Monday, August 17, 2020

resipi tauhu begedil super sedap



assalamualaikum and hi! :)

hari ni sy nak share pula resipi tauhu begedil yang telah diolah sendiri daripada resipi kat youtube.
sy dapati rasa tauhu begedil ini super sedap dan menepati selera, terutamanya bahagian isi kentang yang sangat sedap, juga salutan luar tauhu yang crispy.

since tauhu begedil masuk dalam hidup sy *haha* sejak makanan ni viral,
sy mula menyukai rasanya dan selalu membeli tauhu begedil sama ada di jualan-jualan flea market, pasar, mahupun yang ditempah daripada orang.
setiap version yang sy makan adalah berbeza.
ada yang sedap, ada yang mehh *jujur ni haha. tapi lain orang lain selera kot*
yang sedapnya tauhu begedil ni adalah pada isi kentangnya.
dia jadi sedap tu kalau isi kentangnya rich dengan rasa yang balance dan awesome.
yang isinya sesedap begedil soto yang sedap. lolx!
yang 'mehh' sy pernah makan, macam isi yang kosong rasa kentang semata, isi yang terlalu manis dan isi yang tertumpah lada hitam (rasa lada hitam melebihi segalanya lolx).

kos penyediaan tauhu begedil ni tak mahal.
jadi sy harap peniaga tauhu begedil mengekalkan richness bahan-bahan dalam isi kentangnya dan jangan kedekut bahan tau! haha *sambil tu buat juga muka serius*

antara tauhu begedil yang sedap sy pernah makan :
1. di jualan KPLB/dataran gemilang, putrajaya (hari khamis/jumaat) - akak pakai purdah. akak ni memang pemurah. tauhu begedil 8 ketul, dia jual RM5 je. patutlah selalu laku. sambal kicap jenis pedas-pedas.
2. di pasar tani putrajaya - kedai jual sup. baru-baru ni juga menjual begedil. ni musim PKP ni tak de la ye. yang ni pun sedap secukup rasa. sambal kicap diaaa sy terlupa rasanya haha. ampunnn.
3. tauhu anora - yang ini, powernya terletak pada kuah kicapnya (tak pedas, tapi sedapppp). isinya ok la, kentang bersama veggies. cuma sy ni sejenis yang prefer isi macam begedil. but no worries. tauhu anora tetap sedap as it is.

tu je yang sedap. kalau korang jumpa lagi mana-mana tauhu begedil yang sedap, boleh inform kat sy.. a.s.a.p! hihi


and no. 4 tauhu begedil sedap pernah dimakan, adalah yang dibuat sendiri.
nothing beats homecooked meal, right?
ni bukan masuk bakul ye.
kalau betul resipi tu sedap, sy akan cakap sedap.
kalau tak sedap, sy mengaku je tak sedap. ok :D

bawah ni adalah resipi untuk tauhu begedilnya sahaja.
resipi kuah kicap, sy tengah nak try kuah kicap macam tauhu anora (belum buat lagi).
kalau dah buat dan jadi, insyaAllah sy akan edit post ni dan letak resipi kuah kicapnya pulak.
ok. let's start!



bahan-bahan tauhu begedil :
  • 20 biji tauhu kering (saiz kecil) - potong X di bahagaian atas, keluarkan isi
  • 3 biji kentang - buang kulit, potong kecil, rebus isi bersama sedikit garam
  • setengah biji bawang holland - potong dadu
  • 200 gram ayam cincang (dalam segenggam tangan)
  • 1 batang cili merah - buang biji, potong dadu/cincang
  • 1/2 pokok daun sup
  • 1/2 pokok daun bawang
  • bawang goreng
  • sedikit madu (nak pakai gula pun boleh)
  • garam
  • lada sulah
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • minyak masak

cara penyediaan tauhu begedil :
  1. tumis bawang holland di dalam kuali (minyak secukupnya untuk tumis, dalam sesenduk).
  2. selepas bawang masak keperangan, masukkan ayam cincang. kacau sehingga masak.
  3. masukkan cili merah.
  4. perasakan dengan madu, garam dan lada sulah. lada sulah jangan banyak sangat dan jangan overpower rasa.
  5. dalam mangkuk berasingan, lenyekkan kentang yang sudah empuk dan masih panas.
  6. dalam mangkuk, masukkan tumisan ayam cincang tadi, isi tauhu (sy masukkan sebahagian saja sebab nak lebihkan kentang), daun sup, daun bawang dan bawang goreng. gaul rata dengan sudu atau sudip.
  7. perasakan dengan garam dan lada sulah.
  8. kepal-kepalkan adunan begedil dan sumbat ke dalam tauhu yang telah dibuang isi.
  9. pukul telur bersama tepung jagung, sedikit garam dan lada sulah.
  10. celup tauhu begedil dalam adunan telur dan goreng dalam minyak panas. terbalikkan dan masak sekata.
  11. angkat tauhu begedil setelah salutan luar berwarna keperangan dan crispy.



sos kicap ala tauhu anora. not 100% same, but almost there. still experimenting.

bahan-bahan sos:
2 ulas bawang putih
sedikit halia (super thin slice, stgh ke 1 inch lebar mcm tu)
3 sudu cili kering kisar (around 10 tangkai)
1/2 sb sos tomato
2 sb sos cili
1/2 sb pes asam jawa yg dilarutkan dlm suku cawan air
stgh keping gula kabung (yg nipis tu)
air (yg ni agak2 ikut kepekatan)
2 sb sos tiram
5 sb kicap manis
1 sb kicap pekat cap gajah
1 sb tepung jagung dilarutkan dlm sedikit air
beberapa titik minyak bijan
bijan yg disangai utk hiasan on top

cara penyediaan sos kicap ala tauhu anora :

tumis bawang putih dan halia yg diblend atau ditumbuk (kalau ada minyak lebihan goreng isi ayam tadi, gunakan yang tu).
masukkan cili kisar. kacau dan tunggu sampai masak.
masukkan sos tomato & sos cili.
masukkan air asam jawa.
masukkan gula kabung.
masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap pekat. kacau rata.
masukkan air ikut kepekatan yg kita prefer.
let it boil kejap.
masukkan air tepung jagung utk kepekatan.
dekat-dekat nak tutup api tu, masukkan beberapa titik minyak bijan. kacau sikit dan tutup api.
hidangkan dan tabur bijan di atas sos.


selamat mencuba!

No comments: