Monday, January 13, 2020

lost world of tambun trip - golden roof hotel, ipoh

assalamualaikum and hi! :)

not-so-major-throwback. haha
ni cerita kita ke sunway's lost world of tambun (LWoT), bulan lepas (21-23 disember 2019).

sy ni memang seronok bab-bab sediakan itenerari.
asal ada percutian keluarga,
sylah yang over lebih buat jadual, the places to stay, even cadangan-cadangan tempat makan pun sy letak sekali. haha

so untuk percutian kat ipoh kali ni,
sy mencari hotel yang tak terlalu mahal dan mestilah sangat dekat dengan LWoT.

bila check-check,
kalau korang ada duit lebih,
bolehlah kalau nak stay kat hotel LWoT ataupun glamping kat dalam LWoT tu sendiri.
the price was quite pricey, dalam RM400 satu malam.

memikirkan yang kita akan berada seharian kat LWoT dan bilik hotel hanyalah untuk tidur,
maka kurang berbaloi untuk book bilik berharga RM400 satu malam untuk 1 family.
itu untuk kitorang la.
korang-korang yang nak experience menginap kat dalam LWoT sendiri, tak de hal ok.

sooooo.
kali ni kita try golden roof hotel yang jugak berada dalam kawasan sunway city, ipoh.

sebab sy pilih hotel ni:
1. harga berbaloi. just RM100+ untuk bilik family suite. dapat 1 katil besar dan 1 katil bujang.
2. dekat gileee dengan LWoT. cuma 1km sahaja.
3. berada di bangunan shoplots. jadi jangan risau soal makanan, dobi, barangan runcit dll. semua ada.

selain golden roof, ada lagi 2 hotel dekat-dekat lot situ juga..
satu tu hotel OYO (OYO di mana-mana haha).. satu lagi lupa namaaa.


boleh nampak building warna kuning dari luar. betul-betul sebelah hard lee tomyam. senang nak makan. haha



ni lot-lot kedai berhampiran. ada kedai makan lain juga, termasuk la KFC. jalan kaki je weh.



ini bilik kitorang. ground floor, standard hotel bajet tak de tingkap, tapi kitorang enjoy je. lolx



bilik air pun bersih, ada toiletries dan disediakan 3 towel untuk mandi.



ni rupa bentuk kat bahagian depan. ada tv dan tempat sangkut pakaian.

kalau nak jug kettle, boleh minta pada reception.
iron boleh minta jugak kot (sebab kitorang tak minta iron, kitorang bawak baju ironless semua. nak pi swimming katanya :DD)


toiletries yang disediakan. kira pemurah toiletries la.

perjalanan dari KL ke ipoh memakan masa berjam-jam.
biasalah.. weekend, cuti sekolah dan jem tidak dapat dipisahkan.
bagai aur dengan tebing :P
kitorang sampai pun dah nak rembang petang.
malamnya tu nak pergi LWoT dah.
so makan dinner siap-siap sebab kedai makan kat sebelah je.
hard lee tomyam tu sedap ok.
memang kitorang makan kat situ je sepanjang stay kat golden roof hotel.
then lepas maghrib, terus gerak ke LWoT..

BERSAMBUNG HUI!

No comments: