Friday, January 10, 2020

ariana dan anaqi ke sekolah!

assalamualaikum and hi! :)

2 januari 2020, students di seluruh malaysia (dan jugak ibu bapak students) (dan juga nenek students) berpusu-pusu menjengah sekolah-sekolah tersohorrr di malaysia
untuk menimba ilmu pengetahuan.
aicewah mukadimah. yo yo an, wani :P

jadi start tahun ni,
ariana is in standard one,
and anaqi is five (will be, sebab dia baru je birthday 4 tahun bulan oktober hari tu).
depa berdua (AAs) ni masing-masing akan masuk sekolah/tadika baharu.
kira first day la.
tak kenal sesiapa, tak familiar pun dengan suasana tempat.
sebab first timer kan.
kawan-kawan pun kebanyakannya masuk ke sekolah lain.
anaqi's friends kat putrajaya, ariana's pulak.. ramai ke SJKC.
tapi lepas-lepas tu, dia jumpa rupanya kawan-kawan dia kat sekolah rendah, cuma kelas lain (drama :D) yang tu cerita lain.. haha

anddd nenek yah pun datang tidur kat rumah, malam sebelum tu.
sebab nak menghantar AAs ke school.
yoshh keluarga ai memang supportive bab hantar menghantar ni.
dulu dari zaman harith pergi matriks, ai pergi univ pun kitorang dihantar (biasanya sy balik dari rumah ke univ waktu malam, so arwah abah [al-Fatihah] akan hantar. lepas dapat kereta, baru la gerak sendiri).
nampak tak betapa jitunya sokongan tu. hihi

pagi-pagi alam tu kita hantar kakak ariana bariana dulu.. hahah. anaqi pun ada tu ha, tak nak ketinggalan.

sesi pagi, sekolah agama.
duduk sebelah SJKC.
jadi parking tu agak hazabedah la pagi-pagi.
so kitorang parking kat seberang jalan and melintas.
kebetulan ada satu spot parking kat situ, alhamdulillah.


hup hup! kiri kanan, kiri kanan :P

lepas orientasi hari tu, ariana tukar ke kelas lain.
so let's masuk kelas.
kelas dia ok la, kemas.
harap dia dapat absord semua ilmu2 dunia akhirat dengan awesomenya.. aamiin YRA.
truthfully, sebelum ni dia tak de basic pun belajar agama.
dah tadika pun kat chinese kindy.. haha.
tapi kita ada ajar dia alif ba ta dalam muqaddam kat rumah.
so ada la sikit-sikit dia faham.
surah al-Fatihah, 3 qul pun dok repeat dalam kereta.
walaupun tak perfect, at least dia tahu yang tu la.
doa masuk kelas je tak tau.. haha.
lepas ni nak ajar dia doa masuk tandas.
bagi dia suku-ayat, sikit-sikit sampai complete.
by now dah half dia hafal.. alhamdulillah *gaya tok adi*

in the class. sampai awal jugak, ada budak-budak lain belum masuk.



with nenek yah.



with mama and anaqi.

kejap je kat sekolah agama.
mak pak lain ada yang tunggu kot.
kitorang pulak bergegas nak pergi hantar anaqi pukul 8.

jom, anaqi!

bagi mengelakkan kesesakan jalan kat dengkil,
kitorang lalu jalan dalam.
dekat je sekolah-tadika-rumah.
harapan sy, kalau ofis pun dapat dekat, lagi la awesome.. yah haha.
tapi ofis skang 20min ni pun dah kira syukur la.
dekat la jugak.
disclaimer; ni betul-betul first day anaqi masuk kindy baharu.
a bit worried jugak la, sebab diorang cakap english,
tapi anaqi cakap BM. haha
tapi bila fikir, kakak dia dulu boleh je.
masuk pun dulu time 6 tahun.
ni anaqi masuk 5 tahun, sure cannn. kihkih


anaqi buat muka relax tepi complex. tak ada menangis apa pun.



masa mula-mula sampai tu, dia tak tau nak ke mana. berdiri je situ.

kitorang parents (including nenek), semua dok kat pagar luar.
ada parents lain yang first timer jugak.
so kitorang ramai-ramai ni tertinjau-tinjau la kat pagar tu.
menengokkan anaqi tergaru-garu kepala tak tau nak ke mana,
sy pun masuk and suruh dia duduk tengok tv dulu.
teacher pun tak cakap nak ke mana.
budak-budak lain yang dah dari tahun lepas,
tau la nak masuk dalam dan ke kelas mana.
ni memang tak tau.
so duduk la dulu before teacher panggil nanti untuk masuk ke dalam.

anaqi ni ok, tak de la menangis apa.
tapi sebab tak familiar dengan tempat baru je.
dah la tak kenal sesapa.
kesian la jugak kat dia.
tapi first day kot.
nanti lama-lama ok je tu.
lantas kitorang pun meninggalkan beliau selepas dah masuk kelas,
dan menuju ke kedai berhampiran untuk breakfast :P

tak sempat balik rumah pun,
sebab waktu rehat sekolah ariana dalam 9.15pagi.
gerak pulakk pergi sekolah.
kantin kecik, budak ramai.
tapi nak ajar jugak dia membeli kat kaunter.
ingat daily nak bagi belanja RM5.
tapi rupanya banyak jugak RM5 tu..
budak ni sekali beli dalam seringgit dua je.

macam hari pertama tu,
dia beli mi hun sup.
seringgit je.
air pulak, minum bekal.
kalau nak beli air, 50 sen segelas.


tak tau konsep warna ni kat mangkuk ke kat mana. tapi bila sampai depan, just tanya harga je.

pekerja kantin pun sangat-sangat membantu
dan memahami ada budak-budak darjah satu yang tak berapa pandai lagi nak membeli.
so diorang akan assist beritahu harga berapa etc. etc.


ariana tengah beratur depan mi hun sup.



makannnn. tempat ni pun sy cop dulu. sebab kemain ramai. susah nak dapat seat.



lepas tu, tinggalkan je dia makan sendiri.

kitorang ada la, tapi dok jauh sikit.
bagi anak-anak makan dengan tenang :D

then first day, van sekolah belum beroperasi.
so time balik, kitorang ambik ariana.
balik rumah, masak and makan nasi.
hari tu ai masak ikan cencaru goreng dengan bayam masak lemak.
lepas dah makan-makan mandi semua,
gerak ke sekolah rendah pulak.

sekolah rendah masih minggu transisi for 2 weeks.
so tak perlu bawa buku semua.
bawa buku latihan je sebab nak disimpan kat sekolah,
jadi tak la berat sangat beg nanti.


kitorang kat sekolah rendah sesi petang pulak.

cuacaaaa.. panas lit-lit orang kata.
dengan ramainya lagi.
tengoklah :P


haaa tu dia. keramaian :D

tak silap, sesi petang ni darjah 1-3.
nak settlekan budak-budak darjah 1, memang kalut sikit la sebab ramai.
pulak tu ada perubahan kelas.
kita tak tau pun kena check senarai nama baharu kat papan..
sampai la ada parent lain bitau.
kedudukan kelas pun bertukar.. so mencari-cari jugak mana laaa line kelas ariana ni. haha
itu kitorang.
ada jugak mak pak lain tak tau pun ada perubahan kelas.
and tak tau pun mana barisan yang betul.

tapi lepas-lepas tu cikgu panggil kelas darjah 2, 3 masuk kelas.
then panggil darjah 1 one by one ikut kelas.
jadi ok la sikit.

kids. tapi ok la budak-budak ni, tapak perhimpunan ada bumbung.

haha kita dulu kat sekolah, dok atas jalan tar di bawah terik mentari.
so, bagus la tempat berhimpun sekarang ni ada bumbung semua.
walaupun panas terik, kira teduh lagi la.
ada kipas jugak kat tepi-tepi tu.
(tapi memang berbahang la, tak boleh kata apa, sebab musim panas menjelma lagiiiii)

ye, dunia amat panas sekarang,
sampaikan berlaku kebakaran kat hutan australia sana (hope things will get better, aamiin).

ok time ni dah beratur untuk masuk ke kelas.



budak-budak masuk kelas, mak pak nenek kena dengar taklimat-taklimat kat dewan terbuka ni.

lepas tu kitorang pun gerak nak tengok kelas..
..bersama jutaan ibu bapa yang lain :P

memang penuh la segala celah-celahan; celah pintu, tingkap, semua ada para ibu bapa.. haha.



ariana dalam kelas. sebelah tu kawan dia, punn follow daripada kelas lama ke kelas yang baru ni.

so ok la, ariana ada geng.
tapi lepas-lepas tu dia kata dia pindah ke belakang 1 anak tangga,
sebab bercakap dengan kawan ex-tadika dia. hahaa
ha tu la, siapa suruh bercakap dalam kelas :DDD

sebelah tu memang geng kelas and makan dia hari-hari.

waktu paling kritikal adalah time balik sekolah.
tu diaaa parents masing-masing buat perhimpunan harian kat depan pagar sekolah :'D

yep, everyday macam ni mostly.
untuk tujuan keselamatan, anak-anak tahun 1 kena keluar ikut pintu kecik..
yang dikawal oleh cikgu dan guard sekolah.
so selagi tak nampak parents kat luar, selagi tu budak-budak tak boleh keluar.
ye la jalan kat dengkil ni sesak kot.
bahaya budak kecik keluar sorang-sorang daripada compound sekolah.


SILA JANGAN PARKING DEKAT AREA SEKOLAH.. haha

..sambung.
sila jangan parking di situ,
nescaya pukul 6.30 petang baru korang dapat beredar :'D
dah berlaku kat diri sendiri.
motosikal park keliling kereta ai,
depan kereta, ada kereta lain tak berganjak2.. jadi langsung stuck tak dapat nak keluar.
so parking je seberang jalan.
tak pun naik la basikal :P
(eh ada parent naik basikal.. perasan tu parent kat tadika ariana dulu.. macam ongkaya, very supportive sebab selalu ada time aktiviti tadika. ongkaya pun naik beskal je, tau jalan jem).

so sy telah membuat kertas bertulis nama ariana besar-besar kaler pink.
angkat tinggi-tinggi,
so that ariana dari dalam sekolah boleh nampak.
kalau tak, sampai sudah dia tak keluar.
mak pak lain kan semua kerumun depan pintu,
mana nak nampak mak pak yang tersorok kat belakang ni :P

so far strategi pakai kertas tu memang berjaya.
mudah je cari ariana. haha


so second day dah belajar naik van sekolah.


first day naik van, satu kerabat kami tunggu van sama-sama depan rumah HAHA

naik dengan aunty ita.
cucu aunty ita pun ada sekali naik van.
kawan sekolah ariana, merangkap jiran belakang rumah kitorang pun ada jugak.
so meriah la ada geng.
sampai ariana dok sibuk nak balik dari sekolah pun naik van.
amboi sangat budak ni :DD

balik dari sekolah agama, aunty ita akan ambik jugak
dan hantar ke transit.
transit pun dekat rumah belakang-belakang tu je..
so pagi-pagi mama dok hantar beg sekolah petang dengan baju sekolah dia kat transit.
petang pulak, pi ambik semula beg sekolah pagi dengan beg baju kotor.
ya Allah gigihnya beta. rofl.


nah selingan gambar anaqi ke sekolah, minggu ni. hari isnin pakaian sukan.

anaqi pun suka dok tadika.
ok la, at least balik tu bercerita itu ini.
ada aktiviti dah yang dibuat dan dah start belajar.
belajar awesome-awesome eh, anaqi.

mama cuti 3 hari nak tengok ariana kat sekolah.
so the last day (cuti) tu,
dia dah ada geng pergi kantin.
kalau tak, dok nak makan dengan mama je huii.
sekolah agama, sy masih bagi dia bekal.
kesian tengok nak beratur time rehat tu.. punyalah ramai umat manusia.
sekolah rendah pun sama ramai,
tapi tak pe lah at least yang pagi tu ada bekal.
petang tu dia beli roti je.


geng makan sekolah agama.

budak-budak, seronoklah ada geng makan.
ai is dulu pun kat sekolah mesti ada best friend.
alangkan pergi toilet pun masuk sama-sama.. bahaha
betapa utuhnya friendship tu.
tapi sorang buang air, sorang lagi ngadap pintu la :DDD

so tu je la coretan cerita budak-budak AAs ni masuk belajar.
hopefully they'll have fun and learn a lot.

tata tutu titu!

lastttt gambar ariana makan time rehat. sekolah rendah ai tak sekodeng, ai biarkan je. in you i trust. haha :)


No comments: