first entry for 2020!! *tujah penumbuk ke udara*
ok nampaknya perangai masih sama :PP
how's everyone? how's ur new year?
tahun baharu kali ni, kita tak ke mana-mana..
cuma duduk kat rumah, bukak tv, tapi tertidur kat depan tv dan tak dan nak countdown apapun.
countdown dengkuran, may be? :DD
permulaan tahun baharu 2020 menyaksikan beberapa cabaran/ujian untuk semua.
seperti kebakaran hutan di australia (solidariti untuk mereka, semoga Allah permudahkan); dan
influenza outbreak (can be fatal, please take care, everyone! minum banyak air/makan buah/up imuniti badan okek).
tadi masa lunch di ofis pun ada terbincang pasal kematian-kematian mengejut kebelakangan ni.
tak ada sakit apa sebelumnya, kemudian meninggal dunia.
ada yang pergi pada usia muda, tak sampai 60an usia kebiasaannya bagi umat Nabi Muhammad SAW.
ya, mati mengejut tu adalah salah satu tanda-tanda akhir zaman.
dah tahun 2020, bolehlah kita renungkan yang usia dunia ni dah tak muda.
dah tua, sama macam kita jugak. tua up setahun.
jadi let's gunakan baki usia yang ada ni ke arah kebaikan.
yang liat-liat solat sebelum ni, kuatkan mental fizikal untuk solat.
yang ringan lidah suka gossip girl xoxo sana sini, trylah kurangkan lepas tu stop terus.
yang sudah mendekatkan diri kepada Allah, dekatkan lagi dan tambahlah amalan-amalan dan ilmu kita yang tak berapa nak cukup ni.
let's be a better us on 2020 ok!
*siapa cakap 'YE LAH USTAZAH', ai lempang laju-laju ok. haha. kita bukan ustazah tapi nak jugaklah berpesan-pesan. sama-samalah kita hui*
so.
panjang pulak mukadimah.
harapnya 2020 ni lagi rajinlah nak update blog ye. mah haha.
walaupun new year kita tidak ke mana-mana,
28-29 disember hari tu ada la jugak pergi ke pesta LAMPU kat putrajaya.
LAMPU = light and motion putrajaya.
macam tahun 2018 sebelumnya, tahun 2019 pun kita stay kat hotel dorsett, putrajaya.
disebabkan dekatnya dengan hotel tu,
boleh jalan kaki je ke pesta LAMPU.
kali ni kita ajak sanak saudaara.. hey hey! :P
haha taklah, kita ajak my mom and my bro faliq pun ikut sekali dengan familynya.
baru meriah ramai-ramai ye dok.
wani e and mama beliau. hihi |
tahun 2019 cepat pulak sold out bilik-bilik kat dorsett.
agaknya semakin ramai menyedari keperluan menginap di hotel untuk mengelakkan jem tak bertepi kat putrajaya ni :P
sy beli hotel tak la lewat dan tak lah awal sangat,
tapi tinggal bilik yang katil twin je. doink.
hah oklah, kita beli je la mana bilik yang ada. asalkan ada bilik. lolx
sampai-sampai petang tu, we all kelaparan. lantas bergegas ke restoran jombali di aras G. |
hotel dorsett ni terletak dalam bangunan suria mall, putrajaya.
tapi bila masuk suria mall tu, dapat dirasakan kesuramannya.
sedihlah pulak, sebab dulu-dulu masa datang suria mall ni (most of the time datang untuk makan HAHA), agak banyak jugak la kedai.
termasuk toys r us pun ada kat situ.
but now, kebanyakan dah tutup.
food court kat belah atas sekali tu pun dah tutup.
yang tinggal 'hidup' cumalah hotel dorsett, supermarket hero, 7e dengan jombali.
dengan ada la kedai lain sikit-sikit and booth kecik.
sedih weh.
what happened to suria mall??
lokasi tak ON kot, sebab berada kat tengah-tengah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.
ofis je la banyak sini.. and mall pun hanya dikunjungi pada waktu lunch hour/petang kejap.
lepas tu dah tak de pengunjung.
kot la.
(kena bukak AEON mall, tak pun ikea kat putrajaya ni. baru lively sikit. taman tema nak jugak satuuuu! HAHA)
so back to our hotel dorsett *sengih*
toiletries minima, sebab book pun bilik twin (paling murmur). walaupun begitu, tetap tip top and puas hati. |
sorrylah gambar katil dah bergumpal-gumpal selimutnya HAHA |
now kalau masuk hotel,
agak sukar ye nak tangkap gambar bilik hotel dalam keadaan baru-lepas-kemas.
sebab nanti AAs akan terus berlari-larian dan melompat di sana sini (including katil).. haha
so malam tu lepas maghrib, dalam pukul 8pm lebih,
kitorang pun keluar berjemaah ke pesta LAMPU.
walk walk je dah sampai. hoahaha
area food truck yang memang berdekatan dengan hotel. |
ruang makan ada 2 area food truck dan satu lagi macam food court kot (tak pergi).. sebab yang food court tu kat hujung istana kehakiman sana.
kitorang pergi mana yang dekat je.
orang adalah ramai kat tempat-tempat makan.
bergambar sebelum menerjah ke pesta LAMPU. |
dari segi kemeriahan pesta LAMPU,
meriah. orang ramai jugak.
tapi kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya,
macam monumen dan lampu-lampu tu berkurangan sikit pada tahun 2019.
bawak budak-budak naik tube train. RM5 per person. |
depan tu tuah dan anaqi. belakang tu ariana. |
suka diorang naik train. |
kitorang banyak berjalan tengok-tengok la
dan kurang spending on beli barang-barang haha.
lampu mainan pun tak beli.. sebab time hujung-hujung tu, budak-budak (macam biasa la) dah tido.
sama jeee macam tahun 2018.
awal-awal dah ingatkan AAs untuk tidur petang tu,
tapi diorang hyped masuk hotel.
sampai ke sudah tak tidur.
sudahnya tertidur kat pesta LAMPU tu jugekkk. doink
nasib baik la kali ni bawak stroller.
kalau dulu, kena berdukung dari perbadanan putrajaya, balik ke hotel.
lenguh bahu sisthorrr :P
anaqi with nenek and uncle faliq. belakang sipi-sipi tu, tuah :P |
ariana and i. |
nak tunjuk kat food truck ni ada macam-macam jenis burger. burung unta dengan arnab pun ada. |
faliq, ain, tuah kat kedai ais krim. dia tengah tunggu ais krim nitrogen (berasap). |
nak cakap pasal ais krim nitrogen.
pernah beli kat pesta lain sebelum ni.
best la makan keluar asap kat mulut HAHA
tapi kalau korang first timer beli, ok la.
sebab harganya berbelas-belas ringgit secawan.
rasanya tak de la sedap mana. macam makan biskut? kihkih
just nak tengok effect berasap tu.
faliq-ain-tuah. |
nenek yah-ariana. |
babah-anaqi. |
me at the food truck area. |
ni yang sy beli; sate goreng. harga RM10 sebekas. |
sy ingatkan sate cucuk yang digoreng..
rupanya tak de penyucuk hihi.
rasa ok-ok saja, sebab sy mengharapkan sate goreng kat lidi yang goreng garing tu (yang ni texture tak garing.. macam texture direbus pun ada.. lembut-lembut).
then lepas duduk kat area food truck,
kitorang gerak ke light projection.
ni kira main attraction kat pesta LAMPU.
memang ramai duduk kat depan PoJ (palace of justice) tu..
termasuklah kitorang sekali.
cari la mana-mana lantai yang kosong,
then duduklah ramai-ramai tengok.
kalau sampai lambat pun tak pe.
sebab persembahan akan loop (ulang balik) lepas beberapa set tamat.
jalur gemilang. |
malaysia spirit. |
kami-kami dalam kegelapan. haha |
yang ni tak berapa gelap, sebab babah suluh dengan lampu handphone :DD |
ok lepas bergambar, kita sambung tengok persembahan :D |
yang ni cantik jugak. colorful. |
lawaaa. |
tapi kitorang tak sempat tengok sampai habis..
budak-budak dah tidur.
so kitorang pun gerak balik hotel lepas beberapa ketika.
sempat la tengok 2-3 set.
monumen robot. nak tunjuk gambar ni kat anaqi nanti, sebab dia tidur tak dapat nak tengok. |
then balik, tidoooo.
esoknya pergi breakfast kat dorsett.
breakfast kat dorsett memang the best la dan sedap sangat.
kot-kot korang nak gi makan buffet lunch ke, dinner ke, pergi la kat dorsett.
serius sedap tak tipu.
my first plate. SEMUA sedap. haha. rendang tu sedap sampaikan sy bertambah. |
tried puri for the first time. rasanya - roti goreng kembung. haha |
my next plate. see! rendang ayam sedap tu harus ada. |
AAs berlarian, dah tak sabar nak mandi pool. |
umat manusia memang ramai gile la yang stay kat dorsett hari tu.
swimminh pool sesakkkk. hahaha
ni la keadaan swimming pool dorsett pada hari tersebut. |
pusat perkumpulan kanak-kanak di pool. |
them, playing. |
sy bawak jugak baju renang,
tapi tak jadi nak masuk sebab ramai sangat orang.
kang swim ke kanan, terlanggar orang.
swim ke kiri, pun terlanggar orang.
alih-alih dapat berendam je. hahaha
muka senang hati sebab baru dapat makan makanan yang sedap. |
sy perasan,
bila sy happy dapat makan makanan sedap,
badan sy boost satu perasaan yang sangat baik HAHA
hence badan sy terasa sangat sihat.
betapa makanan sedap tu mempengaruhi badan manusia kan.
and lasssstt but not least, gambar anaqi kesejukan. |
kejap je anaqi tu, terus nak balik bilik hotel sebab sejuk.
then kitorang gerak ke pasaraya hero untuk shopping kejap,
sebelum check out dan balik ke rumah masing-masing.
nenek and uncle faliq to shah alam,
and us back to dengkil.
so far best light-light pergi pesta LAMPU kali ni,
kemeriahan tu dah tak sama dan hyped macam sebelum-sebelum ni.
so new year 2021 (insyaAllah kalau panjang umur), mungkin kita try cari destinasi lain pula? idk.
atau mungkin akan ke pesta LAMPU lagi? hihi
apapun congrats and thank you, PPj..
for organizing such a wonderful event.
sampai jumpa lagi! toodles!
No comments:
Post a Comment