Tuesday, July 21, 2020

pengalaman banjir di dengkil, 19 julai 2020

assalamualaikum and hi!

mesej pertama diterima daripada jiran indian kami, seorang guru pada hari ahad 19 julai 2020, jam 2.38 pagi (iaitu masa tu kami tengah tidur).

"banjir telah melanda di beberapa kawasan di dengkil.... air telah naik sampai gate taman XXXXX. harap maklum." (XXXXX tu nama taman kami).

pukul 3.30 pagi macam tu, husb terima call daripada rabiul, our bangladeshi guard yang jaga gate taman kat depan.
tapi si rabiul ni pakai nombor lain, jadi husb tak angkat.
dah tu tengah tidur pun ya.
tapi lepas tu we woke up.
husb cakap air dah naik. dah banjir kat luar.
sy pun dok pergi menjenguk la kat luar.
ya Allah, banjirun!

teringat last big flood kat dengkil ni pada tahun 2012.
air pulak makin naik.
dah sudahh macam mana ni.


bird's eye view taman perumahan kami. time ni pagi-pagi buta lagi. air naik agak cepat.


pagi-pagi tu dalam jam 4, nampaklah jiran-jiran berkumpul kat jalan yang belum dinaiki air (kalau dalam gambar di atas, jalan belah atas sekali ni.. di area berdepan dengan rumah kami).
masing-masing dok tengok banjir.
masa ni masih nampak jalan raya lagi.
siang tu dah tenggelam habis.


kawasan kejiranan. yang ni di bahagian depan-depan, tanah lebih rendah.


boleh nampak kereta tenggelam.
rumah-rumah di area lorong depan dan tepi,
air masuk sampai ke dalam rumah.
disebabkan air banjir ni naik time orang tengah tidur,
jadi ada yang tak sempat nak selamatkan barang-barang di ruang tamu.

sy pulak dok gulung karpet subuh-subuh tu.. haha.
in case air masuk ke ruang tamu.
jenuh pulak nak jemur karpet nanti.
plugs semua kita angkat ke meja yang lebih tinggi.


view dari pagar depan rumah.


nampak tu swimming pool semulajadi.. hihi.
tak terfikir pulak nak keluar pagar, celup-celup kaki.
sebab jiran-jiran dok share gambar air naik kat luar sampai ke pinggang macam tu.
tak berani kita nak keluar.

but one thing sy nak share.
sebagai perkongsian kita as muslims.
jika berlaku bencana/musibah seperti ini,
ingatlah bahawa hanya Allah yang mampu membantu kita.
solatlah hajat jika mampu and jangan panik berlari sana sini pulak :P
apa-apa kita nak, kita minta pada Allah.
sebab hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

alhamdulillah selepas tu,
air yang naik tadi, stop naik betul-betul di depan pagar rumah kami.
ada jugak masuk sampai ke laman tepi,
tapi tak sempat naik hingga ke dalam rumah.
syukur sangat-sangat. alhamdulillah.
tapi kami masih stranded sebab jalan kat luar semua dilimpahi air.
dan banyak kawasan perumahan kat dengkil ni affected.
semoga dipermudahkan untuk semua.


trak bomba pun ada datang untuk bantu pindahkan mangsa-mangsa banjir.


setakat ni, mangsa banjir dipindahkan ke sekolah agama ariana.
jadi sekolah agama ariana tak bukak lagi sampai ke satu date yang akan dimaklumkan kelak.
haa kena angkut pergi ofis lagi ke camne ni? haha


ni pun gambar daripada jiran.. keadaan banjir di dengkil. horror kan.


punca?
ada yang cakap empangan semenyih terpaksa lepaskan air,
sebab tak mampu tampung banyak sangat, akibat hujan lebat.
jadi bukan setakat dengkil yang affected.
dengarnya, bangi dan kajang pun sama.

tapi syukur alhamdulillah la,
sebab lepas tu, matahari dah naik and agak panas jugak.
so air beransur-ansur surut walaupun tak cepat.
by petang, area taman kami dah ok sikit la.
tapi diorang cakap, jalan kat luar masih ada air.
sebab perumahan depan-depan ni tanah rendah sikit.
taman kami ni pulak dah ditinggikan.


post-flood. jalan nampak berlumpur sikit.



post-flood.


nak ucapkan terima kasih kepada semua atas doa yang diiring kepada kami-kami kat sini.
insyaAllah, ada di kalangan ini yang doanya makbul,
jadi banjir pun surut dalam masa sehari. alhamdulillah.
thank youuu semuaaa.

kat bawah ni adalah video pendek keadaan perumahan kami yang dinaiki air.
shoot video ikut tingkap je mampu. haha

the next daynya, ramai penduduk dengkil ni dok sidai karpet kat pagar.
sy jugak tak ketinggalan.
sebab haritu husb ada sidai karpet kat luar.
dah sebab banjir, karpetnya terjatuh la jugak ke tanah.
so kita basuh balik.
nasib karpetnya kecik. haha

itu je lah cerita pengalaman kami menghadapi banjir.
sy doakan semuanya dipermudahkan urusan
dan dapat kembali kepada aktiviti harian seperti sediakala.

aamiin Allahumma aamiin.

No comments: