Monday, January 13, 2020

tamu hotel and suites, KL

assalamualaikum and hi! :)

kisah di tamu hotel ni sebenarnya adalah the first 'episode',
sebelum trip kitorang satu family ke sunway's lost world of tambun, ipoh.
sebabnya sebelum gerak ke ipoh,
husb kena bertugas kat sini.. ada bengkel.
kitorang sampai pun dah malam (on friday)..
kira tempat berteduh la sebelum ke ipoh the next day.

ni cerita 2019 eh.
cerita 2019 kan banyak pending.. ahhaha.

tamu hotel and suites, KL ni berada di tengah-tengah kampong bharu.
boleh kata tengah la.
sebelah je dengan bangunan perbadanan kampong bharu.
berdepan dengan pintu gerbang kampong bharu.
so most of everything is just steps away.

the view in our room.

bangunan tamu hotel kurus tinggi,
jadi susun letaknya berlekuk-lekuk atau berpusing.
contoh parking.
ruang parking untuk setiap tingkat adalah kecil,
tapi ada banyak tingkat.
so kalau tak jumpa parking lot,
kena la pusing sampai ke tingkat atas dan atas lagi.

sy suka design hotel yang moden, cosy dan tingkap keliling.
dengan tingkap yang besar, boleh nampak view KL yang cantik.
sesuai kalau nak menginap di sini untuk tengok fireworks (tu may be next time).

fyi tamu hotel juga adalah milik bumiputera muslim, anak kampong bharu sendiri.
dan tanah tapak hotel adalah asalnya berstatus agricultural land, atau untuk rizab melayu.

sy quote ayat ini daripada satu artikel yang sy temui berkaitan tamu hotel;

'Pembinaan hotel itu jelas membuktikan bahawa tanah pegangan Melayu boleh dibangunkan menjadi hartanah yang bernilai tinggi.'


pemandangan KL pada waktu malam yang sy snap dari tingkap bilik.



interior memanjang. dari pintu masuk, perlu 'membelok' untuk ke ruang utama.



bilik air yang luas dan berkonsep moden.



ada bath tub, memang budak-budak suka la main air kat sini :D



macam biasa, tak sempat nak snap gambar katil yang kemas.. sebab ariana masuk terus tidur dalam selimut :DD

ni kali kedua kot..
kitorang ikut my husb (babah) bertugas di hotel dan sampai pada jumaat malam kala. haha
sebabnya hari jumaat kan kerja,
balik rumah dari ofis, nak settlekan hal-hal rumah, kemas beg,
barulah gerak ke hotel.

so kita menginap kejap je la.
walaupun begitu, tetap dapat appreciate ruangan bilik hotel yang disediakan.
insyaAllah, ada rezeki mungkin nak menginap kat tamu hotel and suites lagi.

awal pagi esoknya, pergi breakfast jalan kaki.

tak sempat nak rasa sarapan pagi kat tamu hotel..
dengarnya sangat sedap.
tapi sebab husb seorang je ada complimentary breakfast,
kitorang decide untuk breakfast kat kampong bharu je,
sambil experienced suasana pagi kat situ.

ok tu je lah kot cerita kitorang kat tamu hotel.
till we meet again, tamu hotel!

tengah hari 21 disember 2019 tu,
kitorang check out hotel dan geraklah ke ipohhhh.

No comments: