim durian, sawah padi dll, bolehlah ambil peluang untuk menginap di kampung labu kubong ni.
kat tepi rumah ada playground untuk anak-anak. sawah padi terbentang luas. boleh connect ke sawah padi. ada laluan dia. kot nak bergambar. |
dapur feeling-feeling ala kampung macam kat kampung atuk nenek kita ^^ dapurnya kemas. pinggan mangkuk ayan sudu gerepu beras semua ada. |
bilik air dan tandas dibahagi dua. bersih, tak de cicak. hihi |
rak pinggan. dapur masak semua ada, boleh masak kat sini. kat luar rumah pun ada bbq pit kalau nak membako. |
air minuman disediakan. mesin basuh semi-auto pun ada. |
ruang tamu. ada satu tv saiz 32 inci dengan siaran daripada astro njoi. |
bilik tidur ada 2. yang ini ada 2 katil single. selimut, towel semua ada. |
bilik tidur katil queen. |
durian yang dibawa pulang ke selangor. |
durian ni, ada yang hj bekalkan sikit untuk dibawa balik.
ada yang kita beli jugak dalam kawasan kampung.
kitorang perasan ada satu rumah ni yang kumpul durian banyak gile.
sebab ada lori tunggu situ dengan bakul-bakul durian.
tapi bila sampai, stok dah habis.
so beli kat satu area berbumbung.. tempat peraih durian ambik durian daripada penduduk kampung jugak.
ambik gambar depan rumah sebelum bertolak balik. |
so tu lah ceritanya..
trip birthday ke perak bersama family.
di kesempatan ni, nak say thanks a million of thanks to my awesome, handsome, husb kerana sudi menaja percutian kita pada kali ni. ahaks.
till next trip, insyaAllah.
byeeeeeee!!
No comments:
Post a Comment