sebelum kita mula..
nak cakap,
yang perak ni banyak spot-spot menarik,
gua batu kapur dan hot springs.
salah satu tarikan kat lost world of tambun (LWoT) ni, hof coz adalah hot springs dia.
ada banyak kolam-kolam hot springs mengikut kepanasan berbeza.
health wise, hot springs sangat bagus untuk menyegarkan badan.
this is our first time nak try hot springs kat LWoT.
trip kitorang kali ni akan masuk 2 kali..
satu malam, satu lagi siang (keesokannya).
so on our first day in ipoh,
kita ke night park duluuuuu. jyeah
gambar bukti, dah sampaiii!! |
time ni ada jugak orang yang nak gerak keluar dari LWoT (datang siang).
kitorang pulak baru sampai waktu malam.. haha.
tiket malam murah sikit.
dapat around RM40+ kat wonderfly asia.
kitorang ni kalau vacation, suka jugak beli kat wonderfly.
kebiasaannya harga tiket lagi murah daripada di kaunter.
nah, harga walk in. |
so better korang beli tiket online,
tak kisahlah kat wonderfly atau kat website LWoT sendiri.
kat website LWoT pun biasanya ada promo macam-macam..
lagi-lagi sempena cuti sekolah.
bergambar di 'ipoh street'. memang sebijik digambarkan suasana kedai-kedai makan di ipoh. |
untuk night park,
kita boleh mandi-manda (hot springs dan pantai masih dibuka, water theme park tutup jam 6.00pm),
pergi petting zoo,
tengok fire show dan macam-macam lagi.
korang boleh ke website LWoT untuk details.
ni time kat tarantula alley. boleh tengok labah-labah tarantula. |
cantik tempat ni, banyak gua-gua batu kapur. sekali pandang atas, nampak giant spidey! |
lepas tu kitorang ke luminous forest.
taman ni disinari pelbagai cahaya lampu dan neon.
memang cun la.
bergambar kat pintu masuk luminous forest. |
luminious forest hanya buka pada waktu malam.
so kalau korang datang siang, staylah sampai malam, tak yah keluar dari LWoT lagi.
nanti boleh masuk dan tengok luminous forest.
serius cantik tempat ni.
ada pokok bercakap ni ha :P |
anak tangga di luminious forest yang bercahaya. |
baju kita pun terbias dengan cahaya neon. soo cool! |
ai pun nak bergambar jugakkkk. selamba kitorang ni pakai swimwear je merata-rata haha |
nak mudahnya, pakai je baju renang siap-siap.
tak perlu ulang-alik nak tukar baju kat area locker.
disebabkan kitorang 2x pergi LWoT (satu malam, satu siang),
kitorang bawak siap-siap 2 set baju renang untuk kemudahan.
masih di luminous forest. disebabkan tempat ni super cantik, banyak gambar ditangkap di sini. |
lepas dah jalan-jalan kat luminous forest,
tarantula alley dan petting zoo,
baru la kitorang pi terjun mandi. haha
sy suka tengok tikus besar gile kat petting zoo..
alah lupa nama dia. rodent kot.
tikus tu lagi besar daripada kucing.. 3,4 kali ganda kot.
dan ia dibiarkan berjalan-jalan dalam petting zoo tu.
tikus ni sangat jinak, comel dan redooo je bila ko usap-usap bulu dia yang macam jerami tu. hihi
niatnya nak jugak tengok fire show,
tapi setengah jam sebelum,
semua orang dah pakat-pakat cop tempat depan stage.
yang sy nampak cuma kepala orang.. bahahaa
area cetek, tempat budak-budak main. |
LWoT ni memang sangat family-friendly.
lagi yang ada anak-anak kecik (anak-anak besar apatah lagi).
tempat dia agak sejuk (may be sebab dikelilingi gunung dan hutan)..
banyak pool dan kebanyakan area semua dekat-dekat.
so tak de la ko nak mencapai 100k steps just sebab berjalan saja dalam tu. haha
AAs. dua beradik yang excited tiap kali pergi bercuti. gambar ni tak menggambarkan, diorang excited sebenarnya tu. lolx |
hot spring pool. best berendam dalam ni. |
masuklah ke dalam kolam-kolam air panas mengikut preference korang.
sy tak tahan kolam yang kecik tapi super panas (ye ada!)
tak tau macam mana ada orang yang boleh berendam satu badan dalam tu. LAMA-LAMA.
memang kagumlah!
sebelum balik, kita snap gambar anaqi satuuu. ariana kat dalam lagi time ni kot. |
cuti sekolah time tu,
LWoT ada tema barbie and hot wheels.
untuk tarik budak-budak kan.. budak-budak memang suka benda-benda gini. haha
lepas puas (ok tak puas. AAs la tu HAHA) berendam,
kitorang pun balik ke hotel.
dalam-dalam mengantuk dah masuk midnight,
sy masih melepak kat hard lee tomyam untuk bungkus supper.
yelah dah main air, mestilah laparunnah menjelma. lolx
this time, kita order nasi putih, ikan pari bakar dengan keropok lekor je untuk ariana (anaqi dah tidoo).
serius sedap ikan bakar dia.
harga pun murah weh.
tak ingat exact.. dalam RM25 kot? (2 orang makan)
air kelapa buah, beli kat kedai runcit dekat-dekat lot tu jugak.
air kelapa baru RM3 huiiii.
terkenang-kenang ikan pari bakar kat hard lee tomyam. tihdakkkk. kena pergi lagi ke? :P |
air kelapa buah RM3. boleh orang kedai tu lubangkan macam tu je and cucuk straw. dah tu macam mana nak korek isi?? :DD |
ok dah habis day one kat LWoT!
BERSAMBUNGANNNNNNN...
No comments:
Post a Comment