assalamualaikum and hi! :)
dah bakpe meriah ngak raye tahung ni? *insert slang ganu*
hihi seriously i'm bad at speaking in ganu's mother tongue. but hey, i tried.
so!
raya aidiladha tahun ni agak meriah mak ngah jugak la,
sebab rakyat malaysia balas dendam semuanya nak balik beraya.
raya aidilfitri yang sudah kan tengah musim-musim MCO/covid bermaharajalela.
so raya is limited.
balik kampung rentas negeri pun tak boleh.
jadi ni lah masanya untuk revenge. ahhaha
since kita semua menjangkakan yang trafik akan horror kali ni,
ada yang dah balik kampung lebih awal,
tak kurang juga yang go with the flow je la sebab ada anak-anak sekolah (tunggu sekolah cuti dulu).
redo je makan jem tanpa roti di atas jalan. haha
kitorang?
kitorang plan nak balik terengganu (kampung tok ai) on the first day of raya itself.
kononnya nak kurangkan jem la.
hm.. we'll see. lolx
sebelum tu, menu wajib raya, rendang ayam kampung hendaklah dimasak dulu :P |
tengah nak mengeringkan rendang ni ha. |
raya hari jumaat (31 julai).
khamis kita kerja lagi.
so balik-balik kerja tu baru la dok singgah beli santan bagai.
then baru masak rendang.
pagi-pagi jumaat pulak baru gerak ke shah alam (rumah my mom).
harith and durra pun ada, tapi diorang tak follow balik terengganu sebab ada program family side durra on saturday.
faliq and ain pulak dah gerak ke johor (rumah parents ain) sebelum tu.
gambar raya dalam kereta dulu :P |
tak plan awal pun nak pakai purple. pakai mana yang ada je. baju purple sy ni beli dari time raya aidilfitri, tapi tak pakai lagi. kira baju baru je lah ni. lolx (muka ai tak porcelain pun macam dalam gambar tu, harap maklong. ni angkara kamera auto kat handphone. bukan filter yang disengajakan. HAHA) |
tapi ok lah ada teknologi ni..
tak payah pening-pening nak photoshop dah.
zaman dulu kita photoshop, sebab banyak zits. kahkah
(apapun jangan kecam anak2 muda yang pakai filter. sy ok je kalau orang pakai filter. biar la dia nak nampak lawa dalam gambar. plus, technology rocks and i love technology!) - budak multimedia memang gini. haha
selepas melalui jalan yang lapang (tetapi tidak sunyi) ke shah alam,
maka sampailah kitorang dalam pukul 9 pagi macam tu.
orang kat shah alam dah laparunnah tunggu rendang :P sorryyyyy.
sebab lapar, gambar makanan kat meja ala kadar je. dah ngap siap-siap dulu. haha |
ni rendang kerang yang dibeli daripada this lady from kampung dato' ahmad razali, dengkil. sedap rendangnya. RM40 je untuk sekilo. kita 'fetched' rendang ni lepas balik dari kerja pada hari khamis tu. |
rendang nukilan diri sendiri. haha (lapar pulak tengok gambar ni adoi) |
orang shah alam beli sate. |
lemang pun orang shah alam beliii. |
lepas selesai makan sana sini :P,
maka kitorang pun gerak terus ke terengganu.
raya pertama punnnnn..
JEM ok!!
tapi fikir-fikir, ni kalau balik semalam mesti lagi teruk jemnya.
atau hari sebelum.
so kira ni jem tahap light la. fine la. hahaha
yelah, happy la sebab nak balik kampung.
tetap gembira walaupun dirundung jem. uhuk. |
yelah, happy la sebab nak balik kampung.
jem belakang kira.
rasanya kebanyakan yang balik jauh pun berfikiran macam ni HAHA
tapi kalau diberi pilihan, haruslah ai tak nak mengadap jem jem ni.
lagi suka perjalanan yang lancar, selancar air terjun niagara.
nah, gambar jem untuk tatapan umum. rofl. dari sebelum tol gombak lagi dah jem kat KL tu. ni dah lepas2 tol rasanya. |
nampaknya semua orang fikir nak balik on the first day of raya,
sebab nak elak jem ambang raya katanya.
semua fikir yang sama!! HAHA
hence, jemlah kita berjemaah pagi tu.
tapi ok la, tak la severe sangat sampai makan masa 10 jam :P
dengar cerita, geng-geng yang kelik klate sehari or 2 hari sebelum, estimated dalam 12 jam sampai.
bertabahlah kita semua yang balik ke pantai timur, mahupun utara tanah air.
demi kampung tercinta.
hah gitu.
sesapa yang dok area KL, rawang, atau mana2 pun yang nak order kek dengan izat, boleh follow ig cousin sy ni;
'kerenak', orang ganu kata. hahaa. selalu kena marah sebab snap gambar orang tengah tidur :P |
corak pada baju raya ai. suka bunga-bunga macam ni (thin outlined). |
gerak jam 11.30 pagi, sampai around 6 petang macam tu. alhamdulillahhhh. ni pintu gerbang felda jerangau, kampung tok kite. |
ni kek burnt cheese cake yang dibuat oleh cousinsku.. chef izat and nadia. tqtqq korang, simpankan untuk kak wani sikit. sedap! |
sesapa yang dok area KL, rawang, atau mana2 pun yang nak order kek dengan izat, boleh follow ig cousin sy ni;
izz.pastriess_hunter
suasana kat dapur. dapur kat kampung ni memang meriah-meriah selalu. makanan tak putus-putus. haha cik man (pakcik), mama, cik arah & cik mah (makcik2). |
keesokan harinya raya kedua,
petang tu kitorang ke kuala terengganu.
ingatkan jem teruk, tapi ok je jalan. heran kami. haha
may be rakyat terengganu masih beraya pada raya kedua di rumah masing-masing (kalau aidilfitri, jem teruk jugak jalan ke kuala).
tapi pusat bandar jem la (kata makcik pakcik kitorang yang ke situ).
kitorang takat ke seberang takir je cari kepok and ICT (ikan celup tepung).
makluman: kedai kepok tok beng tutup raya kedua!!
so cari alternatif lain.
ada 2 kedai kat seberang takir (ada lagi kedai lain, macam kat depan sekolah.. tapi kitorang pergi yang 2 ni je)
kedai mak adik dan kedai pok din.
beli kepo goreng diorang dulu, kemudian dibandingkan.
finally, kitorang decide untuk beli kat pok din.
tak dapat ICT, kita ke plan seterusnya.
kepok goreng mak adik. jenis panjang2. kat pok din jenis potong2 and kaler gelap sikit. dua2 pun sedap, atas selera masing-masing. |
then melalui jalan tepi pantai teluk ketapang.
meriah la jugak sebab ada macam pasar sepanjang jalan.
dah macam kat pantai batu burok, meriahnya.
dulu-dulu, berapa kerat je gerai makanan ada kat sepanjang jalan pantai ni.
now tengoklah, semakin maju and meriah.
siapa nak tunggang kuda, ada kat tepi pantai. yang nak naik pedati kuda, pun ada tepi jalan ni. area kedai ICT pok long (kedai pok long tutup). rayaaa. |
biasanya kitorang akan makan ICT kat kedai pok mang. ni la jalannya, belakang airport. tapi kesedihan, sebab kedainya tutuuuuppppp. |
tak dapat ICT, kita ke plan seterusnya.
iaitu beraya kat rumah tok nun.
tok sedara kite ni :)
rumahnya kat seberang takir jugak.
the next day raya ketiga, dah nak balik selangor dahh.
gambar kenang-kenangan beraya. haha |
then baliklah kita ke kampung felda jerangau. sampai kat bukit ni, harus snap gambar ^^ |
the next day raya ketiga, dah nak balik selangor dahh.
hari ahad.
tak dapat berlama-lama kat kampung, nanti lagi jem.
kemudian gerak baliklah kitorang ke shah alam.
bahagi-bahagi dulu ketupat daun palas ganu ori yang jiran tok buat. sini kat kampung murah je harganya, dalam 60sen+ sebiji. kalau kat putrajaya, singgit ke singgit lebih kot. |
sup gearbox daripada daging korban. |
tahun ni kita try buat korban dengan ezqurban.
ok la, mudah dah sekarang dengan adanya online.
sistem pun akan update status terkini.
korban di kampung-kampung may be limited, musim-musim MCO ni.
kalau tak, seronok jugak tengok orang sembelih lembu.
meriah biasanya.
semoga Allah hapuskan virus covid-19 ni daripada muka bumi. aamiin.
sebelum balik, kita bergambar dengan tok ki kita dulu. umur lebih kurang sama dengan tun M, alhamdulillah. tapi tok ki dah nampak kurus sikit, makan pun tak banyak. semoga tok ki sihat-sihat selalu ye. |
cik lek (pakcik kita) and kucing nama pul (saiful? HAHA) tapi kucing betina. ada cerita di sebalik nama kucing ni :P |
tok ki. |
ni cik long. rumah di KL, taman melati. |
tok yam :) |
cik mah, cik su & nadia, anak cik su. sekali dengan tok ki. kalau time-time ada orang nak balik ke KL/selangor, ramai-ramai akan kumpul kat beranda luar ni untuk babai. hihi |
cik mah dan cik su. |
kemudian gerak baliklah kitorang ke shah alam.
jeng krenggg. haha
almost 10 hours baru sampai shah alam.. dah malam kala.
lepas tu kitorang decide untuk tidur je kat shah alam.
esoknya baru balik ke dengkil.
drive, bergilir dengan husb.
ai punya turn sampai kat area karak yang jalan turun bukit, kereta laju2 tapi banyak.
buntang mata kejap drive malam-malam macam tu. HAHA
view sepanjang perjalanan memang lawa. masyaAllah. |
yang ni, 'subhanallah!' pulak sebab banyak gileee kereta. haha. tapi masih bergerak la. |
sampai dah area karak. fuhh. |
all in all, lama la tak ngadap jem balik raya macam ni haha.
mungkin next time kita fikirkan alternatif selanjutnya untuk mengelakkan jem.
yang penting, selamat pergi selamat pulang, alhamdulillah.
dan dah selamat jugak berayaaa haha.
raya MCO 2020.
me, wani ezryl, signing off.
No comments:
Post a Comment