Wednesday, August 12, 2020

pusat kitar semula putrajaya

assalamualaikum and hi! :)

kepada korang-korang yang tinggal di sekitar putrajaya dan mencari pusat kitar semula..
untuk mengitarsemulakan (ada ke word ni??) barang-barang terpakai,
bolehlah ke pusat kitar semula di presint 9, putrajaya.

sepanjang recycling journey sy,
di sinilah tempat sy melupuskan minyak masak, plastik dan kertas.
baju, buku dll pun boleh jugak kalau nak hantar.

pusat kitar semula yang terletak di area flat hijau, presint 9 (kini tida hijau lagi :P)


musim-musim MCO ni,
bila sy sampai-sampai je, penimbang dah menunggu di luar. haha

biasanya sy akan kumpul 4 botol sekali, then baru hantar untuk dijual dan dikitar semula.


bagus jual minyak masak terpakai ni.
satu botol boleh dapat dalam RM5.
sekali jual dapat RM20, bolehlah buat beli minyak masak baharu.. jyeahh.
(tapi biasanya sy menabung je duit kitar semula ni)
yang penting dapat jaga alam sekitar dan jaga sistem perparitan daripada tercemar.


yang dalam plastik hitam tu.. 'koleksi' plastik sy HAHA


biasanya lepas korang beli barang yang dibalut plastik,
korang akan buang terus dalam tong sampah biasa, atau asingkan?

mengejutkan, sebab plastik yang kita pakai setiap hari ni SANGAT BANYAK sebenarnya.
kitorang mempunyai satu drawer khusus kat dapur,
untuk barang-barang kitar semula macam plastik, tutup botol, bateri.
next time insyaAllah kita akan share.
plastik bersih dan kering daripada belian barang-barang, kita simpan semula untuk dipakai.
manakala plastik pembalut macam yang balut vitagen lah, milo kotak lah,
plastik cover barang mainan dan macam-macam lagi,
sy kumpulkan untuk kitar semula.
memanglah masa mengumpul tu, rumah akan jadi penuh.
nasib baik la ada stor tempat simpan.. haha.
tapi worth it la, sebab dapat recycle balik.
jangan buang sesaja, tau. kesian kat bumi ni.

btw harga plastik tak la mahal mana,
satu plastik XL besar tu bolehlah dapat dalam seringgit lebih. haha




ni harga-harganya jualan bahan-bahan kitar semula. jangan risau kalau tak nampak, nanti sy listkan kat bawah ni.


harga penjualan bahan-bahan kitar semula

e-waste (harga per unit) :
CPU (desktop) = RM5
monitor = RM4.50
notebook = RM3.50
server = RM15
printer = RM3
scanner = RM1
fax = RM1
televisyen = RM4
peti sejuk = RM4.50
microwave = RM3
vacuum = RM1.50

yang ni nampak, kan? tak yah listkan balik. hihi


tin aluminium mahal ok.. RM2.50.
yang selalu minum air tin tu, bolehlah kumpul-kumpul.


biasanya hasil jualan yang sy dapat, RM20+ setiap kali datang ke pusat kitar semula. alhamdulillah.



simpan buat kenangan.
 

jadi kepada yang dah kumpul-kumpul and nak pergi ke pusat kitar semula presint 9 ni,
bolehlah google map atau wazekan aje.
insyaAllah sampai nanti.

kalau direction jalan pulak,
dari area pasar myfarm, straighttttt je ke depan
sampai nampak rumah flat cat kelabu di kiri,
masuk simpang kiri and ikutlah laluan tu sampai nampak pusat kitar semula di kanan anda :)
boleh parking kat dalam.
tengah hari jumaat diorang tutup solat jumaat je.
(sebab pernah pergi time tu, tetapi kuciwa. haha)
sabtu ahad bukak je.

ok till then and semoga bermanfaat!

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Hai nak tanya buku buku sekolah pun boleh hantarkan ke sini ya? Kategorinya kertas lah kan? Hehehe

wani ezryl * said...

hai! ya buku2 pun boleh hantar. tak sure under kertas atau memang under buku2.
:)